Wednesday 21 October 2015

Jerebu

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt,
Apa khabar pembaca sekelian. Maaf agak lama menyepi. Kesibukan rutin harian turun naik. Semoga memahami. 


Jerebu
Hampir 2 bulan melanda Malaysia.
Apakah petanda?
Dunia sudah tua sahabat.
Penghujung cerita kita hampir tiba.
Entah esok entah lusa.
Kisah hidup tetap berlaku.
Umur kita semua pun semakin meningkat.
Itu petanda ajal hampir dekat.
Cukupkah bekalan kita sediakan.
Cukupkah menampung tutup amalan solat yang tertinggal?
Dosa yang sengaja atau tidak?

Jerebu
Mengundang gelisah 
Pada ibu yang punya anak kecil
Pada orang tua yang sudah uzur 
Takut makin menjejas kesihatan
Takut makin teruk keadaan
Banyakkan minum air masak yang sempurna
Kurangkan aktiviti riadah di luar jika tidak perlu
Rehat saja di rumah bersantai bersama keluarga
Mungkin banyak yang kita terlepas sebelum ini dapat di raih kembali bersama.

Sekian, semoga bermanfaat.