Sumber Imej:Google
Assalamualaikum para pembaca sekelian. Para sahabat yang membaca di ruangan blog ini, saya mengharapkan apa yang saya kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Yang baik dari Allah. Yang batil dari saya. Saya begitu mengharapkan pandangan dan juga teguran dari pembaca setia blog saya. Untuk masa depan blog ini. Sokongan dari anda semua amat saya hargai.
Bercerita tentang kucing memang tidak akan pernah habis. Bercerita kecomelan, kelincahan, kenakalan yang selalu mencuit hati. Jika di rumah, si kucing itulah yang mengamit hati tuan untuk cepat pulang ke rumah.
Untuk memelihara kucing, kita sebagai tuan perlulah memastikan kebajikan mereka terjaga. Ini peringatan untuk diri saya juga. Makanan, tempat tinggal, rawatan vaksin, stok ubatan, dan set perapian juga perlu sentiasa cukup untuk bekalan mereka.
Jika anda tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk menjaga kucing yang banyak, pada saya cukup menjaga seekor atau dua untuk tempoh pembelajaran untuk menjaga lebih banyak bilangan kelak.
Ingat lah sekali anda sudah memilih untuk memelihara mereka, ingat itu adalah amanah dari Allah. Jaga peliharalah mereka sehingga habis hayat mereka. Saya di sini tidak mahu mempersoalkan sikap tanggungjawab tetapi mahu di kalangan kita yang di sebut-sebut pencinta kucing@cat lovers mempunyai sendiri kesedaran.
Kesedaran untuk menjaga, memelihara mereka walau apa jua keadaan mereka. Jangan hanya di sayang, di peluk di usap di manja ajak tidur bersama hanya ketika kucing itu sihat bulu kembang mengebu. Itu tidak adil untuk mereka.
Mereka juga punya hati perasaan. Jika sakit bawa ke doktor. Bukan terus campak mereka di jalanan. Jika mahu mereka sihat dan sentiasa gembira bersama anda, lakukan proses pencegahan, bawa mereka berjumpa pakar veteriner untuk rawatan vaksin secara berjadual.
Jangan tambahkan lagi bilangan stray cats jalanan di luar sana. Saya merayu, tolonglah. Pelihara dan jaga hak milik anda walau apa pun keadaan mereka. Bayangkan oleh anda, boleh ke mereka mencari makan sendiri di luar sana sekiranya selama ini makan dan minum mereka anda sediakan? Fikir dan jawab lah sendiri.
Untuk mengelakkan populasi pembiakan Kucing tidak bertuan semakin bertambah dan terus bertambah, sila neuterkan Kucing peliharaan anda untuk mengelakkan mereka dari di buang di jalanan.
Sekian. Semoga bermanfaat.
Nota kecil:-
Saya mencari agen untuk projek duit raya, jika berminat pm saya untuk keterangan lanjut. Terima kasih.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM
No comments:
Post a Comment