Friday, 17 January 2014

Penjagaan Kaki


Teks:Shehren Shahadan
Sumber Gambar:Google

Salam.
Cat paws atau tapak kaki kucing merupakan salah satu deria sentuhan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian seekor kucing selain dari hidung.

Kucing yang mempunyai kaki yang sihat membolehkannya melakukan aktiviti memanjat, menggaru, melompat serta melakukan reaksi spontan apabila terjatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

Penjagaan kaki yang rutin dapat mengelakkan kaki kucing anda dari dijangkiti sebarang penyakit@kuman.

Antara langkah penjagaan kaki Kucing termasuk lah:-
• gunakan kain lembab yang bersih untuk mencuci tapak kakinya.
• memastikan tiada sebarang bendasing@kotoran melekap di celahan kuku kakinya kerana di khuatiri akan tertelan semasa grooming.
• pastikan anda menggunakan alatan yang betul semasa memulakan rawatan seperti menggunakan 'tweezer' untuk mengeluarkan jika kaki tertusuk sesuatu.

Sekiranya anda membela Kucing yang berbulu tebal dan panjang, bantu kucing anda membersihkan dengan mengunting lebihan bulu yang menyelaputi tapak kaki mereka. 

Kucing juga amat menitikberatkan bahagian kebersihan, maka sekiranya anda mendapati kucing anda asyik selalu membersihkan bahagian tapak kaki mereka, kita perlulah sama melihat samada kaki mereka mengalami kecederaan atau sebaliknya.


# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment