Saturday 2 August 2014

Marhabban

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini Sabtu bersamaan 6 Syawal 1435H. Apa khabar pembaca sekelian? Masih dalam mood raya lagi ke? Mesti seronok kan berkesempatan berjumpa dengan saudara mara yang tinggal jauh, hanya pada raya ini saja dapat berjumpa kan? Alhamdulillah.

Jadual raya tahun ini di keluarga saya, bermula pada subuh syawal pertama kami berangkat ke rumah ayahanda bonda kami di Felda. Acara marhabban satu blok di mulai dengan rumah hujung sekali. Jamuan yang bonda saya sajikan cukup ringkas iaitu tauhu sumbat dan jus Ais tembikai special dari air tangan adik saya yang no.3 dik yap. Juadah tauhu sumbat hasil gabungan bersama suami dan adik bongsu. Di sulami gelak tawa dan sketsa ceria pendek dari dik yap menghilangkan kepenatan mengejar masa menyiapkan juadah untuk tetamu kumpulan marhaban blok. Tugas saya pula menyiapkan pinggan mangkuk dan kuih raya. Mudah ke? Sama rata je sebenarnya. Adik no.2 tiada turut serta dalam acara marathon juadah marhaban ini kerana menziarah keluarga bakal mertuanya. Huhu..itu budak mengelat...

>>meriah kan majlis marhabban ya marhabban 

>>close up bonda saya melayan tetamu

Seramai 24 ahli blok turut serta di dalam acara tahunan ini dan rumah sebanyak 24 buah itu perlu di habiskan dalam 1 syawal itu jugak. Jadi juadah untuk di sajikan tidak perlu yang berat-berat sebab banyak rumah lagi kena singgah. Tambah lagi yang mengikuti acara marhabban ini semuanya sudah veteren dan banyak penyakit. Anak menantu juga yang pulang ke kampung ada yang turut serta mengikuti acara ini. Tambah meriah majlis.

Yang pasti acara sebegini mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara ahli blok di Felda tersebut. Semoga panjang umur boleh kita berjumpa lagi ye.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment