Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google
Assalamualaikum wbt,
Sahabat sekelian yang di rahmati Allah. Sudah lama saya tidak mencoret di ruangan ini. Sudah lama juga blog ini tidak di kemaskini. Tuntutan masa yang di rasa semakin singkat dalam mengurus urusan harian penyebab terjadi demikian keadaan. "Aah! Itu semua alasan...jawapan dari sesetengah pihak yang bersikap negatif ... Tapi syukur keliling sahabat saya semua memberi dorongan buat saya.
Harini pada 23hb April 2015 bersamaan 4 Rejab 1436 Hijrah. Sedar tak sedar hampir sudah dengan bulan Ramadan. Cepatnya masa berlalu. Seakan baru sahaja menjumpai bulan Ramadhan yang lalu. Cukup memberi peringatan kepada kita semua sudahkah melangsaikan hutang puasa terdahulu? Lumrah sebagai manusia kita sering alpa. Lupa pada banyak keadaan. Jika bukan mendatangkan keuntungan bagi kita, tidak nya kita hendak mengingat perkara tersebut bermati-matian kan? Manusia mudah lupa...
Suka di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang kebaikan di bulan Rejab. Apa yang kita boleh perolehi di dalam kebaikan tersebut. Teks yang terdapat di dalam carian goggle ini saya kongsikan di sini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Aamin.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
>> Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
>> Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
>> Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
>> Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
>> Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
LAGI KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Nah Sahabat sekelian, begitu banyaknya kelebihan di bulan Rejab itu. Jadi tidakkah kita semua teringin mendapat sedikit dari ganjaran-ganjaran tersebut di atas? Teringat saya usrah solat yang saya tonton di kaca tv tidak lama dulu... Ustaz mengingatkan jika mahu sedikit demi sedikit. Berubah ke arah kebaikan. Lama lama buat akan sebati dalam diri. Allah maha penyayang. Begitu banyak kasih sayang Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya Allah maha pengampun kepada hamba-hambanya. Semoga kita sentiasa dalam rahmat illahi.
Semoga apa yang di kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada saya dan sahabat semua. Semoga usaha saya yang kecil ini dapat menjadi ladang pahala untuk saya di akhirat kelak.
=============================
Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
Facebook : Shehren Shahadan
Sekian. Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment