Sunday, 12 July 2015

Online Shopping

Teks : Shehren Shahadan
Sumber : Google



Kurang lagi seminggu kita akan merayakan hari raya aidilfitri. Di kesempatan ini juga saya mengambil kesempatan ingin memohon ampun silap dan salah kepada pembaca setia di blog ini. Semoga ramadhan yang akan berlalu ini ada memberi kesan yang positif kepada kita semua sepanjang melalui bulan ramadhan yang mulia ini.

Persiapan menyambut aidilfitri bagi keluarga saya sederhana sahaja. Tidak berlebihan. Lagipun semua persiapan pakaian baru saya sudah terlebih dahulu membeli secara online. Memandangkan masa bersama suami dan anak tidak sama jadi saya mengambil keputusan untuk membeli semua secara online awal-awal dahulu. Alhamdullilah cuma ada sedikit sahaja keperluan yang perlu di tambah. 

Kami suami isteri tidak gemar bersesak, jadi langkah pembelian secara online telah memudahkan urusan kami sekeluarga. Cuma pembelian kasut anak kami terpaksa kena keluar masuk kedai sebab si anak saiz kaki nya besar sedikit dari kalangan rakan sebaya nya.

Kalau di ikutkan dengan keadaan semasa yang macam-macam berlaku. GST, minyak naik lagi, memberatkan hati untuk berbelanja sempena raya ni tetapi mengenangkan hanya pada waktu raya kami semua bertukar baju baru, persalinan baru jadi berbelanja lah juga. Jadi kemudahan shopping online saya gunakan sebaik mungkin. Mujur saya mempunyai sahabat yang memang superb bab shopping online ni, jadi urusan saya serah kan sepenuh kepada sahabat saya itu. Cuma 3 cara sahaja iaitu cuci mata mana yang berkenan lepas itu memasukkn duit kedalam akaun penjual, tunggu pos sampai. Mudah bukan. Shopping online memudahkan cara hidup. Tidak perlu bersesak, tidak berpanas, tidak ganggu emosi serta selamat. Cuma jangan taksub sangat berbelanja semasa online shopping. Nanti diri sendiri juga yang merana.

Nasihat saya janganlah last minute berbelanja online. Kebiasaan syarikat pos dan kurrier barang akan mengumumkan seminggu dari tarikh raya untuk tutup operasi penghantaran. Sekiranya pembelian last minute dan separuh perjalanan menghadapi masalah teknikal dan sebagainya bukankah sudah mendatangkan kesusahan kepada pelanggan yang membeli barangan online. Mengharap barang yang di beli sampai untuk di pakai di hari raya tidak kesampaian. Itu salah satu risiko berbelanja online.

Walau bagaimana pun, terpulang kepada anda sebagai pengguna. Jika selesa berbelanja secara tradisi boleh saja. Mahu online memudahkan cara menjimatkan masa pun boleh. Cuma elakkan berbelanja berlebihan. Raya cuma beberapa hari tetapi kehidupan untuk di teruskan panjang lagi. 

Akhir kata dari saya semoga syawal yang bakal tiba nanti memberi sinar kebahagian buat kita semua. Walaupun ada GST minyak naik amalan ziarah menziarahi jangan di lupa. Bagi sahabat-sahabat yang bakal menempuh perjalanan panjang dan kesesakan jalan yang teruk di harap dapat merancang perjalanan anda dengan sebaik mungkin. Selamat hari raya maaf zahir batin.

Sekian. Semoga berjumpa lagi di lain kesempatan. Tolong doakan saya rajin update entry baru ye. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment