Friday, 21 February 2014

Membina Keluarga

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. 

Entry kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca sekelian bagaimanakah permulaan kucing induk jantan mencari keluarganya sendiri. Membina keluarga sendiri selepas matang dan mencari pasangan untuk berkahwin.

Pemilihan induk betina oleh induk jantan untuk berkahwin di lakukan pada musim mengawan. Induk betina (si ibu) bersedia mengawan sekitar bulan Mac hingga April dan sepanjang pertengahan musim panas bulan Jun dan sekitar bulan September.

Antara perkara yang perlu anda ketahui sewaktu tempoh mengawan dan kehamilan ialah :-
• selepas mengawan si ibu akan membunting selama tempoh 65 hari
• ibu Kucing yang bunting akan bertambah berat badan sebanyak 1 hingga 2 kilogram dan perutnya akan membesar.
• apabila hampir hendak melahirkan, si ibu akan sibuk mencari sarang atau tempat sesuai untuk melahirkan anaknya pada tempat tenang dan senyap. Kadang kala tempat yang di pilih amat pelik seperti di ceruk bangsal, rimbunan rumput dan daun kering, belakang sofa dan tempat yang di rasakan si ibu selamat untuk melahirkan anaknya.
• kebanyakan pemilik kucing pula mengharapkan si ibu akan melahirkan bayi mereka di tempat yang telah di sediakan. Kadang si ibu tidak suka di pertontonkan dan lebih suka melahirkan anak dalam keadaan lebih 'privacy'.

Proses kelahiran pula bermula apabila :-
• si ibu tercungap-cungap dan berdengkur. Sejurus kemudian seekor demi seekor anaknya di lahirkan. Kebiasaannya, si ibu melahirkan semua anaknya dalam satu hari.
• si ibu pula akan mengigit putus tali pusat yang bersambung ke perut anaknya. 
• kebanyakan ibu Kucing akan me lahirkan empat hingga enam ekor anak Kucing sekali kelahiran. Tetapi ada juga yang bole mencecah sehingga 12 ekor. 

Pengalaman peribadi saya menyaksikan kucing peliharaan saya melahirkan 9 ekor  anaknya. Proses kelahiran yang memakan masa yang panjang menyebabkan si ibu letih dan tidak bermaya. Selepas puas membersihkan anak-anaknya barulah si ibu memberi anak-anaknya menyusu dan si ibu mengambil peluang untuk berehat.

Semoga bersua kembali. Salam kasih sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan




No comments:

Post a Comment