Showing posts with label Catatan pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan pengalaman. Show all posts

Thursday, 23 April 2015

Kelebihan bulan Rejab

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum wbt,

Sahabat sekelian yang di rahmati Allah. Sudah lama saya tidak mencoret di ruangan ini. Sudah lama juga blog ini tidak di kemaskini. Tuntutan masa yang di rasa semakin singkat dalam mengurus urusan harian penyebab terjadi demikian keadaan. "Aah! Itu semua alasan...jawapan dari sesetengah pihak yang bersikap negatif ... Tapi syukur keliling sahabat saya semua memberi dorongan buat saya.

Harini pada 23hb April 2015 bersamaan 4 Rejab 1436 Hijrah. Sedar tak sedar hampir  sudah dengan bulan Ramadan. Cepatnya masa berlalu. Seakan baru sahaja menjumpai bulan Ramadhan yang lalu. Cukup memberi peringatan kepada kita semua sudahkah melangsaikan hutang puasa terdahulu? Lumrah sebagai manusia kita sering alpa. Lupa pada banyak keadaan. Jika bukan mendatangkan keuntungan bagi kita, tidak nya kita hendak mengingat perkara tersebut bermati-matian kan? Manusia mudah lupa...

Suka di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang kebaikan di bulan Rejab. Apa yang kita boleh perolehi di dalam kebaikan tersebut. Teks yang terdapat di dalam carian goggle ini saya kongsikan di sini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Aamin.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: 

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. 

>> Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT. 

>> Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. 

>> Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam. 

>> Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. 

>> Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH 

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” 

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.” 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: 

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?” 

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.” 

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.” 

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?” 

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.” 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.” 

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.” 

LAGI KELEBIHAN BULAN REJAB 

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab: 

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. 

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. 

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya. 

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka. 

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga. 

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan). 

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga. 

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu: 

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. 

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat. 

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. 

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 


Nah Sahabat sekelian, begitu banyaknya kelebihan di bulan Rejab itu. Jadi tidakkah kita semua teringin mendapat sedikit dari ganjaran-ganjaran tersebut di atas? Teringat saya usrah solat yang saya tonton di kaca tv tidak lama dulu... Ustaz mengingatkan jika mahu sedikit demi sedikit. Berubah ke arah kebaikan. Lama lama buat akan sebati dalam diri. Allah maha penyayang. Begitu banyak kasih sayang Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya Allah maha pengampun kepada hamba-hambanya. Semoga kita sentiasa dalam rahmat illahi. 


Semoga apa yang di kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada saya dan sahabat semua. Semoga usaha saya yang kecil ini dapat menjadi ladang pahala untuk saya di akhirat kelak. 


=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Thursday, 12 March 2015

Pengurusan Masa

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,


Pengurusan masa sangat penting. Bijak menguruskan masa dapat menyelamatkan keadaan jadi kucar kacir. Bagaimanakah menguruskan masa dengan bijak?

Bagi surirumah yang berkerjaya, masa yang ada di tangan sangatlah berharga. Banyak perkara perlu di selesaikan dalam satu hari tersebut sebelum berjumpa hari lain pada keesokan harinya pula. Tambahan lagi jika sudah mempunyai anak dan perlu menguruskan anak seharian. Dapat bayangkan keadaan dan suasana yang tidak tersusun jika masa tidak dapat di selia dengan baik.

Saya tanya anda sebagai suri yang bekerjaya, berapakah banyak masa yang anda peruntukkan untuk diri anda sendiri selama ini? Adakah anda hanya kalut dan sibuk menyelesaikan urusan dan tanggungjawab lain seharian. Jangan begitu. Peruntukkan sedikit masa emasmu untuk menjaga dirimu. Saya pun memang lalai pada diri, Itu yang badan berontak sakit sana sini.

Setiap manusia di anugerahkan masa yang sama 24 jam sehari. Terpulang pada diri anda sendiri mahu uruskan dan susun masa anda bagaimana. Jika mahu lebih berjaya, praktik dan buat senarai tugasan seharian apa yang perlu anda buat setiap hari. Jika perlu keluar bekerja seawal pagi, pastikan bangun lebih awal untuk menyelesaikan tugasan di rumah. Sebagai ibu, tugas memasak perlu di laksanakan untuk anak dan suami yang berada di rumah sepanjang anda keluar bekerja sehari suntuk. Juga mahu rumah bersih, rumah perlu di kemas untuk keselesaan penghuni yang tinggal bersama.

Sedikit panduan untuk menyusun masa agar dapat di gunakan sebaik-baik yang boleh:-
1) senaraikan tugas yang perlu di selesaikan
2) Selesaikan tugas yang wajib dahulu seperti memasak serta menghantar anak ke sekolah
3) jimatkan penggunaan masa memasak dengan menyediakan ramuan untuk memasak terlebih awal. Jika mahu segera masak setelah sampai di rumah, keluarkan makanan beku dari tempat beku untuk memudahkan memasak. Dan tidak perlu tunggu lama. Jimat masa kan.
4) boleh juga masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu hari dan di bahagi kepada dua hidangan tengahari dan malam.
5) ambil kesempatan memeriksa kerja harian sekolah anak sambil melipat baju.

Pada akhirnya, anda yang menjawat jawatan ibu, isteri dan pekerja ini akan mula rasa penat. Penat mengejar masa. Masa jangan di kejar memang takkan dapat. Tapi uruskan masa dengan bijak InsyaAllah akan mendapat manfaat. 

Berasa sangat penuh tanggungjawab dibahu  kita yang perlu di selesaikan. Mulalah mahu banding sana sini tapi hakikat yang di banding itu mungkin mahu kehidupan seperti anda yang mencemburui nya. Konsep syukur perlu ada. Bersyukur allah anugerahkan kita semua kekuatan untuk terus menjalankan kewajipan sebagai hambanya di muka bumi ini.

Selesaikan tanggungjawab yang wajib kepada:-
1) perintah allah dan  rasul 
2) tanggungjawab kepada keluarga
3) tanggungjawab kepada kumpulan masyarakat 

Kejayaan pengurusan masa yang berhemah bukan terletak pada anda semata. Penglibatan suami serta ahli keluarga yang lain juga membantu. Ajak mereka sama bantu menyelesaikan urusan rumahtangga. Bahagikan kepada setiap seorang tugasan dengan adil. Jika mempunyai anak yang ramai, sudah masa yang sesuai untuk anda ajar mereka erti tanggungjawab.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************

Tuesday, 24 February 2015

Cuti panjang CNY

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum 

Kembali dari cuti raya cina yang panjang. Alhamdulillah di beri kesempatan ruang dan peluang untuk sekali lagi berkongsi ilmu bersama anda semua.

Cuti panjang terisi dengan kesibukan menolong keluarga di kampung menerima kunjungan besan baru. Di kejutkan dengan berita pemergian abadi ayah kepada sorang adik ipar saya. Al fatihah untuk arwah. Kedatangan demam mendadak hingga menyebabkan hilang konsentrasi untuk melakukan tugas kebiasaan. Allah beri cuti untuk rehatkan badan tapi mahu paksa badan kerja juga. Merasalah demam yang teruk.

Cuti panjang buat hati berat sangat nak tinggalkan Si comel-comel saya di rumah sendirian. Risau makan Dan minum mereka. Jadi kena kerap berulang alik dari rumah kampung Ke rumah taman kami. Gelisah hati hanya tuhan yang tahu. Nasib kampung dan rumah kami tidak lah berapa jauh jadi tidak memberi masalah bagi kami alhamdulillah.

Bagaimana dengan percutian panjang anda pula?
Kongsi bersama di ruangan komen bersama kami. Mungkin akan ada idea yang menarik yang boleh di kongsi bersama.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian, semoga bermanfaat. 
Terima kasih.





Thursday, 12 February 2015

Sabah Part II

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum 
Seperti yang di janjikan, entry selanjutnya percutian merehatkan minda di Sabah. Ringkasan adalah seperti berikut...

- selepas selesai urusan penyerahan kereta sewa, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Kundasang adalah antara salah satu daerah pelancongan di Sabah. Dan di situlah terletak nya Gunung Kinabalu ( hati saya rindu ). 
- perjalanan dari bandar KK ke kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Jalanraya seperti ular kena palu. Hati-hati memandu bagi yang baru sampai.


- cuaca sangat sejuk. Berbeza sungguh di bandar KK. Anggaran celcius tidak pasti tapi memang sejuk.
- sampai Kundasang hampir pukul 10:30 pagi. Pencarian homestay yang sudah di tempah awal pun bermula. 
- hampir tersesat dan kami patah balik semula ke pekan kundasang. Tepi jalan penuh berderet gerai jualan sayur segar. Pun ada juga nampak kebun-kebun kecil perusahaan orang tempatan di sana. Dan tanahnya masih banyak lagi yang belum di teroka. Hijau je pandangan mata. Segar suasana.
- selepas puas mencari homestay tersebut, akhirnya berjumpa dan selepas selesai memasukkan barangan semua kami terus memulakan aktiviti penjelajahan bumi Kundasang ke Desa Dairy Farm atau lebih di kenali New Zealand Malaysia.


- permulaan perjalanan ke Desa Dairy Farm tiada masalah. Tetapi semakin jauh perjalanan, jalan ke tempat tujuan... Penuh batu besar dan tidak berturap. Alamak... 
- kami kembali ke homestay kami pada pukul 5. Pada mula saya merasakan sudah malam kerana cuaca sekitar terus bertukar gelap tetapi melihat jam di tangan baru pukul 5. Baru saya ingat masa di Sabah bergerak pantas sedikit dari semenanjung. 


- maghrib di sana kira pukul 6:30 petang. Dan pada malam pertama di Kundasang kami menghabiskan hanya di homestay. Buat air koko panas dan cicah biskut. Cuaca di luar homestay sangat sejuk. Sampai kami kena pakai stokin. Huhu. Memang sejuk.
- selepas isyak kami terus masuk ke bilik dan merehatkan diri terus tertidur. Dalam kepala terbayang aktiviti untuk hari esok. Banyak tempat untuk di singgah sebelum turun semula ke bandar KK lusanya.

Tunggu untuk sambungan seterusnya.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian, semoga bermanfaat. 
Terima kasih.

Tuesday, 10 February 2015

Annual Dinner CNY 2015

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi 

Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum semua
Salam sejahtera buat bukan Muslim

Uniknya di Malaysia perayaan pelbagai kaum di rai dan di kongsi bersama. Unik ini turut sama di kongsi saya dan company tempat bekerja.

Rupanya apa yang kita rancang, bukan semua molek untuk kita. Perancangan Allah melebihi segalanya. Saya di beri kesempatan sekali lagi untuk meraikan dinner CNY bersama staff dan pekerja syarikat.

Berbeza kali ini, dinner di adakan di restoran cina muslim dan tentulah makanan berbeza dari kebiasaan sebab sebelum ni dinner di restoran seafood biasa jek.

Keseronokan yang hanya dapat di rasai hanya pada bulan CNY. Berturut dengan angpow bonus dan makan besar. Alhamdulillah syukur atas pemberian dari Allah Taala.

Sajian makanan yang sempat saya snap sebelum semua serbu untuk ngap antaranya ialah (nama masakan jangan tanya sebab memang tak tahu) dan lidah saya tak biasa makan mewah sebegini maklum saya ni orang kampung jek.


Antara yang meraikan majlis ini. Muka sangat happy sebab dapat makan besar. 


Hadiah lucky draw
TV LCD jek takde. Lain semua ada hihi
Tajaan lokasi : bilik kerja saya hihi


Organizer majlis yang berpenat lelah
Masa dorang uruskan ni saya fly ke Sabah huhu
Tepek gambar di sini untuk penghargaan 

Atas : Vicky 
Bawah kiri : Si comel sue & Si Jelita Siti HR
Kanan : Si cantik manis ika kartika
Tiada dalam gambar : Diya (now fly to Langkawi)
Gambar bawah : Julaiha ( wakil customer ) & Ajak orang kuat production 


Jika anda semua mahukan perkhidmatan persiapan majlis seperti ini boleh berhubung dengan mereka. Walau semua 'bidan terjun' tapi hasil memang superb. Salute. 

Last Gambar
Kek untuk birthday bos yang sudah lama berlalu. Tapi kek memang sedap.
Yang penting ingatan untuk merai. 


Sekian. Panjang coretan Kali ini.
Mungkin ini yang terakhir.
Tetapi ikatan persahabatan ini akan tetap terjalin sampai bila-bila. Aamin.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian, terima kasih


Sunday, 8 February 2015

Sabah Part I

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi & Google




Rabu 4.2.2015

Senai Airport 6:00 Pagi
- Kami tiba di Senai Airport dengan di hantar oleh Adik ipar. 
- menuju ke tempat berlepas untuk pemeriksaan  tiket dan backpacks yang kami bawa termasuk beg tangan sekali pun kena scan.
- naik ke tingkat atas menuju tempat berlepas di Gate 5. Solat subuh terlebih dahulu di Gate 3. 
- menanti waktu berlepas kira-kira pukul 7:25 pagi. Alhamdulillah penerbangan tepat pada waktu dan urusan pemeriksaan tiket juga ic berjalan lancar
- turun dan menuju kapal terbang Airasia. Perasaan teruja sebab ini pertama kali menaiki kapal terbang.
Berjalan dalam susunan berbaris memanjat tangga kapal terbang dan di periksa lagi sekali oleh pramugara untuk tempat duduk. Tempat duduk kami sebaris. Seat penuh untuk perjalanan ke Kota Kinabalu.
- sebelum kapal terbang berlepas, pramugari bertugas menerangkan sedikit mengenai kegunaan alat kecemasan di dalam kapal terbang.
- perjalanan ke KK mengambil masa 2 jam dan awal dari jadual di dalam tiket. Sempat melelapkan mata. Sebelah tempat duduk saya pula friendly orang nya. Alhamdulillah. Sepanjang di dalam kapal terbang terasa kapal terbang melantun melanggar awan. Seronok nya.

Rabu 4.2.2015 10:00 pagi
- Kami selamat tiba di KK airport di terminal 2. Menunggu ketibaan tuan Sewa kereta yang saya sudah tempah awal sebelum ini. Tidak sabar untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Menunggu tuan kereta dengan penuh sabar....

Tunggu saya untuk bahagian ke 2.
Sabah ye...

=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Monday, 19 January 2015

Welcome to our family

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera kepada semua. Semoga kalian semua sentiasa di bawah rahmat illahi. Entry kali ini mengenai entry tertunda. Memandangkan entry ini sangat-sangat lewat di masukkan, jadi beberapa slot peristiwa di rangkum menjadi 1. 

1) Pernikahan & Persandingan Adik lelaki & pasangan

Penghujung tahun 2014 menyaksikan keluarga kami mendapat ahli keluarga baru. Bertambah lagi perempuan dalam keluarga saya. Saya anak tunggal perempuan dan sulong dalam keluarga. Adik bawah semua lelaki. Kegembiraan di rai dengan mengadakan kenduri menyambut menantu di rumah orang tua kami.

Minggu awalnya dari majlis kami pula telah di adakan majlis pernikahan dan persandingan di rumah pengantin lelaki. Mujur jodoh nya orang berdekatan jadi mudah urusan di selesaikan 

Gambar sekitar majlis

Majlis pernikahan (21 Nov 2014)



Majlis persandingan (22 Nov 2014)



Majlis bertandang (29 Nov 2014)


Saya dan suami memang tiada dalam gambar sebab sibuk uruskan majlis. Lebih lagi majlis bertandang. Gambar dengan pengantin pun tiada. Sedih kan... Tapi tidak mengapalah yang penting semua sudah selesai dengan aman.

Harapan saya sebagai kakak sulong semoga mereka berdua (pasangan pengantin) berjaya melayari rumahtangga yang baru di bina dengan cekal dan tabah. Setiap kekurangan dan kelainan pasangan hidup kita adalah merupakan pelengkap dalam kehidupan kita bersama. Bak kata bait lagu seniman agung Tan Sri P Ramlee...
"Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi"..,

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Friday, 22 August 2014

Deep condolences

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Salam penuh keinsafan di pagi jumaat 22hb 8 2014 yang mulia ini. Cuaca suram sejak dari 2 hari yang lalu. Hari penuh peringatan berpanjangan pada tika dan masa ini, seluruhan rakyat di bumi bertuah ini bergabung menghormati ketibaan mangsa MH17 yang di timpa tragedi di Ukraine-Russia.

Kesedihan tetap di rasai oleh segenap lapisan masyarakat di sini. Walau sibuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab harian, kesedihan ini tetap terpalit di hati rakyat marhaien negara tercinta ini.

Perlakuan atau sokongan hak masing-masing dan tindakan sendiri untuk turut menyokong bergabung pada hari ini. Saya percaya kisah sedih dan terkesan di hati tetap ada pada setiap jiwa rakyat malaysia yang terbabit. Inilah satu tragedi besar yang melibatkan negara kita mendapat liputan luas seantero dunia selain dari kisah MH370.  

Apapun yang berlaku, kita kena tabah dan redha. Salam penuh takziah untuk sanak saudara mangsa nahas MH17. Redhakan pemergian dan doa tidak putus untuk mangsa kejadian. Semoga kejadian yang berlaku ini lebih memberi kesedaran kepada kita siapa yang lebih berkuasa. Walau hebat manapun kita tetap tidak dapat menandingi kuasa Allah kerana skrip kehidupan kita Allah yang punya.

#prayforMH17
#remembering MH370

Thursday, 14 August 2014

Doa orang yang di zalimi

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar pembaca sekelian. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah. Sudahkah anda bersedekah pada hari ini? Memberi makan kucing jalanan juga satu sedekah. Semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Palestine. Penuh penderitaan ketika ini. Adakah mereka di sana mendapat pengadilan yang wajar. Dapat mempertahankan diri? Di bedil berterusan oleh pihak Zionis yang mengasak, meletupkan tempat tinggal mereka? Masihkah mereka mendapat pengadilan? Tidak sama sekali. Dan merekalah kaum yang di zalimi.

Rassullah SAW bersabda yang maksudnya: "Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah." (Riwayat Ahmad)

Huraian Hadis:-
1) sikap menzalimi orang lain adalah satu sifat yang dibenci dan dilaknat oleh Allah SWT.

2) sebagai orang Islam kita hendaklah bersikap adil meskipun terhadap orang yang bukan Islam.

3) keadilan itu adalah cermin keimanan yang sebenar yang boleh melembutkan hati yang keras dan mengubah akhlak yang buruk kepada yang baik.

4) keadilan juga boleh menerbitkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati dalam masyarakat.

Merujuk kepada Hadis ini, Allah SWT juga telah menunjukkan sifat-Nya yang adil di mana sesiapa juga hamba-Nya yang menzalimi orang lain akan di balas dengan balasan yang setimpal sekalipun orang yang dizalimi itu adalah orang kafir.

Sebab itu kita di ajar untuk menghormati orang yang lebih dewasa dari kita, saling mengingati, amanah dalam tanggungjawab kerana semua itu berkait dengan sifat dan rohani yang terpuji.

Jika ada kalangan anda yang menjaga harta anak yatim, selesaikan hak dan penjagaan harta tersebut sehingga anak yatim tersebut layak memegang harta mereka sendiri. Ingat amanah yang di beri jangan di khianati. 


Sekian. Semoga bermanfaat.

Sumber rujukan : Majalah Asuh Bil.194.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Ogos yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Wednesday, 13 August 2014

Kelebihan puasa 6

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum semua. Apa khabar kalian semua. Bulan syawal masih berlangsung. Masih sempat mahu berpuasa sunat 6 syawal. 

Apakah kelebihan puasa sunat 6 di bulan syawal?

Antara keistimewaan puasa enam Syawal adalah:

* Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun.

>> Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi SAW menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan, setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah sebanyak sepuluh kali ganda.

>> Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan. Puasa enam hari Syawal digandakan sepuluh bersamaan 60 hari dan bersamaan dua bulan. Oleh itu, puasa Ramadan ditambah enam hari bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.

* Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada Ramadan.

>> Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

* Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain.

>> Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

Jadi yang baru mahu mulakan boleh mulakan sekarang ye. Masih ada berbaki lagi bulan syawal yang mulia ini. 

Sekian. Semoga bermanfaat.


Monday, 11 August 2014

Sepasang kasut

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam isnin yang ceria. Semoga membawa makna yang lebih baik untuk anda semua. Bagaimana berat pun ujian yang di beri kepada kita, ingatlah Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita. Selebihnya untuk mengajar kita lebih tabah, sabar dan kuat untuk menjalani kehidupan seharian.

Kisah saya pada hari ini ialah mengenai sepasang kasut saya yang saya gunakan sehari-hari untuk ke tempat kerja. Sepasang kasut yang setia menemani saya, mengalas kaki saya, melindungi dari kecelakaan yang tidak terduga. Sedihnya kerana pada hari ini ianya sudah memberi tanda mahu berehat dari menemani saya. Tapak kasut saya telah terkopak dan terasa ketidakselesaan menggunakannya. Sebelah lagi masih boleh lagi berkhidmat tapi rasa kekok kerana tiada keseimbangan lagi semasa menggunakannya. Tinggi rendah.


Saya tak mahu ambil gambar kasut sebenar patri di sini sebab sangat tidak molek rupanya. Tidak mengapalah sebab kasut itu walau buruk banyak jasa pada saya. Biar hanya saya tahu sendiri.

Sudah berlaku begini, rasa hati sensitif sangat sebab kasut itu banyak berjasa kepada saya. Walau kasut tidak jenama yang penting selesa dalam memakai nya. Sudah berkira-kira mahu menyelamatkan nya untuk di baiki. Mahu singgah di bandar tiram di dalam perjalanan pulang kerja nanti bertemu tukang kasut. Moga kasut saya masih boleh di selamatkan lagi.

Ini kisah saya dan sepasang kasut.

Sekian.

Saturday, 9 August 2014

Aura Positif

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Salam syawal yang ke 13. Masih dengan mood raya lagi ke? Masih boleh lagi mengambil kesempatan mengunjungi sanak saudara untuk menjalin silaturahim. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah. Banyakkan memberi dari menerima ye Kawan semua. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain ye.

Harini saya mahu berkongsi mengenai "suka atau tidak tetap kena buat". Perkara ini selalu terjadi di tempat kerja. Suka atau tidak tetap kena buat, lagilah kalau dari arahan majikan. 

Arahan dari majikan dan lari dari bidang kerja kita memang membuatkan kita tidak suka tapi terpaksa buat. Menyiapkan kerja tertangguh yang di tinggalkan rakan sekerja yang bercuti lama tidak naik kerja memang membebankan. Sedangkan kerja kita sendiri bos kejar jugak kan. Jadi mesti sakit hati, tertekan dengan situasi tersebut.

Bekerja di syarikat kecil yang tidak mempunyai ramai staff di pejabat juga menyebabkan kita akan jemu dan bosan untuk meneruskan kerja tetapi tak suka pun tetap kena buat sebab sudah di tugaskan begitu. Betul kan?

Surirumah berkerjaya serta surirumah sepenuh masa memang mempunyai cabaran masing-masing. Suri semua perlu bijak mengatur masa dan susunan jadual yang tepat agar masa untuk diri suri sendiri dapat di peruntukkan. Bagi suri yang berkerjaya, mempunyai anak perlu bijak menguruskan masa sebaiknya. Kisah suka atau tak ini memang kerap terjadi. Untuk menyerap rasa sakit hati serta kisah negatif lain, mari lah amalkan konsep meredhai. Ambil aura positif yang ada dalam tugas yang di beri seperti peningkatan diri serta pengalaman hidup.

Menggangap arahan yang diberikan pada kita adalah sebagai salah satu cara kita menambah baik hidup kita. Mengajar kita lebih bertanggungjawab, mengajar kita bersifat kepimpinan di dalam satu organisasi atau mungkin peluang naik pangkat. Kalau kita anggap semua yang datang pada kita yang baik-baik, InsyaAllah yang akan datang pada kita kemudian pun baik-baik juga.


Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Ogos yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Friday, 8 August 2014

Motivasi Diri

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar pembaca sekelian. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita dapat memberi manfaat kepada yang lain.




Kita manusia, emosi turun naik. Kadang gembira kadang duka. Himpitan masalah hidup yang kita alami menyebabkan kita sedemikian. Kisah bosan secara tiba-tiba, termenung bersendirian di kala keadaan sibuk bukan di sebabkan masalah dalaman. Cuma kadang kita perlu masa bersendirian untuk muhasabah diri sebaiknya. 


Kisah putus asa dalam diri, kisah kecewa dengan produk jualan yang tidak mendapat sambutan, kisah wang jualan yang lesap entah ke mana, kisah tiada sokongan dorongan untuk usaha anda, buat diri anda rasa rendah diri serta tidak berguna. Begitulah manusia.

Bangkit dari kegagalan. Belajar dari kesilapan lalu. Kawal diri untuk tidak belanja berlebihan sebelum hutang menjerat kehidupan anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Ogos yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Saturday, 2 August 2014

Marhabban

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini Sabtu bersamaan 6 Syawal 1435H. Apa khabar pembaca sekelian? Masih dalam mood raya lagi ke? Mesti seronok kan berkesempatan berjumpa dengan saudara mara yang tinggal jauh, hanya pada raya ini saja dapat berjumpa kan? Alhamdulillah.

Jadual raya tahun ini di keluarga saya, bermula pada subuh syawal pertama kami berangkat ke rumah ayahanda bonda kami di Felda. Acara marhabban satu blok di mulai dengan rumah hujung sekali. Jamuan yang bonda saya sajikan cukup ringkas iaitu tauhu sumbat dan jus Ais tembikai special dari air tangan adik saya yang no.3 dik yap. Juadah tauhu sumbat hasil gabungan bersama suami dan adik bongsu. Di sulami gelak tawa dan sketsa ceria pendek dari dik yap menghilangkan kepenatan mengejar masa menyiapkan juadah untuk tetamu kumpulan marhaban blok. Tugas saya pula menyiapkan pinggan mangkuk dan kuih raya. Mudah ke? Sama rata je sebenarnya. Adik no.2 tiada turut serta dalam acara marathon juadah marhaban ini kerana menziarah keluarga bakal mertuanya. Huhu..itu budak mengelat...

>>meriah kan majlis marhabban ya marhabban 

>>close up bonda saya melayan tetamu

Seramai 24 ahli blok turut serta di dalam acara tahunan ini dan rumah sebanyak 24 buah itu perlu di habiskan dalam 1 syawal itu jugak. Jadi juadah untuk di sajikan tidak perlu yang berat-berat sebab banyak rumah lagi kena singgah. Tambah lagi yang mengikuti acara marhabban ini semuanya sudah veteren dan banyak penyakit. Anak menantu juga yang pulang ke kampung ada yang turut serta mengikuti acara ini. Tambah meriah majlis.

Yang pasti acara sebegini mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara ahli blok di Felda tersebut. Semoga panjang umur boleh kita berjumpa lagi ye.

Sekian. Terima kasih.

Friday, 1 August 2014

Ziarah Kubur

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Raya ke 5 hari ini. Ramai yang sudah memulakan tugasan semula pada hari ini dan seawal raya ke 3 yang lalu. Begitu juga dengan saya. Baru memulakan tugas semula pada hari ini. Suami dan anak sambung sehingga sabtu. Ahad sekolah kembali bermula seperti biasa dan bermulalah rutin seperti selalu.

Apakah yang anda perlu ketahui cara atau adab menziarahi taman perkuburan? Kami sekeluarga berkesempatan menziarah kubur arwah ayah mertua pada raya ke 4. Serta menziarahi kubur arwah abang kepada suami serta kaum keluarga yang berkaitan.

Baru-baru ini kecoh trend selfie di tanah perkuburan. Itu contoh yang tidak wajar untuk di ikuti. Hormati hak si mati untuk tenang di tempat persemadian nya.

Secara logik, antara adab yang patut kita patuhi semasa melawat kubur ialah:-
1) anda hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata
2) jaga percakapan serta perbuatan di dalam kawasan perkuburan
3) banyakkan berzikir dan selawat untuk si mati


Amalan menabur bunga di pusara masih lagi kelihatan. Amalan ini bukan di dalam ajaran islam tapi masih di amalkan. Mana yang sudah menyedari segera berubah dan tinggalkan perbuatan tersebut. 

Si anak kecil yang di bawa ke kawasan perkuburan wajar di tegur sekiranya terlihat galak berlari di tanah perkuburan. Anak wajar di ajar menyedekahkan al-fatihah serta bacaan doa ringkas untuk arwah si mati. Semoga amalan yang di amal dari kecil berkekalan di bawa sehingga ke anak cucu. Amalan yang baik wajar di turunkan dari generasi ke generasi.

Menziarah kubur bukan bermusim. Menziarah kubur untuk kita mengingati mati. Mati yang pasti untuk kita. 

Sekian.

Wednesday, 23 July 2014

Selamat hari raya 2014

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum w.b.t,

Kurang 4 hari lagi kita akan meraikan hari raya aidilfitri. Sepanjang bulan ramadhan ini jugalah pelbagai kisah suka duka terpatri bersama berakhirnya ramadhan yang mulia. Duka atau gembirakah kita? Ramadhan akan meninggalkan kita.

Semakin hari semakin hilang sensitivity orang ramai tentang menjaga bulan ramadhan. Yang tidak berpuasa terang-terang tanpa silu menjamu selera di khalayak ramai. Sudah di tegur di perli tidak juga berubah. Bukan kah Allah akan tanya kelak di akhirat apakah yang kamu lakukan ketika itu? Adakah kamu sudah menjalankan tanggungjawab menegur saudara-saudara kamu? Jika sudah, selesai lah tanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah kelak. Tetapi saya menyampah nak tegur pun malas. Benarlah kata cerdik pandai " malu dan iman sama berganding, jika tiada malu bagaimana? Tidak berani saya untuk meneruskan. Diri saya pun masih belum sempurna.

Menjelang raya bakal tiba, hati sayu terkenang insan keliling yang telah pergi menghadap illahi. Kawan secara langsung dari maya atau sahabat-sahabat keliling. Saya masih di sini.Sayu pilu bermain di hati. Al fatihah untuk mereka semua.

Penderitaan yang kita hadapi tidak sehebat dan segetir sahabat di Gaza yang mempertahankan maruah mereka dari terus di pijak Zionis. Ada terbaca di laman media sosial paparan gambar anak kecil bersolat di kelilingi tentera Zionis. Masjid ada di mana-mana. Di tengah jalan boleh jadi, asal bersih dan suci tempat bersolat. Penderitaan ramai lagi orang Muslim serata dunia yang menderita akibat kerakusan mahukah kuasa dunia. Ingat, dunia hanya pinjaman.

Berbaki kurang dari seminggu ini, penuhi segala amal ibadah yang mampu kita lakukan untuk penutup buku amal kita. Tika sunyi subuh, penghuni rumah sudah keluar menyambung tugas, mohon pada Allah, keluarkan semua kekusutan luahkan pada Ya Rabb segala masalah yang kita hadapi. Penuh sujud dan rendah diri memohon Allah mudahkan semua urusan, tanpa sedar sebak dada akan datang dan air mata mengalir laju.

Untuk semua pembaca di sini, jutaan terima kasih saya ucapkan untuk anda yang masih setia membaca dan mengikuti setiap entry saya. Ampun maaf  saya pinta andainya tulisan saya di sini ada menyentuh dan menjeruk hati kalian secara langsung dan tidak langsung. Salam lebaran dari saya dan keluarga, ampun maaf zahir batin walau tidak pernah bersua. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk kita berkongsi kebaikan bersama. Sambut lebaran bersama keluarga tercinta. Pada yang telah tiada sedekahkan al fatihah itu yang utama. Yang kurang kemampuan jangan di lupa. Dan yang penting berbelanja biar berpada.

Sekian. Selamat hari raya semua maaf lahir batin.