Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google
Tenangnya gambar di atas. Kali ini saya kongsikan sedikit pengalaman saya seharian. Menghabiskan waktu seharian pergi dan balik dari tempat kerja dengan bas awam.
Waktu pergi kerja masuk dalam bas aroma serta bau-bauan segar menusuk hidung. Rasa tenang. Maklum lah semua masih bersih semangat untuk memulakan kerja. Pemandu bas pun muka ceria senyum selalu.
Berlainan apabila balik kerja. Berubah situasi sama sekali. Bas penuh dengan orang ramai yang berpusu-pusu berebut untuk pulang ke rumah. Muka monyok, penuh tekanan. Bauan segar pagi tiada lagi. Lagi-lagi kalau warga asing menaiki bas yang sama. Kekadang saya rela melepaskan bas pergi tidak mahu terjebak dengan kemelut seperti itu.
Dalam bas yang penuh sesak dan sendat itu, masih ada sebilangan penumpang yang tidak menghormati yang lain. Misalnya seperti membuka lagu dengan kuat. Ianya terang menggangu perasaan penumpang lain. Dalam bas mungkin ada anak kecil atau orang tua yang sedang tidur, ini menggangu mereka.
Sebaiknya kita sebagai pengguna pengangkutan awam lebih bersifat
toleransi serta memikirkan hak dan perasaan sesama penumpang yang lain. Kita berkongsi bas yang sama untuk sampai ke destinasi yang di tuju, janganlah fikir awak dan dunia awak sahaja. Jaga tertib diri. Boleh jadi contoh juga pada orang asing yang melawat negara kita ini.
No comments:
Post a Comment