Teks:Shehren Shahadan
Imej:Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.
Sesuai dengan tajuk entri, kali ini entri akan menyentuh mengenai nasib kucing jalanan. 2 hari lepas saya telah mengikuti sebuah rencana mengenai kucing jalanan juga. Kisah mengangkat nasib kucing jalanan di luar negara. Di negara sana begitu banyak rescue-rescue yang berhati emas. Menyelamatkan Kucing jalanan, mengumpulkan mereka di suatu tempat yang sempurna, memberi makan serta merawat mereka. Kerana itu sahaja yang di paparkan. Semua yang Indah-indah yang di highlight.
Di sini nasib Kucing jalanan bagaimana? Sangat menyentuh hati dan perasaan. Ada yang jumpa dengan berbungkus guni rapat. Ada di campak dari tingkap kereta. Ada yang buang dalam sungai, ada yang terjumpa tergantung di dahan pokok tinggi. Dalam hutan pun ada. Macam-macam keadaan boleh jumpa.
Bayangkan si kecil bayi lagi di pisahkan dari ibu di buang di tepi jalan tanpa tinggalkan makanan minuman. Memang kejam. Memang tidak berperikemanusian langsung. Bagaimana si kecil anak itu tadi mahu meneruskan hidupnya? Tidak terfikirkah, bahawa nyawanya sebentar nanti akan berakhir di bawah gilisan tayar lori. Mengapakah hak mengambil nyawanya di tangan manusia sedangkan Allah yang berkuasa.
Bercerita tentang kucing jalanan hati saya cepat tersentuh. Salah satu cara untuk mengelakkan Kucing jalanan bertambah dan terus bertambah ialah dengan mengawal pembiakan mereka. Setiap individu atau pemilik Kucing wajib mempunyai kesedaran ini. Pilihlah jalan yang terbaik untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah ini.
Kewujudan shelter home untuk membela nasib Kucing jalanan sedikit sebanyak melegakan juga. Kehadiran individu yang bertindak sebagai penyelamat kepada Kucing jalanan ini wajib di angkat kisah mereka dan di beri bantuan yang sewajarnya. Pembiayaan untuk menjaga merawat kucing jalanan ini bukan sedikit modal nya. Pengalaman dari seorang sahabat yang sentiasa memerlukan bantuan Dana kewangan untuk penbiayaan kehidupan stray cats yang di selamatkan olehnya memang tinggi. Penbiayaan perubatan bagi Kucing yang cedera dan teruk kondisi nya sentiasa memenuhi rumah tumpangan Kucing-Kucing nya itu.
Semua Kucing mengharapkan di jadikan seperti gambar di atas. Penuh belaian dan kasih Sayang dari tuan mereka. Tidak perlu risaukan makanan dan minuman mereka. Ini gambaran Kucing yang bertuan. Bagaimana nasib Kucing jalanan pula. Bagai langit dengan bumi. Kucing jalanan tidur beratap langit beralas jalan tar, kadang di simen lantai yang sejuk, di dalam longkang. Kalau hujan berbasah kuyup pula.
Kucing bukan boleh bekerja. Siapa yang nak bagi makan kucing kalau bukan kita yang bantu mereka semua. Mereka bukan minta semua makanan kita tetapi hanya sedikit sahaja lagipun perut mereka bukan besar sangat pun. Kalau jumpa ternampak mereka di jalanan tolong jangan sakiti mereka. Tolong jangan buang mereka jika mereka sakit atau sebagainya.
Harapan saya entri ini dapat memberi kita semua kesedaran mengenai nasib kucing jalanan di luar sana.
Sehingga bersua kembali. Salam Sayang untuk semua.
*******************************************
# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
*******************************************
Selamat datang bulan March. 22 pelajar baru. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
No comments:
Post a Comment