Tuesday, 6 May 2014

Tips memilih bekas makanan

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian yang saya sayangi. Apa khabar kalian semua? Yang mempunyai si comel di rumah bagaimana keadaan si manja anda. Sedikit saya kongsikan keadaan di rumah saya, si ibu yang tidak lagi di neuter kan itu sudah mula menyanyi. Itu menandakan musim mengawan sudah kembali lagi. Bukan tidak mahu di mandulkan tetapi si ibu baru baik betul dari sporo yang di hidapi.

Tips memilih bekas makanan ialah:-
1) pastikan bekas makanan mestilah sentiasa bersih supaya tidak tercemar dengan sebarang kuman atau jangkitan bakteria.
2) mestilah tidak mudah pecah
3) tidak mudah berkarat
4) jangan sediakan bekas makanan yang mudah terlingkup

Kebanyakkan pemilik kucing menyediakan bekas makanan yang berunsur seramik, stainless steel, plastik atau juga kaca plastik.

Tidak perlu menyediakan mereka keperluan bekas makanan yang cantik, berwarna-warni dan bling-bling. Cukup satu bekas makanan yang selamat dan selesa untuk mereka. Kadang kala si tuan yang teruja membeli bekas yang cantik berwarna untuk Kucing mereka. Awas, warna yang meriah pada bekas makanan boleh mendatangkan kerisauan serta kecenderungan kucing jatuh sakit akibat warna pada bekas yang luntur.

Sebaik-baiknya bekas makanan hendaklah bersebelahan dengan bekas minuman kerana kucing memerlukan keseimbangan antara makanan dan minuman setiap kali waktu makan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment