Showing posts with label Catatan kucing. Show all posts
Showing posts with label Catatan kucing. Show all posts

Friday, 18 September 2015

Hati seorang cat lovers

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : FB Eday Oyen

Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat. Salam penghulu hari. Semoga pembaca semua beroleh keberkatan pada hari ini. 

Luahan hati seorang pencinta kucing. Betapa si dia begitu menatang anak-anak nya bagai minyak yang penuh. Sedaya upaya memberi keselesaan buat anak-anaknya. Moga memberi motivasi jika ada pencinta kucing yang lain di sini. Anda semua hebat. Boleh juga ikuti kisah sahabat FB saya ini di FB Eday Oyen.
>>>>>>>>>>
Bismillah..
Alhamdulillah, 
setelah melalui pelbagai kepayahan.. perit getir.. penat lelah.. akhirnya sy brjaya menyewa sebuah rumah seorang brsama anak2.. 
bagi yg belom mengetahui, sepanjang bulan lepas trlalu byk kesulitan yg sy lalui.. d mana sy telah d arahkan utk keluar dr rumah.. bermula lg detik episod duka dlm rentetan kehidupan sy & anak2.. pernah melalui nasib yg sama 2 tahun lepas.. & sekali lg utk tahun ni.. susahnya mgkin krna sy hanya menyewa bilik sahaja.. msti ramai yg trtanya2.. benarkah bilik..?! DemiAllah, sy dan anak2 bersama berlindung d dalam sebuah bilik.. cuma sy d beri kelonggaran utk melepaskan ank2 ketika org lain tiada d rumah.. sungguh, sy mmg terlalu kesiankan anak2.. hajat memiliki rumah sewa sendiri suatu hr nanty msh sy pendam.. tp blom sempat hajat tertunai, sy & anak2 trlebih dulu d minta keluar.. sy usaha, berendam airmata, kepenatan setiap hari brjalan sana sini mecari rumah yg bakal d huni kami anak beranak.. tp semuanya mahal belaka.. bujet pula hnya ckup makan.. tiap malam sy menangis.. mengenangkn nasib diri & anak2.. x putus sy berDoa siang malam agar d berikan kekuatan fizikal & mental agar bisa sy meneruskan perjalanan yg penuh berliku ini.. Allah Maha Adil.. Allah Maha  Agung.. Dia telah mengabulkan Doa sy.. mgkin juga Doa anak2.. Dia menghadirkan Insan yg benar2 prihatin akn kesusahan sy, biarpn sy tdak pernah meminta.. tp Insan trsebut msh ingin mbantu.. berkat dr bantuannya.. maka sy kini telah keluar dr jalan yg buntu selama ini.. Syukur Ya Allah, Kau menemukan aku dengan hambaMu ini.. kerana Insan ini lah aku bisa tersenyum.. menangis kegembiraan kerana anak2 kini telah bebas.. bebas tnpa d kurung d dalam bilik.. bebas utk berlari d mana2.. bebas melakukan ape sje.. mereka bebas d dalam rumah mereka sendiri.. sy tdak lg perlu meminta izin dr h/mate jika nk lepaskan anak2 brmain d luar.. x perlu lg meminta maaf berulang kali jika anak2 berak d toilet yg mereka guna.. x perlu lg menadah telinga menerima cemuhan & kata2 pedas sindiran bila umah sedikit berbau.. 
Syukur Ya Allah.. anak2 kini aman d sini.. Syukur Ya Allah.. owner sy yg baru ini juga trlalu baik orgnya.. telah sy khabarkan ttg anak2.. ttg sy yg selalu akn mbawa pulang & rawat kucing2 yg sakit.. dia mengerti, malah mengagumi usaha murni sy ini..
sekali lg sy bersyukur.. ade teman2 d sini yg mengetahui 'kemiskinan' sy.. tp msh sudi tetap mjadi 'rakan & sahabat'.. Alhamdulillah..
jika d tanya tidak malukah sy menceritakn semua ini.. membuka pekong sendiri.. mendedahkan aib sendiri.. jawapannya tidak.. sy x mahu hidup berpura2.. sy akui sy bukan org senang.. msh kais pagi makan pagi.. adekalanya trpaksa mengikat perut menahan lapar.. tp, anak2 tidak sesekali sy abaikan.. kebajikan mereka sentiasa mjadi keutamaan sy.. sakit mereka sakit laa sy.. bahagia mereka.. bahagia laa sy..
Akhir kata, terima kasih buat semua yg telah menDoakn sy & anak2.. kami anak beranak amat2 berterima kaseh.. mudah2an kita semua akn d berkatiNya.. sntiasa d murahkan rezeki & d berikan kesihatan yg baik.. InsyaAllah Aminnn..

buatmu Ibu, 
tanpamu aku tidak d sini pd hr ini.. dan anak2ku masih lg 'terpenjara' d dlm ruang bilik yg sempit itu.. 

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah


>>>>>>

Sabar sabar sabar
Allah akan balas setiap kesabaran kita dengan kemanisan. 

Buat pencinta Kucing di luar sana semoga anda semua tetap tabah dan kuat semangat untuk menjaga kebajikan dan keselamatan meow anda semua. Buat rescue kucing jalanan ANDA semua HEBAT. Respek!

Setiap hari ku mohon
Ku doa agar kucing anjing jalanan semua
Terhindar dari bahaya
Dan terpelihara
Memberi ku kekuatan agar terus berusaha berkongsi rezeki yang di beri Allah bersama mereka.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Tuesday, 23 June 2015

Benarkah?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber : koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt
Sahabat yang di rahmati Allah
Salam ramadhan ke 6 pada hari ini

Benarkah kucing betina yang baru beranak cepat terangsang untuk mengandung semula?

Ini benar.
Benar berlaku kepada kucing betina saya yang baru 2 minggu melahirkan anak. 

Di hadapan rumah saya sekarang ada kucing jantan menunggu puteri saya ni. Anak nya yang masih kecil menjerit meminta susu. Si ibu sudah tergedik-gedik untuk keluar.


>>> perhatikan gambar, mata meow jantan itu memandang pintu rumah sahaja..

Mungkin ada rembesan bau yang keluar dari ibu kucing saya menarik perhatian kucing jantan di luar sana. 

Saya perhati ibu muda ini merenggek manja dan mengolekkan badan nya untuk memberi tanda ia sudah bersedia untuk mengawan semula. Hal ini tidak berlaku kepada ibu amot.  Saya tidak mengendahkan dan pada saya ibu kucing belum pulih sepenuh kesihatan dari bersalin yang lalu. Jadi saya lekakan ibu Kucing dengan merapikan anaknya, menyusu dan lebih perihatin kepada anaknya yang sekor tu. Ibu Kucing di dalam rumah kegelisahan. Bau kuat Kucing jantan di luar mengamitnya untuk keluar. Saya tidak akan biar ini berlaku. Kasihan anaknya masih kecil. Dan saya berniat untuk memandulkan nya setelah anak nya putus susu lebih kurang lagi 3 bulan dari sekarang.


Apakah jalan penyelesaianya?
1) lekakan ibu dengan anak nya yang montel itu

2) lekakan ibu dengan anak nya lagi

3) ajak bermain bersama anak (gurau manja gitu)

4) grooming ibu selalu (urut leher, urut perut, sisir bulu)

5) penat semua aktiviti di atas ajak beradu hihi

Untuk makluman, sebahagian gambar-gambar ini ada saya kongsi di wall Facebook akaun saya. Jadi silalah ke laman tersebut untuk mengikuti kisah-kisah kucing saya ini ye.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi.




Wednesday, 17 June 2015

Mengimbau kenangan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : koleksi peribadi 

Assalamualaikum wbt,

Sahabat yang di rahmati Allah

Esok 18 June 2015, permulaan puasa bagi semua umat Islam di muka bumi ini. Yang degil ponteng puasa tu sudah-sudahlah melayan degil. Bersihkan hati dan belajarlah berpuasa dengan ikhlas. Bukan tidak mampu untuk berpuasa tetapi kalah dengan hawa nafsu kan.

Untuk anak kecil yang masih belum baligh tidak perlu lah di keraskan sangat untuk berpuasa. Jika mereka rela untuk melatih diri mereka berpuasa ajari dengan sempurna. Tidak perlu sampai anak kecil demam, muntah gara-gara mengikut golongan dewasa berpuasa. Sebaiknya semak tertib solat anak-anak terlebih dahulu itu yang utama. Sebelum beralih kepada ajaran rukun islam yang lain.

Terimbau kenangan Ramadhan yang lalu...


Suara anak kecil di luar pagar...
Subuh hening keluar dari celahan rumput yang basah di simbah embun malam..
Berdua yang comel..
1 pekat warna 1 cair sedikit...
Berlari mengatur tapak kecilnya ke arah saya...
Memohon simpati kasih sayang...
Saya dan suami memangku sorang satu...
Membelai penuh kasih...
Suami yang sudah siap mahu ke tempat kerja pantas menyediakan tempat untuk mereka. Sangkar di alas kain bersih...

Kini hampir genap setahun mereka beradik berdua setia bersama kami. Sihat membesar bagaikan johan. Si abang hemsem muka manis, si adik muka ayu suka merayu. Sangat manja. Alhamdullilah.


Sekian. Semoga bermanfaat.
Jumps lagi.
Salam marhabban ya ramadhan. Maaf lahir batin.

Friday, 27 March 2015

Gud bye Caca

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,


Gambar ini saya ambil malam tadi. Malam tadi caca memang nampak sangat lemah. Saya rasa dada nya terasa ombak-ombak halus. Hati saya sudah mengagak anak kecil ini sudah nazak. Hati saya sudah meredhakan pemergian nya dari awal.

Kisah Caca tak sempat saya nak kongsikan di sini. Pun gambar kenangan bersama nya jarang di ambil. Kedatangan caca di rumah bermula apabila anak balik dari sekolah agama membawa si kecil ini. Amat malang anak saya menjumpai nya di dalam longkang sekolah. Misainya di potong pendek. Memang sah budak kecil ini di buang. 

Saya abadikan kisah caca di sini untuk tatapan saya juga satu hari nanti. Caca di sahkan terkena parvovirus dari pertanyaan saya dan doktor vet yang biasa saya hubungi. Dari pertanyaan saya kepada doktor tentang tanda-tanda yang terdapat pada caca sebelum pemergian nya, doktor mengesahkan caca parvovirus. 

"As Salam doc
Maaf ganggu
Klw cat kuar berak cair busuk nape ye
Bdn sangat lembik
Kucing stray cat kt Jln Sy baru amik"...pertanyaan saya kepada doktor...

"selalu kalau stray cat yg ade tande2 gitu kene parvovirus kak..bahaye tu kak..boleh jangkit dkt kucing2 akak yg lain"...jwpn dari doktor....

"Ma da ckp caca td
Klw caca nk sihat kne kuat
Klw nk pergi mama x halang
Mama da halal
Kan semua yg mama bg caca
X pyh tinggu mama
Ma sentiasa syg chacha
😭😭😭😭
Mata dia tgk mama je pa
😭😭😭"... Wasap saya Dan suami

Yang berbaki masih di rumah. Sedaya upaya saya akan jaga. Sebelum ini 3 beradik pergi sekali dalam masa yang sama tinggalkan saya. Anak ibu amot. Yeyen, koot & Doot. Sekurang nya semasa hayat caca dapat rasa kasih sayang. Makan minum terjaga. Bukan masih di jalanan. Semoga caca tenang di sana ye dik. Paling simpati anak saya yang mengambilnya dari sekolah. Semoga anak tabah hadapi dugaan ini. Cita-cita nak jadi doktor haiwan nak rawat semua Kucing. Harap cita-cita anak tercapai. Sahabat di sini tolong doakan ye.

Ingatan di memori takkan bertahan lama. 10 tahun belum tentu akan ingat semua. Jadi inilah gunanya blog. Boleh mengabdikan setiap peristiwa.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
=============================


PM saya Pengurus Online ABDR anda
Shehren Shahadan
011-18578330
www.shehren-shahadan.blogspot.com

DAPATKANNYA SEKARANG!

Monday, 2 March 2015

Kisah "Butang"

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Ikhsan tuan Butang 

Assalamualaikum w.b.t,

Kisah "Butang" ini saya temukan apabila tuan butang menghubungi saya melalui talian Whatsapp. Menanyakan berkenaan butang. Kenapa dengan butang? Mari kita ikuti kisah ini...



Rentetan dari pertanyaan ini, saya telah menerangkan sebaik mungkin untuk menolong tuan butang. Alhamdulillah butang dapat di selamatkan.



Inilah "butang" kesayangan tuan tersebut. Satu yang saya perasan, nama yang di beri cukup unik kan. Menurut tuannya, butang berusia 2 tahun dan berat badannya hampir 5 kg. Sihat kan. Patut tuannya risau sangat.

"Feline UTI" , penyakit kerap terjadi terutama bagi kucing jantan. Kesukaran membuang air kencing di sebab kan pengumpulan sisa garam pada saluran kencing @ tersumbat. 

Rawatan yang boleh di lakukan untuk permulaan di rumah ialah campuran cuka epal pada bekas minuman. Tetapi jangan terlalu banyak memadai satu atau dua titik. Cuka bersifat tajam dan menghakis. Di khuatiri akan memudaratkan kepada kucing tersebut sekira di beri berlebihan.

Periksa pada bahagian abdomen bawah perut. Rasa dengan teliti, ada tak benjolan keras . Jika ada jangan berlengah terus bawa ke Klinik haiwan untuk rawatan dari pakar.

Untuk mengelak dari berlaku "Feline UTI" kepada Kucing anda, harap anda dapat menjaga pemakanan mereka dan elakkan dari makanan yang mempunyai kandungan garam yang tunggi. Sebaiknya berikan mereka "premium food" dan baca terlebih dahulu label serta kandungan pemakanan sebelum membeli.




Ini butang selepas menerima rawatan di klinik. Nampak segar berbanding masa mula sakit. Tengok tuan nya menyediakan tempat beradu untuk butang cukup selesa . Saya yang tengok pun cemburu hihi. Nampak butang selesa sangat di dalam sangkar itu. 



Tiub yang di masukkan ke dalam kemaluan butang. Cerita dari tuannya, walaupun butang di bius tetapi masih menjerit kesakitan semasa di masukkan tiub tersebut dan di jahit untuk mengelak dari tercabut.

Menurut tuan butang, selepas di masukkan tiub ke kemaluan barulah air kencing butang keluar.



Ini makanan khas butang yang di sarankan oleh doktor yang merawat. Makanan ini khas untuk kucing yang mengalami masalah pundi kencing.

Di harapkan entry ini boleh menjadi panduan bagi tuan kucing yang mempunyai masalah seperti ini. Untuk mengelakkan dari berlaku lagi, sila pastikan anak anda kerap minum air dan elakkan memberi makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Juga jangan putus asa menyelamatkan anak anda. Saya salute tuan butang. Walau dalam keraguan tetapi keputusan menghantar butang menerima rawatan memberi butang peluang lagi untuk memberi senyuman buat keluarga nya itu.

Sekian, semoga bermanfaat.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Friday, 27 February 2015

Kenapa Kucing hadir kepada anda?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum w.b.t,

Mesti semua selalu pergi kedai makan atau biasa orang panggil warung makan. 

Perasan tak mesti ada Kucing kat situ kan.

Perasan jugak tak yang kucing akan menghampiri meja tertentu untuk mintak sikit makanan. Pernahkan terfikir kenapa kucing tersebut ke tempat meja anda dan bukan ke meja orang lain. 

Itu tandanya :-
- Allah sedang beritahu makanan yang anda makan itu milik yang lain juga. Termasuk kucing tadi. Yang anda rasa hak anda itu, bukan semua nya anda punya. 
MOTS :- belajar lah berkongsi, jangan kedekut

- Allah sedang beritahu jika anda memberi makanan tersebut kepada Kucing itu, rezeki lain pula yang lebih baik allah akan gantikan kepada anda.
MOTS :- Bukan kah Allah maha pemurah. Bukan kah berbuat 1 kebaikan akan di balas dengan 10 kebaikan yang akan datang. Jadi, berbuat baiklah sesama makhluk Allah.

- Allah sedang beritahu apabila kita tidak mahu berkongsi makanan tadi dengan kucing, kita sedang menolak rezeki baru yang Allah mahu beri kepada kita
MOTS : Rezeki dari Allah itu amat luas, rezeki bukan hanya pada wang semata. Bukan kah di kurniakan kesihatan, keluarga bahagia, HATI yang tenang juga rezeki dari Allah ?

Jadi bagaimana? Masih dengan keras hati mahu bertanding gagah sesama makhluk ciptaan Allah ?

Belajar lah lembut hati dan berkongsi . Semoga anda terus di murahkan rezeki selama berbuat baik sesama makhluk ciptaan Allah. 

Bukan hanya pada kucing. Juga pada burung dan makhluk lain nya. Pun dapat amalan bersedekah secara tidak langsung. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Sekian, semoga bermanfaat.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Friday, 9 January 2015

Benarkah Kucing jalanan lebih manja?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Semoga hari ini dan mendatang memberi lebih kelebihan kepada kita untuk terus berbakti kepada yang lain.

Benarkah?
Kucing jalanan ternyata lebih sangat manja dan pandai mengambil hati dari Kucing yang berada di dalam rumah.

Kenapa mereka (Kucing jalanan) bersikap sedemikian? (Terlebih manja)

Kehidupan kucing jalanan mungkin tidak seindah kehidupan Kucing rumah. Jadi Kucing jalanan mungkin melakukan aksi manja untuk mendapat peluang yang lebih tinggi di ambil sebagai kucing rumah oleh manusia.

Dalam kawanan kucing, mungkin mereka juga melakukan mesyuarat, cakap-cakap kepoh dari kawanan kucing rumah yang sering membawa cerita yang seronok untuk di perdengarkan kepada kawanan kucing jalanan. Cerita makanan yang sentiasa tersaji berbanding kucing jalanan yang mencari makan sendiri. Mungkin di sebabkan keterujaan mendengar cerita dari si kucing rumah yang manja itu mendorong si kucing jalanan ini untuk merubahkan nasib nya menjadi lebih baik seperti kucing rumah.

Pengalaman saya bertemu dengan seekor kucing kampung yang terbiar. Setelah di beri makan berkali-kali, si Kucing itu tidak lagi takut dan garang kepada kami sekeluarga. Geselan dan lontaran suara yang sengaja di lembutkan untuk meraih perhatian saya kadang menimbulkan rasa kasihan. Hampir setiap malam sekarang ini si Kucing yang kami panggil dengan nama "warnawarni" mengeong minta untuk masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah pula sudah ada barisan askar yang bersikap cengeng terhadap "warnawarni". 

Kalau saya mampu memang mahu sangat semua bersama saya. Tapi apakan daya masa begitu mencemburui saya dan saya tidak dapat memberi komitmen yang lebih untuk kucing yang lain. Cukup sekadar mereka di belakang rumah singgah dan ada makanan di mangkuk mereka. Saya sedaya upaya usaha supaya mereka tidak hampa. 

Kalau di fikirkan semula, apalah yang mereka tahu? Mereka bukan tahu berfikir? Jadi saya mohon pada Allah semoga murahkan rezeki saya selalu semoga terus dapat berkongsi dengan mereka.

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Wednesday, 31 December 2014

Kencing berdarah

Teks : Shehren Shahadan & Google
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Semoga hari ini dan mendatang memberi lebih kelebihan kepada kita untuk terus berbakti kepada yang lain.

Pernahkah Kucing peliharaan anda kencing dan mengeluarkan darah? Tentu anda tertanya bagaimana ianya boleh berlaku kan? Apakah Kucing ku salah makan? Atau keracunan makanan? Atau luka di bahagian dalaman? Semacam persoalan bermain di fikiran betul kan?

Tahukah anda?
👉 Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil "Hematuri".

Apakah "Hematuri?
👉 penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)". 

Pada pengalaman saya.... mungkin penyakit kencing berdarah ini salah satu penyebab terjadinya penyakit batu karang kepada Kucing. Sukar kencing, kerap kencing, kencing tidak lawas merupakan penyebab terbesar kepada kencing berdarah kepada Kucing anda.

Langkah alternatif untuk rawatan sendiri yang boleh anda usahakan sendiri di rumah pada peringkat awal untuk mengubati Kucing anda ialah :

👉 campur kan setitik atau dua titik cuka epal ke dalam bekas minuman

👉 rebusan barli juga membantu. Tapis air dan cuba beri minum

👉 elakkan memberi makanan yang banyak garam dan berasid tinggi 

Sekiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda, perlulah anda risau dan membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat dengan segera. 

Tips untuk anda
👉 supaya si comel anda kerap minum air caranya adalah dengan meletakkan bekas air di dua tiga tempat supaya kemana mereka pergi mereka dapat melihat bekas air tersebut dan ini akan mendorong mereka kerap minum air. Selamat mencuba.

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Sunday, 14 December 2014

Kaji selidik

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar anda semua? di doakan anda semua sentiasa sihat sejahtera ceria di samping keluarga tersayang. Hari minggu yang cerah di Johor bahru. Bagaimana di tempat anda?


Saya nak buat kaji selidik sedikit? Boleh?


Berapa ramaikah pembaca di sini yang meminati kucing?
Mempunyai kucing peliharaan?


Berapa ramaikah di sini yang menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan untuk penjagaan kucing anda?
Pada pandangan anda cukup lengkapkah informasi dan panduan yang saya catatkan di sini atau perlu di tambah?


Saya mahukan jawapan dan pandangan yang positif dan bernas dari anda semua untuk saya terus mencari bahan berkaitan mengenai kucing kesayangan.


Saya amat mengharap sekiranya anda semua sudi membantu saya dalam hal ini.


Anda semua juga boleh mengutarakan pandangan serta idea untuk kesinambungan blog saya ini seterusnya.


Sekian semoga bermanfaat
Terima kasih kerana sudi membaca.


* saya menunggu komen anda semua. Terima kasih.

Wednesday, 19 November 2014

Lukisan pensel yang mengagumkan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua? Lama saya menyepi kan? Maaf saya masih mempunyai banyak lagi tuntutan kerja yang perlu di selesaikan. Rindu dengan blog sendiri. 

Kali ini saya kongsikan kelebihan manusia yang memberi manfaat kepada yang lain. Kelebihan kemahiran melukis yang sangat cantik. Kedamaian dan ketenangan terdapat di dalam lukisan tersebut. Melihat seimbas seperti benar-benar kejadian bukan lukisan.







Macam mana kagum ke tidak?  Nampak macam real kan? tapi percayalah ianya adalah lukisan menggunakan pensel. Betapa anugerah yang Allah kurniakan pada setiap hambanya tidak sama. Admire betul dengan orang yang ada bakat unik sebegini. Rasa macam nak peluk je meow tu tapi sayang nya hanya sekeping lukisan.
Credit to Paul Hung

Sekian. Semoga bermanfaat.

Iklan sat...
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut serta pendaftaran kelas. Boleh hubungi saya di:-
Email:- shehrenshahadan@yahoo.com
FB:- Shehren Shahadan

Saturday, 8 November 2014

Kucing anda demam?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi & Google

Assalamualaikum w.b.t,

Bersua kembali. Semoga anda dan saya sentiasa di rahmati illahi. Semoga kehidupan kita sentiasa memberi manfaat kepada yang lain.

Kucing kesayangan anda demam?
Bagaimana untuk mengetahui?
Apabila si pemilik Kucing mendapati sang kucing tidak aktif dan sentiasa terbaring serta mudah letih mungkin itu petanda si comel anda tidak sihat. Muka layu tidak bermaya, muram, hidung kering di sebabkan kepanasan di dalam badan, juga tidak selera makan.

                 Gambar yeyen sakit

Apakah tindakan permulaan untuk merawat?

Jika di rumah anda sudah tersedia ubatan untuk si comel anda atau vitamin boleh gunakan dahulu. Tapi pastikan tarikh luput ubat berkenaan.

Jika si comel kurang selera makan boleh dapatkan alternatif makanan yang boleh menaikkan selera makan mereka. Banyakkan beri air atau paksa minum untuk mengelakkan mereka dyhydrated atau kekurangan air dalam badan.

                     Google picture

Jika si comel masih belum kebah demam dalam beberapa hari berlarutan, anda perlu bawa mereka berjumpa doktor veterinar. Mungkin di sana ada ubat khusus yang sesuai untuk mereka seperti suntikan antibiotik.

Sebaiknya semasa Kucing anda masih sihat, anda perlu prihatin mengenai penjagaan kesihatan mereka. Untuk Kucing yang di dalam sangkar perlu di tukar air minuman mereka sekerap mungkin. Pastikan sekiranya boleh vaksin Kucing anda terlebih dahulu.

Sekian. Semoga bermanfaat.
Terima kasih sudi membaca.

Iklan sat...
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut serta pendaftaran kelas. Boleh hubungi saya di:-
Email:- shehrenshahadan@yahoo.com
FB:- Shehren Shahadan

Friday, 17 October 2014

Fungus

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera. Bersua kembali di laman ini membincangkan mengenai fungus. Jika anda pemelihara Kucing, pasti ada ketika nya terlihat Kucing anda menggaru-garu badan mereka dengan kerap. Mungkin sudah di hinggapi fungus.

             Gambar contoh 

Apa itu Fungus?

Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.
Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Jika tidak mampu juga boleh menggunakan rawatan tradisional seperti berikut :-

APA YANG DIPERLUKAN ?

1- Kucing yang di jangkiti fungus

2- Minyak selepas menggoreng ikan. Kalau anda jarang goreng ikan, cara paling senang pergi ke kedai atau restoran makanan minta jasa baik mereka memberi sebotol minyak bekas goreng ikan.

3- Sarung tangan / Glove.

CARA-CARA RAWATAN

1- Ambik kucing yang di syaki di jangkiti fungus.

2- Pakai glove/sarung tangan.

3- Ambik minyak tadi, tuang atas tapak tangan anda.

4- Lumur kan minyak tadi di keseluruhan badan kucing yang bermasalah fungus tersebut.

5- Ulang proses sehingga pulih dan hilang masalah fungus. 

Usahakan untuk Kucing anda. Semoga Kucing anda terhindar dari masalah fungus. Rawatan ini juga boleh di lakukan pada Kucing yang bermasalah kurap di badan. Kekerapan anda melakukan proses rawatan ini mempercepatkan proses penyembuhan Kucing anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, 26 September 2014

Gaya tidur bebas

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera kalian. Waktu menunjukkan pukul 2:28 petang. Motif?
Layan gambar dulu ye.

So comfort here... Don't disturb me okey

Apakah yang sesuai?? Semangkuk bulus yang gebus??

     Mana satu saya? Mana satu singki?         Warna hampir serupa dah...

Penat sungguh nih. Berjaga malam ganti pak guard huhu..

Nyenyak sungguh tak kira siang malam sampai terjelir lidah.

Bulus berwarna oren memang ohsem kan?? Lagi kalau usia-usia begini hihi..geram tak???

Cuba cari kita kat mana??? Nampak ke tak nampak hihi

Ok pertunjukkan tamat. Sekarang boleh sambung tugas masing-masing. Saya?? Sambung tidur lah hihi


Sekian. 
Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, 23 September 2014

Nala the cat

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

                     It's me NALA

" Kisah kucing popular di Instagram
Dari hidup di jalanan dengan keadaan comot, nasib kucing berusia 4 bulan yang diberi nama Nala kini lebih terbela selepas dijaga tuannya.
Beberapa ketika kemudian, seseorang dari Los Angeles mengambil Nala untuk dijadikan haiwan angkat kemudian membuat akaun Instagram khas untuknya bernama Nala_cat. Ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman beliau membela kucing ini.-RotiKaya"

Nah lihatlah dunia. Inilah bukti dari seekor Kucing jalanan yang di beri peluang hidup oleh tuan nya dengan kasih sayang serta kebajikan tip top. Jom layan gambar...








Kucing jalanan di beri makanan berkhasiat, penjagaan kesihatan yang teratur serta pengambilan vaksin pun boleh sihat cantik gebu gebas macam nala ni. Pokok pangkal hati anda sendiri. 

Sekian.

Wednesday, 10 September 2014

Cat Cafe Korea

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum. Selamat sejahtera kepada semua. Agak lama baru dapat update blog. Kesihatan tidak menentu serta mood turun naik. Idea pun tak mari kata orang penang huhu. Apapun itu bukan satu alasan. Usaha juga untuk update entry baru buat pembaca Setia saya ini semua.

Kisah kali ini ialah paparan gambar mengenai kafe Kucing di negara Korea yang terkenal dengan drama bersiri serta artis k-pop nya itu. Tidak di lupakan kucing juga yang menjadi kegemaran rakyat negara tersebut. Mari kita cuci mata dahulu.


 Ini peraturan yang anda perlu patuhi di dalam kafe tersebut.





Antara gelagat pengunjung di kafe tersebut. Bagi pencinta kucing tentu anda teruja melihat keadaan-keadaan yang di rakam. Jadi boleh pasang niat untuk melancong ke Korea serta merasai pengalaman sendiri di kafe tersebut. Wishlist saya juga ni hihi. 

Ini salah satu tindakan untuk menaikkan martabat Kucing. Di kala negara sendiri heboh mengenai berita serta gambar yang tidak pernah habis mengenai penyiksaan dan penderaan haiwan comel ini, mari lah kita melayan sekejap gambar-gambar di sini biar hati tenang sedikit.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan September yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Tuesday, 19 August 2014

Variasi kotak kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar pembaca sekelian. Bagaimana keadaan pada hari ini? Semoga kehidupan kita sentiasa memberi manfaat kepada yang lain. Banyakkan memberi dari menerima. InsyaAllah, Allah akan pulang kan ganjaran bukan selipat ganda tapi berganda-ganda. 

Jika anda mempunyai kucing peliharaan di rumah mesti sering memerhati tingkah laku dan perubahan Kucing anda. Pernahkah anda sedari mereka ini semua sangat menyukai kotak. Memasukkan badan yang bulat seperti ini di dalam kotak. Terfikirkah anda apakah perasaan mereka ya? Adakah sangat gembira atau rasa selamat?

 
  
Jika tuan mereka rajin melayan mereka bermain, mereka akan berusaha menyembunyikan diri di dalam kotak walaupun badan sangat besar tidak boleh sorok.


Jika mempunyai rakan bermain, mungkin berdua atau berempat menyembunyikan diri bermain di dalam kotak bersama.


Ikon Kucing popular dari jepun si Maru kerap di paparkan oleh tuan nya obses bermain bersama kotak.


Idea yang kreatif dapat menghasilkan kotak mainan yang cantik untuk Kucing anda. Jika anda perhati Kucing kerap keluar masuk dalam kotak itu bermakna mereka seronok bermain bersama kotak.


Tambah kan rajin sedikit, hias kotak tadi dengan corak-corak dan warna menarik perhatian Kucing anda.

Dan pada akhirnya, kotak permainan buatan tuan kucing tadi akan koyak serta terbelah dua akibat keganasan melampau kucing bermain. Dan kucing mengeow lagi merayu tuan buatkan lagi kotak mainan. Tuan yang baik hati pun buatkan lagi untuk kucing bermain semula. Kasih sayang tiada tandingan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Ogos yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM