Thursday, 27 February 2014

Tips Pembersihan Telinga Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tips pembersihan telinga Kucing.

Ceritanya, anak bujang saya Yeyen mendapat jangkitan kuman di telinga. Saya hanya menyedari apabila ternampak tompokan merah di telinga nya semasa memandikannya pada hari ahad yang lepas. Puas membelek baru menyedari sang anak terkena jangkitan kutu hitam.

    Gambar menunjukkan Yeyen sedang     menahan kesakitan apabila ubat sedang bekerja di dalam telinganya.

Merah telinga mengelupas sebab berdarah dan menggaru kegatalan. Untuk mengatasi masalah kutu di telinga yeyen saya gunakan ini sebagai proses pembenterasan yang cepat. Perasaan marah dan geram saya meluas-luap apa bola melihat keadaan yeyen begitu.


Cara pertama : saya mengunakan cecair berubat 'surolan' serta putik kapas untuk membersihkan dalam telinga Yeyen. Lihatlah hasil pembersihan.


Cara kedua : Selesai proses pembersihan, saya gunakan ini pula untuk menyejukkan sekitar telinga Yeyen. Ini berupa krim. Mungkin pedih agaknya bila di sapukan krim ini di telinganya Yeyen mengerang kesakitan. Krim 'Canisep' ini bertindak sebagai antibacterial, anti maggot dan anti fugal.

Untuk sementara ini, saya akan menggunakan ubatan di atas untuk merawat telinga Yeyen saya. Apa yang akan berlaku seterusnya saya akan update di blog kemudian.

Sehingga bersua kembali.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068


No comments:

Post a Comment