Friday 11 April 2014

Kebaikan Cuka Epal Kepada Kucing

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Pengenalan
Cuka epal (Apple Cider Vinegar / ACV) merupakan agen semulajadi melawan bakteria yang efektif dan mengandungi
pelbagai jenis mineral seperti potassium, calcium, magnesium, phosphorous, chlorine, sodium, sulfur, copper, iron, silicon dan fluorine yangmenyumbangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan.
Cuka epal terhasil dengan memerah epal segar yang di tanam secara organic dan diperam dan dibiarkan mengalami
proses fermentasi di dalam tong kayu (wood barrel) sehingga menjadi cuka. 

Warna Cuka Epal
- Warna ialah keperangan. Jadi
jangan tersilap dengan cuka putih / cuka buatan yang terdapat di pasaran.
- Cuka epal juga di kenali sebagai 'classic tonic' kerana manfaatnya
kepada kesihatan manusia secara menyeluruh.
- Selain manusia, Cuka epal juga mempunyai pelbagai khasiat kepada haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing dan arnab.

Cara penggunaan cuka epal
1) Gunakan dalam mandian haiwan
peliharaan boleh merawat kutu dan iritasi
kulit. 
2) Mandikan haiwan peliharaan anda
dengan syampu lembut, bilas dan mandikan semula dengan sedikit campuran dalam air mandian. 
3) Kemudian, bilas secukupnya
dengan air yang bersih.
4) Campurkan sedikit bersama air bersih di dalam botol spray dan boleh digunakan untuk menyembur ke bulu haiwan peliharaan anda untuk merawat kutu, kemerahan, dan gatal-gatal.
5) Campuran sesudu kecil cuka epal ke dalam 1.5L air minuman haiwan kesayangan anda dan kacau rata sebelum di beri minum.

Kebaikan cuka epal
1) terutama sekali kucing boleh memelihara kesihatan salur kencing, sistem penghadaman, merawat alergi dan mengurangkan bau hancing kencing.
2) Cuka epal juga memberi manfaat mengurangkan kesakitan sendi pada haiwan yang mengalami masalah arthritis dan berfungsi sebagai penyahtoksin badan haiwan peliharaan kita.

Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti kemurungan, enggan makan/minum, menyorokkan
diri dan tidak aktif, kemungkinan kucing anda mengidapi Feline UTI. Feline UTI terjadi akibat jangkitan bakteria pada saluran kencing. Sekiranya tidak mendapat rawatan awal, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

Amalkan pemberian cuka epal bagi menghalang jangkitan kuman pada saluran kencing kucing anda. Pastikan anda tidak melebihi sukatan cuka epal yang disarankan. Sila rujuk kepada pakar veterinar untuk lebih pemahaman tentang pengambilan cuka epal untuk kucing anda.

Tak rugi mengamalkan pengambilan cuka epal sebagai tonik harian untuk memperbaiki tahap kesihan anda dan haiwan-haiwan kesayangan anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment