Sumber Imej:Google
Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua. Entri kali ini berat sikit. Mengenai pengetahuan. Alamak.. Tidak mengapa jangan mengalah dulu. Kita selak perlahan-lahan untuk dapatkan ilmu ye. Selesai submit proposal subuh tadi? Kita usaha berserah tawakal InsyaAllah akan ada jalan. Yang penting terus usaha ye.
Kembali ke trek asal. Fokus pada tajuk entri kali ini. Penjagaan selepas proses kembiri terhadap kucing-kucing anda.
Antara yang perlu anda berikan perhatian ialah:-
1) elakkan dari tersentuh kawasan yang baru di bedah
2) semasa proses pembedahan, kucing di beri ubat pelali. Pastikan anda meletakkan kucing anda di tempat yang selamat dan selesa untuk Kucing anda sehingga ia sedar kelak
3) berikan sedikit air dan makanan hanya setelah ia stabil dan boleh bangkit sendiri. Kadang kala ianya boleh memakan masa 1 hari untuk proses pemulihan
4) masukkan ke dalam sangkar. Jangan di biarkan bebas. Di takuti jahitan dari tempat bedah boleh terbuka. Kurung di dalam sangkar sekurangnya 7 hingga 14 hari untuk proses penyembuhan dengan segera
5) periksa dengan kerap kawasan pembedahan, pastikan luka pembedahan dan kawasan jahitan sentiasa kering untuk mengelak jangkitan kuman berlaku
6) di galakkan anda memakaikan kucing anda 'neck collar' untuk mengurangkan risiko kucing anda menganggu kawasan pembedahan tersebut
Pastikan luka di tempat jahitan benar-benar kering. Sekiranya anda dapati terdapat bengkak, keluar lelehan darah, bernanah atau jahitan terbuka sila bawa dengan segera kucing kesayangan anda berjumpa veterinar berhampiran. Sebab itu untuk mengelak semua itu berlaku Sebaiknya kuarantin kucing anda.
Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan
No comments:
Post a Comment