Friday 26 September 2014

Gaya tidur bebas

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera kalian. Waktu menunjukkan pukul 2:28 petang. Motif?
Layan gambar dulu ye.

So comfort here... Don't disturb me okey

Apakah yang sesuai?? Semangkuk bulus yang gebus??

     Mana satu saya? Mana satu singki?         Warna hampir serupa dah...

Penat sungguh nih. Berjaga malam ganti pak guard huhu..

Nyenyak sungguh tak kira siang malam sampai terjelir lidah.

Bulus berwarna oren memang ohsem kan?? Lagi kalau usia-usia begini hihi..geram tak???

Cuba cari kita kat mana??? Nampak ke tak nampak hihi

Ok pertunjukkan tamat. Sekarang boleh sambung tugas masing-masing. Saya?? Sambung tidur lah hihi


Sekian. 
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 24 September 2014

A Tale of Mari and the Three Puppies

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

 
Pernah tengok dengar kisah ini? Kisah pengorbanan seekor anjing bernama Mari menyelamatkan tuan nya Aya dan datuknya. Kisah ini di adaptasi dari kisah benar yang berlaku di Jepun. 

Antara sinopsis yang saya perolehi dari Wikipedia ialah :-

A Tale of Mari and the Three Puppies (Mari to koinu no monogatari) starts with a puppy, Mari, a Shiba Inu, being taken in by a family which recently has lost its mother. A year later she herself has three puppies, just in time for a major earthquake which strikes the mountain village where she lives. Although valiant herself in trying to rescue the family‘s grandfather, there is no choice but to leave her behind in the evacuation.
The film follows her adventures as well as those of the two children to whom she belongs during two long and arduous weeks of separation.

Google translate : 

 A Tale Mari and Three Puppies (Mari to koinu no monogatari) mengisahkan seekor anjing , Mari, Inu Shiba, yang diambil oleh sebuah keluarga yang baru-baru ini telah kehilangan ibu. Setahun kemudian, dia sendiri mempunyai tiga anak anjing. Pada satu masa gempa bumi telah menyerang kampung mereka. Walau bagaimanapun Mari dengan berani sanggup berusaha untuk menyelamatkan datuk dan cucunya. 

Filem ini menggambarkan kedua-dua kanak-kanak ( adik beradik ) yang berusaha untuk mencari Mari setelah berpindah ke kawasan yang lebih selamat akibat gempa bumi tersebut.  Mereka tidak sanggup meninggalkan Mari dan 3 ekor anaknya di kampung halaman tersebut. 

Untuk pencinta haiwan seperti saya memang mudah tersentuh hati dan perasaan halus mengikuti cerita ini. Kisah tautan kasih sayang antara manusia dan haiwan cukup merobek perasaan pencinta haiwan yang berjiwa halus. Jom layan gambar-gambar petikan dari filem tersebut.

Ini ketika Aya dan abangnya sembunyi-sembunyi membela Mari. Ayah mereka tidak begitu menyenangi mereka membela haiwan.


Ini ketika penyelamat gempa bumi menyelamatkan Aya dan datuknya sambil di perhatikan oleh Mari dan anak-anak. 

Ini adegan menangis teresak-esak. Mari dan anak-anak tidak dapat di bawa sama oleh penyelamat tersebut. 


Apakah kesudahan kisah ini? Adakah Aya dan Mari akan bertemu kembali? Anda semua kena tonton sendiri cerita ini. 


Sekian.

Tuesday 23 September 2014

Nala the cat

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

                     It's me NALA

" Kisah kucing popular di Instagram
Dari hidup di jalanan dengan keadaan comot, nasib kucing berusia 4 bulan yang diberi nama Nala kini lebih terbela selepas dijaga tuannya.
Beberapa ketika kemudian, seseorang dari Los Angeles mengambil Nala untuk dijadikan haiwan angkat kemudian membuat akaun Instagram khas untuknya bernama Nala_cat. Ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman beliau membela kucing ini.-RotiKaya"

Nah lihatlah dunia. Inilah bukti dari seekor Kucing jalanan yang di beri peluang hidup oleh tuan nya dengan kasih sayang serta kebajikan tip top. Jom layan gambar...








Kucing jalanan di beri makanan berkhasiat, penjagaan kesihatan yang teratur serta pengambilan vaksin pun boleh sihat cantik gebu gebas macam nala ni. Pokok pangkal hati anda sendiri. 

Sekian.

Monday 22 September 2014

Muezza

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Sudah terang lagi bersuluh begitu banyak  peninggalan ingatan rasul kesayangan kita mengenai kasih nya baginda kepada kucing. Tapi mengapa masih timbul kisah penyiksaan. Mengapa masih ada kisah Kucing di simbah air panas, Kucing di pelupuh kaki sampai tempang dan macam-macam kes lagi.

Pun masih ada yang berniat untuk kebajikan Kucing tapi ambil kesempatan. Bukan merawat kucing tapi lagi mendera kucing. Kucing sakit di campur dengan Kucing sihat, memang tak sihatlah cara macam tu. Buka donation banyak kali. Semoga terus terbongkar kisah-kisah sulit sebegini. Semoga si Kucing comel kesayangan Nabi ini mendapat pembelaan sewajarnya dari banyak pihak. Sayang Kucing.

Sekian.

Thursday 18 September 2014

Oh kasihan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,

"Ibu ayam di kejar musang
Anak ayam cari ibunya
Ibu ayam berlari terus lari
Dan di tangkap musang
Anak ayam mencari terus cari 
Ibunya yang hilang
Oh kasihan oh kasihan
Aduh kasihan 😭😭😭😭"

Ingat tak lagu ni masa kita kecik-kecik dulu belajar di tadika siap ada permainan, masuk dalam kotak hihi seronok rasa kan.

Tapi kali ini nak cerita kisah anak kucing di tinggal ibu pulak. Ibu kucing ini bersifat melindungi sangat si anak-anak nya sanggup berpindah randah demi keselamatan si anaknya sampai tertinggal anak pun ada.

Ingat tak entry lepas berkisar kisah sekeluarga ibu dan 5 anak menumpang tinggal di belakang rumah kami. Kisah nya si ibu sudah bawa anak yang lain berempat pindah dari rumah kami semasa kami pulang ke kampung pada 16hb yang lepas. Dan meninggalkan si comel ini anak nya yang ke5. Terlupa atau sengaja di tinggalkan itu saya kurang pasti, yang pasti si anak itu sekarang kehausan susu ibunya. Dan tunggu punya tunggu si ibu tidak kembali mengambil anaknya itu.
 Ini anak yang di tinggal. Baru buka mata. Si kakak memanggil namanya Atam. Jantina rasa betina.

 Atam tidur nyenyak lepas kena bedung. Kuat budak ni, berjalan pelan-pelan keliling dalam rumah cari bau ibunya. Sedih kan. Terkenang nasib stray di luar terutama si kecil sebaya Atam.

Doakan si comel Atam ini kuat semangat untuk terus hidup. Si ibu angkat Amot yang saya sudah mandulkan ada juga seakan berminat menjilat si Atam. Doakan ye.

Sekian. 

Sunday 14 September 2014

Apakah perasaan?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi 

Assalamualaikum w.b.t,

Salam semua. Salam rehat hari minggu buat yang berehat pada hari ini. Pada yang bertugas pula laksanakan tugas dengan ikhlas dan sebaik mungkin. InsyaAllah jika kita bertanggungjawab pada tugas yang di beri tiada masalah akan berbangkit dan kalaupun ada masalah di harap tidak merumitkan.

Entri kali ini mengajak anda semua berfikir dan menyelami sekiranya kawasan rumah anda di jadikan tempat membuang kucing. Apa yang akan anda lakukan? Protes atau menerima?

Pada saya mungkin ada yang memerhati kelakuan ahli keluarga saya dan mengambil kesempatan. Maaf, sangkar umah saya sudah penuh dan ada sebuah keluarga kecil di belakang rumah kami sedang menumpang kasih. Si ibu memang saya selalu beri makan tetapi tidak terperasan yang si ibu mengandung. Hanya tiba-tiba ingin menggunakan mesin basuh terpandang sekelompok bulu bulat berpeluk. Itupun di sedari oleh suami dan anak saya. Terfikir bagaimana si ibu membawa ke lima-lima anaknya masuk ke dalam mesin basuh saya itu.

Si suami saya yang panjang akal terus ligat memikirkan bagaimana ingin menempatkan ibu dan anak yang baru lahir itu. Ibu yang kerap menyusu memang memerlukan makanan dan minuman yang banyak, jadi memang saya dan suami sudah arah kan pada anak melihat makanan di dalam mangkuk yang kami sediakan kosong atau masih berisi. Hiba terasa hati, di mana ibu itu melahirkan anak-anaknya tempoh hari. Syukur ibu pandai mencari saya.
Si ibu bersifat melindungi si anak tapi tidak marah saya mengambil gambar nya. Muka si ibu manis kan..


Sang anak yang sangat perlu nutrisi susu dari ibu. Sedih membayangkan nasib si ibu stray di luar sana.

Yang saya mampu untuk beri mereka makan yang mana dapat. Kongsi sama kongsi. Sama sikit sama banyak. Ketua besar Pak Kun di rumah ini pun sudah memahami keadaan ramai Kucing yang tiba di rumah tuan nya. Kalau dulu dia sangat garang sekarang nampak sudah boleh bertolak ansur.

16hb tinggal lagi 2 hari. Saya tunggu masa itu untuk merehatkan diri. 

Sekian. Semoga bermanfaat.

Wednesday 10 September 2014

Cat Cafe Korea

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum. Selamat sejahtera kepada semua. Agak lama baru dapat update blog. Kesihatan tidak menentu serta mood turun naik. Idea pun tak mari kata orang penang huhu. Apapun itu bukan satu alasan. Usaha juga untuk update entry baru buat pembaca Setia saya ini semua.

Kisah kali ini ialah paparan gambar mengenai kafe Kucing di negara Korea yang terkenal dengan drama bersiri serta artis k-pop nya itu. Tidak di lupakan kucing juga yang menjadi kegemaran rakyat negara tersebut. Mari kita cuci mata dahulu.


 Ini peraturan yang anda perlu patuhi di dalam kafe tersebut.





Antara gelagat pengunjung di kafe tersebut. Bagi pencinta kucing tentu anda teruja melihat keadaan-keadaan yang di rakam. Jadi boleh pasang niat untuk melancong ke Korea serta merasai pengalaman sendiri di kafe tersebut. Wishlist saya juga ni hihi. 

Ini salah satu tindakan untuk menaikkan martabat Kucing. Di kala negara sendiri heboh mengenai berita serta gambar yang tidak pernah habis mengenai penyiksaan dan penderaan haiwan comel ini, mari lah kita melayan sekejap gambar-gambar di sini biar hati tenang sedikit.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan September yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Thursday 4 September 2014

Tekanan di tempat kerja

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,



Salam sayang untuk pembaca semua. Semoga hari-hari kalian kini dan mendatang sentiasa mendapat rahmat Allah. Kisah kehidupan ada pasang dan surut. Mana yang ada diari digital seperti saya ini boleh catitkan untuk rujukan serta bacaan masa akan datang. Potret segala kenangan, imej bergambar, suka duka kehidupan di diari ini. InsyaAllah selagi masih ada hayat diari ini boleh di tatap untuk kenangan anak cucu juga.

Tekanan di tempat kerja?
Siapa pun yang istilah masih makan gaji dengan orang lain akan hadap perkara yang sama. Betul kan? Begitu lah jua saya. Sedikit yang hendak di kongsi. Senarai tekanan antaranya dari kaca mata saya ialah :-
1) keadaan tempat kerja yang tidak seia dengan anda. Dalam erti kata lain tidak selesa, mungkin ruang kerja untuk anda sempit atau tidak segar.
2) kumpulan rakan kerja yang tidak cocok dengan anda. Dalam skop pekerjaan terdapat juga rakan kerja yang baik kelaku di depan anda tapi tidak di belakang anda. Berhati-hati ya.
3) bebanan tugas sudah lebih. Kadang majikan bersikap berjimat dengan menggaji pekerja yang boleh melakukan pelbagai tugas sekaligus. Hebat tu memang hebat. Tapi lama kelamaan akan menyebabkan anda tertekan.
4) gaji yang tidak setimpal. Ini juga boleh mendatangkan tekanan. Wang amat di perlukan dalam kehidupan seharian. Keluar rumah sahaja sudah mengalir wang. Pasti akan timbul tekanan juga dalam diri anda.
5) apabila sudah terpaksa. Terpaksa bekerja kerana desakan kehidupan. Kehidupan masa kini yang moden namun semakin kompleks. Keterpaksaan memang akan mendatangkan tekanan.


Sebahagian dari senarai yang menimbulkan tekanan di tempat kerja. Untuk mengatasi tekanan dan mengelak dari berlarutan serta mendatangkan mudarat pada diri anda, anda perlu mencari jalan penyelesaian. Tidak mengapa InsyaAllah saya akan cuba pula buat entry mengenai penyelesaian tekanan di tempat kerja.

Satu lagi ialah kena marah dengan bos. Kadang bukan salah kita dan kita tertempias sekali terkena dengan kemarahan bos itu. Kadang mulut lembut bertutur dengan bos tapi dalam hati menyumpah gila. Itulah putaran kehidupan. Semakin matang dan tua dalam kehidupan tetap ada pengajaran yang boleh di perhati. Walau apapun kehidupan tetap kena teruskan. Masa tempoh bekerja tetap kena habiskan supaya berkat upah kerja yang dapat.

Cuci mata dengan tatap muka-muka comel seperti ini. Moga dapat meredakan tahap tekanan anda semua.

Sekian. Semoga bersua kembali.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan September yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Tuesday 2 September 2014

Tiada habisnya

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat bertemu kembali di blog ini sahabat sekelian. Urusan kehidupan yang bertalu-talu datang memohon masa  sekehendaknya sehingga selesai. Saya berharap semoga para sahabat sentiasa setia bersama saya. Kalian semua tetap dalam setiap doa saya.

Akhir-akhir ini saya cukup sedih. Terpampang di surat khabar kisah Kucing malang yang di aniaya hanya kerana mencuri ikan untuk makan. Sedihnya nasib kucing itu. Untuk makan sambung hidup perlu mencuri. Kucing manakan ada akal. Manusia sebaik ciptaan kejadian dari Allah yang punya akal malah tidak di guna sebaik pemberian itu.


Saya secara peribadi menjaga anak amat pasti waktu bila kelaparan melanda di perut anak-anak saya. Jadi untuk pastikan mereka tidak bergiat agresif kerana perut berkeroncong maka sediakan makan secukupnya untuk mereka. Beri semampu anda. Kucing akan bertindak melampau jika sangat lapar. Ketika menaip ini saya terbayang nasib kucing jalanan di luar sana yang kelaparan. Sedihnya.

Kisah penganiyaan dan diskriminasi terhadap haiwan tidak akan pernah berakhir selagi manusia tidak mahu merendahkan martabatnya untuk sesama berkongsi dengan makhluk yang lain. Sudahlah tempat tinggal mereka kita hapuskan dengan rakus menyokong pembangunan lagilah mana mereka mahu mencari makanan kalau tidak di kelompok manusia jua. Fikirlah. Untuk si pelaku yang membuat kezaliman kepada haiwan di dunia ini, Allah akan balas perbuatan kamu. Tunggu sahajalah.

Sekian. Semoga bermanfaat.