Teks: Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google
Assalamualaikum. Salam sejahtera semua kepada pembaca dan pengikut blog setia saya ini. Bagaimana kehidupan anda semua. Saya doakan anda semua sentiasa di bawah rahmat illahi. Sukar bagaimana pun kita perlu teruskan hidup. Bertawakal dan mintalah kepada Allah kerana hanya Allah lah sebaik-baik pemberi rezeki.
Entry kali ini berkenaan "Zikir Kucing". Kisah yang saya ingin kongsikan bersama anda semua di sini tentang seorang Mujadid di zamannya dahulu yang terkenal dengan tafsir Risalah an-Nur beliau iaitu Badiuzzaman Said Nursi.
Dalam banyak kisah beliau, ada di kisahkan dengan satu kisah di mana ketika itu beliau bersendirian di rumahnya dan hanya beberapa ekor kucing setia menemaninya..
"Kucing makhluk yang berkat," bisik hatinya.
Tiba-tiba terlintas dalam fikirannya mengapakah kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan ia tidak melakukan pekerjaan sebagaimana haiwan lain. Kucing hanya bermain,makan dan tidur.
Pada malam itu ketika Badiuzzaman Said Nursi mahu tidur, datang seekor kucing lalu duduk di tepi bantalnya. Kemudian, kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Said Nursi lalu berzikir dengan jelas.
"Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim..."
Badiuzzaman Said Nursi tersentak lalu bingkas bangun. "Apakah aku sedang bermimpi?" bisik hatinya. Selepas dipastikan ketika itu beliau tidak bermimpi, barulah sedar kucing itu menjawab lintasan fikiran beliau yang merendahkan dan menghina keupayaan makhluk kucing. Beliau juga merasakan lafaz zikir yang keluar daripada mulut kucing itu seperti satu tamparan ke wajahnya. Dia tersedar daripada kesilapannya kerana memandang rendah terhadap makhluk itu.
Kemudian terlintas pula dalam fikirannya apakah zikir Ya Rahim...Ya Rahman... ini khusus untuk kucing yang seekor ini sahaja ataupun semua kucing berzikir yang sama. Beliau juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada beliau sahaja yang mempersoalkan dan mempertikaikan makhluk kucing? Atau makhluk lain yang memerhati dan mengambil perhatian juga akan mendengar zikir kucing.
Tiba-tiba datang tiga ekor kucing lagi lalu menghampirinya. Ketika itu Badiuzzaman Said Nursi terdengar kucing-kucing itu mengucapkan zikir yang sama dan berulang-ulang dengan nada yang berbeza tinggi dan rendah. Namun tidak sekuat kucing yang menghampiri telinganya tadi. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing mengiau dengan menyebut Ya Rahim...Ya Rahim..sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan. Ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir dengan baik sekali. Kucing-kucing itu seperti merayu kepada Tuhannya yang bersifat al-Rahim. Itulah zikir munajat kucing.
Kemudian terlintas pula di hati Badiuzzaman Said Nursi, mengapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?
Tiba-tiba beliau mendapat jawapan melalui lintasan hatinya juga. Sebabnya kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil. Ia bercampur dan bergaul dengan manusia malah menjadi kawan. Kucing sangat memerlukan belas kasihan dan kasih sayang manusia.
Selepas kucing-kucing itu mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, ia mendapat makanan kemudian meninggalkan tuannya sambil mengucapkan syukur. Kucing itu pergi berehat sendiri kemudian terus mengucapkan syukur kepada Tuhannya. Badiuzzaman Said Nursi mengucapkan syukur kerana Allah sudah memberikan jawapan pada persoalan kucing.
Ketika itu beliau miskin dan makanan juga terhad. Selalunya makanan yang sedikit akan cepat habis. Namun apabila beliau berkongsi makanan dengan kucing-kucingitu walaupun makanan itu sedikit namun ia masih tetap berbaki. Itulah belas kasihan Allah kepada makhluk lemah seperti kucing. Sekiranya Allah begitu kasih, apatah lagi manusia makhluk yang paling mulia.
Jadi sebagai manusia yang cukup sifat semua pada diri kita ini, janganlah kita sombong dengan harta dan rezeki yang kita ada. Berkongsi dan berbagilah dengan insan lain dan juga dengan haiwan seperti kucing, burung dan lain-lain. Mereka juga makhluk yang Allah cipta kan dan mereka berzikir selalu kepada Allah.
Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya
Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330 FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM