Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google
Alhamdulillah dengan izin Allah swt jua lah saya dapat mewujudkan blog Tips panduan penjagaan & kesihatan Kucing ini. Semoga dengan adanya blog ini dapat saya berkongsi dan bertukar pandangan serta pendapat apa yang saya tahu mengenai kucing yang merupakan haiwan kesayangan rasul junjungan kita semua kepada para pembaca sekelian.
Saya perkenalkan diri saya, Shehren Shahadan, berumur 35 tahun, mempunyai seorang anak perempuan yang comel bernama Nur Aleya Natasya hasil perkongsian hidup selama 9 tahun bersama suami tercinta. Alhamdullilah syukur pada Allah.
Minat saya lebih kepada Kucing. Selain rutin kewajipan sebagai ibu dan isteri juga sebagai pekerja. Pada saya kucing mempunyai aura menenangkan yang tersendiri. Sekarang saya masih bekerja dan mempunyai cita-cita untuk berhenti dengan matlamat dapat menjana pendapatan dari rumah di samping dapat menguruskan masa serta menjaga keperluan keluarga yang selama ini kadang kala terabai dek tuntutan masa.
Dengan pengalaman kerja di syarikat swasta sebagai Pelukis Pelan selama hampir 10 tahun, sekarang dan semakin lama hati saya meronta-ronta untuk melakukan sesuatu yang baru. Alhamdullilah saya dipertemukan dengan mentor saya yang memberi ruang dan harapan untuk saya memulakan sesuatu yang baru dalam hidup saya.
Harapan saya semoga kewujudan blog ini dapat membantu saya dan pencinta Kucing di luar sana berkongsi pendapat, pengetahuan mengenai cara penjagaan dan kesihatan Kucing yang kita sayangi. Semakin banyak ilmu kita dapat semakin kita rasa kita kurang ilmu kan. Semoga usaha saya yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.
Berkongsi ilmu Menambahkan ilmu
Wassalam.
No comments:
Post a Comment