Sunday, 11 May 2014

Matlamat ABDR

Teks:Shehren Shahadan

Salam hormat pembaca sekelian. Sementara idea masih segar saya coretkan di sini untuk kita sama berkongsi manfaatnya. Masa sekarang pantas berlalu. Seharian di rumah tidak terasa. Segala benda kaki tangan nak capai semua nak selesaikan semua. Akhirnya tersadai kepenatan. Rehat sekejap.

Pagi yang indah, saya berkesempatan menghantar si buah hati kesayangan ke sekolah. Betapa gembiranya ekspresi mukanya apabila mama nya menawarkan khidmat penghantaran ke sekolah.

Seperti selalu keadaan memang sibuk, lagi hari ini hari ahad. Kebanyakan ibu bapa mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Oh ye di Johor, Ahad hari bersekolah, bekerja untuk  anak-anak dan kakitangan awam (termasuk suami saya).

Saya menghantar anak berjalan kaki ke sekolah. Sengaja meletakkan kenderaan jauh sedikit. Selesai penghantaran dia ke pintu masuk sekolah, saya berpatah balik ke tempat saya meletakkan kereta dan ternampak sesuatu yang menarik perhatian saya.

Apakah yang berkerumun di situ. Hati saya kuat untuk mengetahui. Kaki ini tanpa saya sedari melangkah melintasi jalanraya. Mujur kenderaaan sudah kurang melalui jalan depan sekolah. Cepat kaki melangkah, rupanya orang berkerumun membeli makanan pagi. Macam-macam ada. Boleh di lihat penuh di atas meja dengan tulisan yang jelas penandaan setiap bekas makanan. Bagus. Memudahkan pelanggan. 

Tetapi kenapa ramai sangat seolah penjual. Saya pun meringankan mulut menyelidik. Detektif Rin menjalankan tugas. Oh, mereka surirumah kawasan berdekatan bergabung menjual sarapan pagi. Oh, ini sangat bagus. Surirumah berpendapatan. Siapa kata surirumah hanya duduk di rumah sahaja? Siapa kata? 

Kakak suri-suri tersebut telah melakukan sesuatu yang bernas. Dan saya sangat kagum dengan mereka. Semangat mereka kuat untuk membantu suami dan juga mempunyai pendapatan sendiri untuk membeli keperluan sendiri juga anak-anak mereka.

Dan itu jugalah matlamat kami di ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah). Matlamat mengembalikan kaum wanita pulang ke rumah kembali menjaga keluarga dengan berpendapatan sendiri. Malah boleh menjadi pencetus inspirasi kepada wanita yang lain di luar sana.

Untuk yang masih tercari-cari konsep atau bahan bacaan untuk menambah ilmu bolehlah membeli ebook seperti di bawah terlebih dahulu. Mana tahu sudah selesai baca 2 ebook ini baru menyedari potensi diri anda yang lama tersembunyi. Ayuh, mulakan langkah mu.

Ebook Super WAHM Super Mom~mengandungi banyak Sumber-sumber inspirasi wanita berjaya di luar sana yang boleh anda jadikan contoh untuk kehidupan anda. 

Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes~deretan senarai perniagaan yang boleh di lakukan hanya dari rumah. Seperti kisah kakak suri yang saya kongsikan tadi. Banyak cara dan pendedahan di kongsikan di dalam ebook yang ISTIMEWA ini.

Dapatkan dengan segera kerana sekarang sedang berlangsung promosi seperti tertera gambar di bawah. Hubungi saya untuk keterangan lanjut ye puan/tuan/Cik Adik manis.


Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment