Friday, 7 February 2014

Cat Island

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Semoga Allah merahmati kita semua.

Pulau Kucing. Pulau ini yang sebelum ini di kenali sebagai 'Tashiro-Jima' terletak berdekatan dengan bandar Ishinomaki di Jepun.

Di pulau itu terdapat hanya kira-kira 100 orang penduduk sahaja yang majoriti berusia 65 tahun ke atas. Dahulu penduduk di sini mengusahakan pembuatan benang sutera. Oleh kerana banyak tikus perosak yang memakan ulat sutera, kucing telah di bawa masuk untuk mengawal pembiakan tikus di pulau itu. Lama kelamaan populasi kucing membiak dengan banyak di pulau itu.

Walaupun kucing-Kucing di sana ramai dan tidak bertuan tetapi keadaan fizikal kucing-Kucing di sana seperti terjaga dan cukup makan di sebabkan keperihatinan warga tua di sana menjaga mereka.

Masyarakat di pulau itu juga mempercayai dengan memberi makan dan menjaga mereka, tuah akan mengiringi kehidupan mereka. Kepercayaan tersebut masih menjadi amalan sehingga kini.

Pulau ini mula mendapat perhatian pelancong apabila para pelancong yang berkunjung ke sana memberi makan kucing, bergambar bersama kucing. Pelancong juga suka membelai kucing dan melakukan pelbagai aktiviti bersama kucing. Di pulau itu juga terdapat tarikan lain seperti kuil kucing dan bangunan yang berbentuk kucing.




Sehingga bertemu kembali. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. 388 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

1 comment:

  1. assalamualaikum hehe comel ja bangunan bentuk kucing. ya la kan walaupun kucing duk di jalan tetap nampak bersih dan terjaga subhanallah :)

    ReplyDelete