Sunday, 2 August 2015

Anak kecil itu...

Teks : Shehren Shahadan

Kasihan melihat anak kecil itu... Terpinga-pinga mahu menuju ke sekolah..

MR selesai memasukkan kereta di dalam garaj rumah. Seusai selesai MR mahu menutup pagar rumah. Di dalam garaj riuh suara sagu@nonis@yoyen menyambut kepulangan MR. Waktu cuti ahad begini mereka seolah sudah mengerti jadual kebiasaan minta di lepaskan. MR mengatakan tidak boleh kerana sagu masih sangat kecil, MR risau akan keselamatan dirinya. Nonis dan yoyen pula sudah puas di luar. Itu ketetapan MR. Yang lain MR sudah lepaskan seawal subuh lagi. Kot dorang tidak puas hati...hmmm...

Berbalik kisah anak kecil tadi, MR melihat nya di depan rumah seolah bingung tapi siap berpakaian sekolah. Jam menunjukkan hampir 7:00 pagi. MR memberanikan diri menegur..
"Adik, nak pergi sekolah ke?
Anak kecil tersebut mengganguk kepala.. Kasihan hati berdetik
"Nak acik hantarkan ke?
Anak kecil terus berjalan menyeberang menuju MR
"Ok cepat acik hantarkan dah lewat ini...sambil membuka pintu kereta
MR segera menghantar anak kecil tadi sambil interview sedikit 
"Acik tak pernah nampak adik pun.. Adik memang jalan kaki ke ke sekolah...
"Ye acik...sepatah keluar dari mulut anak itu
"Adik duduk mana?
"Acik tahu tak sekolah cina? Kat situ acik... Oh...saya sudah tahu memang jauh untuk anak sekecil nya berjalan kaki ke sekolah..
"Papa mana? Mama?
"Papa dah pergi kerja pukul 6:30 pagi lagi...mama jaga adik kat rumah...
"Oh ok...
"Balik pun jalan kaki ke? Hati-hati ya jalan dengan kawan ramai ye...pesan MR kepadanya...
Kereta menghampiri ke sekolah. Jam menunjukkan pukul 7:07.. Ok sudah sampai. MR memberhentikan kereta..
"Terima kasih acik...
"Sama-sama...sambil MR menghantar senyuman kepadanya...
Lama MR mahu bergerak meninggalkan sekolah. Sayu melihat anak tersebut. Baju sekolahnya tidak berapa kemas. Mungkin ibunya sibuk bersama adik kecil. Anak lelaki sekecilnya mungkin belum tahu berdikari. MR terkenang anak sendiri.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, MR terfikir Allah menghantar sesuatu untuk MR berbuat kebaikan. Mungkin Allah mahu menduga MR. Alhamdullilah Allah lenbutkan hati MR untuk membantu anak kecil tadi.

Allah akan melembutkan hati apabila kita mahu berbuat baik. Jangan biar hati kita keras untuk membuat kebaikan. Belajar lembutkan hati merasa ikhsan sesama makhluk ciptaan Allah. Belajar mengasihi menyayangi. Belajar memaafkan. Belajar menerima teguran dengan berlapang dada. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah sentiasa. 

#MR lupa nak tanya siapa nama anak itu...
#pun lupa mahu tanya ada ke tak dia duit belanja...menyesal sedikit...huhu berebut mahu hantar nya ke sekolah tadi.. MR doa semoga Allah jaga anak  tersebut... Aamiin
#gambar tiada lupa nak selfie...:(

2 comments:

  1. Tahniah.. Imbalan kebaikan menunggu mu sahabat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sahabat
    Bersama sebarkan kebaikan

    ReplyDelete