Thursday, 31 December 2015

Selamat tinggal 2015

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google 

Assalamualaikum wbt,

Sekadar buat renungan 
Untuk mu teman tersayang 
Hitam putih kehidupan 
Sendiri yang menentukan
Hidup ini usah persiakan.


Esok
2016
Moga bermula dengan kisah dan hari yang baik. Moga terus memberi kekuatan untuk saya dan anda semua menyusun meneruskan kehidupan.

Kehidupan abadi memang di sanalah, akhirat yang kekal abadi. Berganjak angka lagi menandakan tambah usia lagi. Masih banyak lagi amalan baik dan yang wajib perlu di laksana dan di perbaiki. Moga kita semua tekun dan istiqomah memperbaiki diri.

Semoga tahun 2015 yang akan berlalu ini memberi kita semua pelajaran dari pengalaman-pengalaman yang kita lalui. Apa yang penting akan dapat merubah kita menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

Maafkan semua salah silap saya selama ini. Semoga kemaafan yang kita beri memberi ruang dan peluang baru dalam hidup orang lain.

Mahu berubah, mahu berjaya memang perlu di paksa. Untuk memiliki perubahan dalam hidup kita perlu mencari kelainan. Gigih berusaha memperbaiki taraf kehidupan di samping mendapat restu dari orang tua dan Allah SWT.

Azam tetap azam. Tapi jika tidak di usahakan azam tersebut tidak ke mana. Lebih bercakap tidak berguna. Yang penting usaha tindakan susulan merealisasikan azam tersebut.

Tuhan
Jangan Kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku
Mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki 
Paksakan ku tunduk
Sehingga mati
End.

No comments:

Post a Comment