Friday 26 June 2015

Tujuh macam pahala yang dapat di nikmati selepas mati

Teks : Shehren Shahadan 
Sumber imej : Google


Assalamualaikum wbt

Sahabat yang di rahmati Allah sekelian.

Sedikit perkongsian untuk kita semua pada ramadhan ke 10 ini. Moga amalan kebajikan kita sentiasa bertambah di bulan mulia ini.

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8) Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1) Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2) Ilmu yang berguna dan diamalkan

3) Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya 

Sekian. Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi

Tuesday 23 June 2015

Benarkah?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber : koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt
Sahabat yang di rahmati Allah
Salam ramadhan ke 6 pada hari ini

Benarkah kucing betina yang baru beranak cepat terangsang untuk mengandung semula?

Ini benar.
Benar berlaku kepada kucing betina saya yang baru 2 minggu melahirkan anak. 

Di hadapan rumah saya sekarang ada kucing jantan menunggu puteri saya ni. Anak nya yang masih kecil menjerit meminta susu. Si ibu sudah tergedik-gedik untuk keluar.


>>> perhatikan gambar, mata meow jantan itu memandang pintu rumah sahaja..

Mungkin ada rembesan bau yang keluar dari ibu kucing saya menarik perhatian kucing jantan di luar sana. 

Saya perhati ibu muda ini merenggek manja dan mengolekkan badan nya untuk memberi tanda ia sudah bersedia untuk mengawan semula. Hal ini tidak berlaku kepada ibu amot.  Saya tidak mengendahkan dan pada saya ibu kucing belum pulih sepenuh kesihatan dari bersalin yang lalu. Jadi saya lekakan ibu Kucing dengan merapikan anaknya, menyusu dan lebih perihatin kepada anaknya yang sekor tu. Ibu Kucing di dalam rumah kegelisahan. Bau kuat Kucing jantan di luar mengamitnya untuk keluar. Saya tidak akan biar ini berlaku. Kasihan anaknya masih kecil. Dan saya berniat untuk memandulkan nya setelah anak nya putus susu lebih kurang lagi 3 bulan dari sekarang.


Apakah jalan penyelesaianya?
1) lekakan ibu dengan anak nya yang montel itu

2) lekakan ibu dengan anak nya lagi

3) ajak bermain bersama anak (gurau manja gitu)

4) grooming ibu selalu (urut leher, urut perut, sisir bulu)

5) penat semua aktiviti di atas ajak beradu hihi

Untuk makluman, sebahagian gambar-gambar ini ada saya kongsi di wall Facebook akaun saya. Jadi silalah ke laman tersebut untuk mengikuti kisah-kisah kucing saya ini ye.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi.




Wednesday 17 June 2015

Mengimbau kenangan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : koleksi peribadi 

Assalamualaikum wbt,

Sahabat yang di rahmati Allah

Esok 18 June 2015, permulaan puasa bagi semua umat Islam di muka bumi ini. Yang degil ponteng puasa tu sudah-sudahlah melayan degil. Bersihkan hati dan belajarlah berpuasa dengan ikhlas. Bukan tidak mampu untuk berpuasa tetapi kalah dengan hawa nafsu kan.

Untuk anak kecil yang masih belum baligh tidak perlu lah di keraskan sangat untuk berpuasa. Jika mereka rela untuk melatih diri mereka berpuasa ajari dengan sempurna. Tidak perlu sampai anak kecil demam, muntah gara-gara mengikut golongan dewasa berpuasa. Sebaiknya semak tertib solat anak-anak terlebih dahulu itu yang utama. Sebelum beralih kepada ajaran rukun islam yang lain.

Terimbau kenangan Ramadhan yang lalu...


Suara anak kecil di luar pagar...
Subuh hening keluar dari celahan rumput yang basah di simbah embun malam..
Berdua yang comel..
1 pekat warna 1 cair sedikit...
Berlari mengatur tapak kecilnya ke arah saya...
Memohon simpati kasih sayang...
Saya dan suami memangku sorang satu...
Membelai penuh kasih...
Suami yang sudah siap mahu ke tempat kerja pantas menyediakan tempat untuk mereka. Sangkar di alas kain bersih...

Kini hampir genap setahun mereka beradik berdua setia bersama kami. Sihat membesar bagaikan johan. Si abang hemsem muka manis, si adik muka ayu suka merayu. Sangat manja. Alhamdullilah.


Sekian. Semoga bermanfaat.
Jumps lagi.
Salam marhabban ya ramadhan. Maaf lahir batin.

Tuesday 16 June 2015

Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Sumber : Google

Assalamualaikum wbt

Sahabat yang di rahmati Allah.


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W menberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qu'ran?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca menghadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota diatas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibu pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.

Sekian. Semoga bermanfaat.
Terima kasih.

Sunday 14 June 2015

FOKUS

Teks : Shehren Shahadan


Assalamualaikum wbt,


Sahabat sekelian yang di rahmati Allah. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.


Sahabat sekelian,
Hidup ini begitu banyak cabarannya.
Untuk menyerap cabaran kehidupan seterusnya kita perlu FOKUS. Apabila kita focus dalam sesuatu perkara tersebut.. kita akan lebih MAHIR dalam perkara tersebut. Dan kita akan jadi PAKAR dalam perkara tersebut.


Apakah maksud di atas?
Ialah jika anda sudah mencuba sesuatu tetapi tidak membuahkan hasil yang memuaskan. Dengan usaha bersungguh atau sekali lalu itu hak anda. Pasti anda akan mencuba yang lain dan menggusahakan sekali lagi seperti kes pertama bukan. Anda mesti mencuba 2 atau 3 perkara sebelum menjumpai kesesuaian dengan anda.


Jadi, apa seterusnya...
Jika setelah mencuba pelbagai perkara dan anda sudah menjumpai yang sesuai dengan diri. Jangan tunggu lama untuk mengasah perkara tersebut menjadi.


Caranya..
Anda perlu berguru untuk memperoleh kemahiran dan kepakaran mengenai perkara tersebut. Cuma ambil dari pengalaman yang melintas di sekitar anda juga boleh tapi tidak seampuh pengetahuan yang kita dapat apabila menuntut ilmu.


Contoh jelas..
Pembuat kek homemade yang tumbuh bagai cendawan di masa kini.
Selain dari idea kreatif yang tidak semua individu memiliki, si pembuat kek perlu juga menambah ilmu melalui online, bengkel pembuatan kek.


Jadi untuk menambah focus dalam bidang yang anda minat, anda perlu berguru dan sentiasa menambah ilmu untuk jadi MAHIR dan PAKAR dalam bidang tersebut.


Sebelum kegagalan dan kerugian lebih bertambah menghakis modal anda, sebaiknya mencari guru yang pakar dalam bidang yang anda minat itu sangat di galakkan.


Sekian. Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi.

Friday 12 June 2015

Ujian untuk siapa?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google 


Assalamualaikum wbt,

Sahabat sekelian. Di doakan semuanya sentiasa di dalam rahmat Allah.

Kadangkala ujian yang datang dalam hidup kita pasti untuk kita ke? Kadang ujian itu di tunjukkan pada semua keliling kita. Untuk kembali menilai bagaimanakah jika ujian yang sama itu terkena pada kita. Adakah kita pantas mengambil pedoman dari kejadian atau sebaliknya.

Pantas berita bergerak sepantas whatsapp messenger sampai di telefon pintar kita. Berita di televisyen belum siar lagi kita dah kalut terima berita. Tanpa sahih atau sebaliknya itu belakang kira.

Ujian setiap orang Allah duga tak sama. Allah Maha penyayang. Boleh jadi ujian itu sebagai pedoman buat yang memerhati. Jadi panduan buat persediaan jika terjadi kepada diri sendiri. Boleh jadi ujian untuk mengingatkan kita kembali dekat kepada Allah.

Apa yang Allah datangkan hadirkan pada kita semua bersebab. Takut nya mengenang kisah-kisah akhir zaman ini. Kun fayakun dari Allah walau negara kita bukan di lingkaran gempa gunung berapi tetapi ianya terjadi di negara sendiri.

Semua yang berlaku Allah tunjuk satu persatu dalam bentuk amaran. Kisah ujian yang Allah tunjukkan bukan cuma  di zaman ini tetapi dari zaman umat nabi terdahulu. Semuanya berpunca dari ingkar dan derhaka dengan Allah. Cukup takut mengenang pembalasan dari Allah.

Cukup-cukuplah kita mendabik dada mencabar pencipta bumi langit ini. Tolonglah bersihkan hati dari sifat-sifat tamak haloba yang boleh memusnahkan isi dunia ini. Yang penting semua kena bersihkan kolam hati. Kalau tak mahu bersedialah terima ujian lagi bertimpa-timpa lepas ni. Ada berani?


Sekian. Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi.

Wednesday 10 June 2015

Surah Insyirah

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Assalamualaikum wbt,



Kekuatan ayat al quran memang yang tersendiri. Mempunyai aura tersendiri untuk yang mempercayai. Yang penting kena yakin. Apabila yakin dengan sendirinya akan mendatangkan manfaat kepada kita. Yakin kena ada dalam diri.

Sahabat saya berpesan apabila keresahan akan sesuatu hal yang berlaku maka jadikan surah insyirah ini sebagai zikir selepas selesai solat 5 waktu. Pada mula memang payah tetapi bila sudah di amalkan akan menjadi mudah dan ianya akan menjadi seperti satu rutin selepas solat. Cuba amalkan dan kalian semua akan rasa lain nya.

Baca juga ayat tafsiran di sebelah ayat Al Quran. Hati akan rasa tenang. Betapa ayat Al Quran mempunyai mukjizat tersendiri seperti di janjikan oleh Allah. Setiap masalah musibah yang Allah turunkan pada setiap hamba Nya ada bersebab. Boleh jadi kita sudah sangat jauh dengan Allah. Allah tarik kita kembali dekat dengan Nya. Boleh jadi juga rahmat melimpah ruah adalah ujian buat kita. Tetapi ingat lah Allah tidak akan menguji hamba Nya lebih dari kemampuan hamba Nya itu sendiri. Lihat, betapa Allah begitu sayang kan kita. Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan.

Sekian. Semoga bermanfaat 
Jumpa lagi
=============================



Untuk suri yang berminat menambah ilmu dan coaching personel bersama guru online boleh luangkan masa menghadiri kelas anjuran ABDR pada masa dan tempat seperti tertera di atas. 

Jika berminat atau untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai kelas ini boleh hubungi saya melalui:-
PM/WA 011.1857 8330 
FB :- Shehren Shahadan 

Tuesday 9 June 2015

Gejala Tekanan

Teks : Shehren Shahadan

Sumber imej : Google



Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca sekelian. Bagaimana kehidupan anda sekelian. Nasib kita di bumi bertuah yang makmur ini cukup sempurna. Kalaulah nak di banding dengan negara lain di dunia ini. 

Apakah tanda-tanda gejala tekanan ?
1) Pada Fizikal :-
- keletihan, pening kepala, susah tidur, degupan jantung kuat, sejuk tangan Dan berpeluh.

2) Pada Mental :-
- hilang tumpuan, Mudah lupa, tidak boleh berfikir, susah untuk buat keputusan dan tidak boleh berjenaka.

3) Pada Emosi :-
- risau, sentiasa bimbang, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, panas baran dan mudah hilang sabar.

Untuk mengawal tekanan yang ada dalam diri bukan mudah. Yang berdepan dengan  tekanan itu sahaja yang mengetahui betapa tertekan nya kehidupan yang penuh tekanan.

Sebagai muslim kita wajib kembali mengajarkan diri, perasaan dan juga hati agar sentiasa tenang dan sabar menghadapi tekanan. 

Kehidupan masa kini yang begitu mencabar dan sangat moden memaksa kita hidup dalam tekanan jika salah pilihan. Hidup ini ada pilihan. Yang menentukan adalah diri anda sendiri.

Jadi sila pastikan diri anda tidak terdapat tanda-tanda seperti di atas. Di khuatiri akan berlarutan menjadi masalah yang serius. Boleh memberi impak buruk kepada diri anda sendiri juga sekeliling anda. 

Juga wajar mendalami ilmu agama untuk menyerap tekanan yang wujud di sekitar kita. Jangan malu untuk memulakan sesuatu perubahan ke arah kebaikan. Cuba jadikan zikir-zikir harian sebagai permulaan perubahan hidup. Dampingi sahabat baru yang berfikiran positif dan membina.

Sekian. Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi.

Wednesday 3 June 2015

Nama-nama Allah

Sumber: Goggle


Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Maalik
Yaa Qudduus Yaa Salaam Yaa Mukmin Yaa Muhaimin

Yaa 'Aziiz Yaa Jabbar Yaa Mutakabbir Yaa Khoolik
Yaa Baarik Yaa Musowwir Yaa Ghoffaar Yaa Qohhaar

Yaa Wahhaab Yaa Rozzaak Yaa Fattaah Yaa 'Aliim
Yaa Qoobidth Yaa Baasiit Yaa Koofith yaa Roofi'
Yaa Mu'iz Yaa Muzil Yaa Samii' Yaa Basiir
Yaa Hakam Yaa 'Adl Yaa Latiif Ya Khobiir

Yaa Haliim Yaa 'Aziim Yaa Ghofuur Yaa Shakuur

Yaa 'Aliyyu Yaa Kabiir Yaa Hafith Yaa Muqiit
Yaa Hasiib Yaa Jaliil Yaa Kariim Yaa Roqiib
Yaa Mujiib Yaa Waasi' Yaa Hakiim Yaa Waduud
Yaa Majiid Yaa Baa'ith Yaa Syahiid Yaa Haqq

Yaa Wakiil Yaa Qowwi Yaa Matiin Yaa Waliiy
Yaa Hamiid Yaa Muhsii Yaa Mubdiik Yaa Mu'iid
Yaa Muhyii Yaa Mumiit Yaa Hayy Yaa Qoyyuum
Yaa Waajid Yaa Maajid Yaa Waahid Yaa Somad

Yaa Qoodir Yaa Muqtadir Yaa Muqoddim Yaa Muakkhir

Ya Awwal Yaa Aakhir Yaa Zoohir Yaa Baatin
Yaa Waliiy Yaa Muta'aali Yaa Barr Yaa Tawwaab
Yaa Muntaqim Yaa 'Afuu Yaa Rouuf
Yaa Maalikal Mulki
Zul Jalaali wal Ikraam

Yaa Muqsit Yaa Jaami' Yaa Ghoniyy Yaa Mughniy
Yaa Maani' Yaa Dthoor Yaa Naafi' Yaa Nuur

Yaa Haadi Yaa Badii' Yaa Baaqii Yaa Waarith
Yaa Rosyiid Yaa Sobuur Yaa Allah Ya Allah