Sumber Imej : Google
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar kesayangan semua? Semoga hari ini memberi lagi kebaikan demi kebaikan untuk kita semua. Banyakkan memberi dari menerima, semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Entry kali ini saya kongsikan pengalaman saya berniaga tanpa modal. Konsep ini di perkenalkan oleh guru online saya puan Zaila Mohamad. Bukanlah saya tidak pernah memulakan perniagaan sebelum ini, tetapi semuanya memerlukan pengeluaran modal terlebih dahulu. Berbeza dengan konsep dropship ini. Apakah yang berbeza?
Konsep yang di namakan sebagai dropship tidak memerlukan modal. Boleh rujuk gambar di atas untuk lebih faham. Anda hanya perlu mencari pelanggan kepada produk tersebut dan menyerahkan urusan selanjutnya kepada pemilik produk. Anda akan di beri upah pada target tertentu atau pada jualan yang berjaya anda perolehi dari pihak pembekal.
Pengalaman saya dropship produk makanan memang mengujakan. Ternyata produk makanan tetap di perlukan sampai bila-bila pun selagi ada nafsu makan. Banyak atau sedikit merupakan penentu jumlah upah yang anda dapat. Yang penting anda kena rajin. Sentiasa promosi dan perkenalkan produk dropship anda. Jualan dropship saya mencanak naik lebih lagi jualan pada waktu perayaan. Bertepatan pula dengan produk jualan dropship saya ketika itu iaitu kurma, jualan kuih raya, nasi arab, sambal kentang dan banyak lagi. Ternyata jualan dropship tersebut masih memberi rezeki sampingan kepada saya sampai saat ini. Syukur alhamdulillah.
Jadi bagi anda yang tidak mempunyai produk jualan serta modal yang banyak untuk memulakan sesuatu boleh cuba konsep dropship ini. Upah yang anda dapat pula sebahagian boleh di simpan untuk memulakan perniagaan sendiri pada masa depan. Semoga kita semua berjaya dunia akhirat aamin.
Sekian semoga bermanfaat.
Terima kasih sudi membaca.