Friday 25 April 2014

Hotel kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej


Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Apakah yang anda faham mengenai hotel Kucing? Tempat penginapan mewah barangkali. Tetapi jika sebut boarding services mesti tahu kan. Perkhidmatan penjagaan Kucing sementara.

Perkhidmatan ini mencanak naik permintaan ketika musim cuti panjang seperti hari raya atau cuti sekolah. 

Ada yang selesa menggunakan perkhidmatan boarding yang di jalankan di rumah. Ada yang teruja ingin memberi pendedahan baru kepada kucing mereka, menghantar ke kedai haiwan peliharaan yang menawarkan perkhidmatan hotel kucing ini.

Apakah kriteria yang perlu di ambil kira sebelum menghantar mereka ke hotel kucing :-
1) pastikan owner perkhidmatan sudah lama menjalankan perkhidmatan itu
2) dapatkan sekali perkhidmatan grooming etc di bawah satu bumbung penghantaran 
3) pastikan tempat yang anda hendak hantar itu tidak terlalu penuh dengan haiwan lain
4) di khuatiri kebajikan Kucing anda akan terabai
5) pastikan kakitangan serta pemilik perkhidmatan Kucing juga sayang haiwan seperti anda
6) dapatkan maklum balas terlebih dahulu dari orang lain yang pernah menggunakan perkhidmatan di situ

Pada saya sebaiknya sebelum menghantar ke hotel Kucing, sebagai pemilik anda perlu mengkaji terlebih dahulu tempat boarding tersebut. Pastikan kebajikan kucing peliharaan anda terjaga sepanjang ketiadaan anda di sisi mereka. Janganlah pula berlaku sebaliknya, mula penghantaran tiada penyakit, masa pengambilan boleh dapat demam, sakit melarat pula. Jika itu berlaku anda wajar mengajukan pertanyaan kepada tuan empunya boarding services tersebut.

Sekian. Semoga bermanfaat
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment