>> Mencakar/menggaru telinga sehingga kelihatan adanya luka atau kemerahan di sekitar telinga.
>> Kotoran telinga berwarna coklat tua kehitaman, kering menyerupai serbuk kopi. Kadang-kadang terlihat kerak-kerak kering di sekitar telinga pada bahagian dalam.
>> Ear mite berpindah dari liang satu ke liang lain melalui cara fizikal ( merayap / terbang )
>> Ear mite berasal dari haiwan/kucing lain yang hidup bersama kucing anda. Kerana ear mite mudah sekali berpindah melalui cara fizikal, maka pengubatan ear mite harus dilakukan menyeluruh terhadap semua kucing yang hidup bersama di rumah anda.
>> Ear mite senang menular di antara anjing dan kucing. Ada beberapa spesies ear mite yang lebih suka menyerang anjing tetapi ada juga yang boleh menyerang keduanya. Anak kucing mendapat ear mite dari induknya.
>> Ear mite juga dapat menyerang arnab, hamster, musang, tikus, serta haiwan berbulu yang lain. Meskipun terkadang dapat menyebabkan sedikit rasa gatal pada kulit manusia, ear mite tidak menular & menyebabkan penyakit kepada manusia.
Bahaya/akibat ear mite
Ear mite dalam telinga sangat mengganggu, terasa gatal dan mengigit telinga. Lebih lama di biarkan boleh menyebabkan radangan pada telinga. Radangan telinga yang tidak segera ditangani boleh menjadi berbagai penyakit serius, bahkan hilangnya kemampuan pendengaran. Ear mite juga kadang dapat hidup di bahagian tubuh lain selain telinga dan menyebabkan penyakit kulit. Memang bahaya.
Jadi, kita sebagai pemilik mesti peka. Sentiasa bersihkan telinga kucing menggunakan 'cotton bud' dengan cermat dan kerap. Sekiranya terdapat kesan luka pada cuping telinga boleh sapukan gel gamat pada sekitar yang luka supaya cepat kering. Boleh juga gunakan pencuci khas untuk telinga.
Sekian. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment