Friday 27 March 2015

Gud bye Caca

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,


Gambar ini saya ambil malam tadi. Malam tadi caca memang nampak sangat lemah. Saya rasa dada nya terasa ombak-ombak halus. Hati saya sudah mengagak anak kecil ini sudah nazak. Hati saya sudah meredhakan pemergian nya dari awal.

Kisah Caca tak sempat saya nak kongsikan di sini. Pun gambar kenangan bersama nya jarang di ambil. Kedatangan caca di rumah bermula apabila anak balik dari sekolah agama membawa si kecil ini. Amat malang anak saya menjumpai nya di dalam longkang sekolah. Misainya di potong pendek. Memang sah budak kecil ini di buang. 

Saya abadikan kisah caca di sini untuk tatapan saya juga satu hari nanti. Caca di sahkan terkena parvovirus dari pertanyaan saya dan doktor vet yang biasa saya hubungi. Dari pertanyaan saya kepada doktor tentang tanda-tanda yang terdapat pada caca sebelum pemergian nya, doktor mengesahkan caca parvovirus. 

"As Salam doc
Maaf ganggu
Klw cat kuar berak cair busuk nape ye
Bdn sangat lembik
Kucing stray cat kt Jln Sy baru amik"...pertanyaan saya kepada doktor...

"selalu kalau stray cat yg ade tande2 gitu kene parvovirus kak..bahaye tu kak..boleh jangkit dkt kucing2 akak yg lain"...jwpn dari doktor....

"Ma da ckp caca td
Klw caca nk sihat kne kuat
Klw nk pergi mama x halang
Mama da halal
Kan semua yg mama bg caca
X pyh tinggu mama
Ma sentiasa syg chacha
😭😭😭😭
Mata dia tgk mama je pa
😭😭😭"... Wasap saya Dan suami

Yang berbaki masih di rumah. Sedaya upaya saya akan jaga. Sebelum ini 3 beradik pergi sekali dalam masa yang sama tinggalkan saya. Anak ibu amot. Yeyen, koot & Doot. Sekurang nya semasa hayat caca dapat rasa kasih sayang. Makan minum terjaga. Bukan masih di jalanan. Semoga caca tenang di sana ye dik. Paling simpati anak saya yang mengambilnya dari sekolah. Semoga anak tabah hadapi dugaan ini. Cita-cita nak jadi doktor haiwan nak rawat semua Kucing. Harap cita-cita anak tercapai. Sahabat di sini tolong doakan ye.

Ingatan di memori takkan bertahan lama. 10 tahun belum tentu akan ingat semua. Jadi inilah gunanya blog. Boleh mengabdikan setiap peristiwa.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
=============================


PM saya Pengurus Online ABDR anda
Shehren Shahadan
011-18578330
www.shehren-shahadan.blogspot.com

DAPATKANNYA SEKARANG!

Tuesday 24 March 2015

Ulasan Ebook Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes (Zaila Mohamad)

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum w.b.t,

Sudahkah anda mendapatkan ebook seperti di atas? Ebook naskah sulung GO Puan Zaila Mohamad ini memang berbaloi di miliki. Anda rugi jika tidak mendapatkannya. Ebook yang di garap kemas ini terkandung begitu banyak ilmu di dalamnya hasil perkongsian ikhlas beliau. Sedikit kupasan dari saya mengenai ebook ini. Jika mahu tahu lebih dapatkan nya sendiri ye.

Apa yang menarik di dalam ebook ini ?
1) penulisan dari hati penulis
- ini dapat di rasai apabila anda mula membaca perenggan pendahuluan hingga ke tengah isi kandungan ebook. Perkongsian beliau memulakan perniagaan dari mula hingga sekarang. Pengalaman yang beliau perolehi di kongsi sebaik mungkin di dalam ebook beliau. 

2) anak ramai bukan alasan
- bebanan tugas sebagai suri rumah yang mempunyai anak ramai tidak mendatangkan masalah kepada beliau. Semuanya di tangani dengan pengaturan  masa yang teratur dan tersusun.

3) wanita berdikari
- sering di tinggalkan suami yang bekerja luar negara menjadikan beliau seorang yang berdikari dalam mengurus hal seharian.

4) berkorban demi keluarga
- puji sifat beliau yang rela mengorbankan kerjaya demi memikirkan masa depan anak-anak beliau. Di himpit waktu kerja yang membataskan beliau meluangkan masa yang banyak dengan anak dan juga demi kesihatan anak beliau yang kerap sakit ketika di hantar ke Taska semasa beliau masih bekerja.

5) dapat ilmu baru
- ilmu kena di cari. Dengan melabur membeli ebook ini banyak kebaikan yang saya perolehi. Tentunya juga ilmu-ilmu baru yang terdapat banyak di media sosial. Beliau sinonim sebagai pengajar ABDR untuk kelas Instagram, fanpage dan banyak lagi.

Jadi, tunggu apa lagi. Anda juga boleh mendapatkan ebook ini dan merasai keseronokan sendiri dengan membaca nya. Berita baik untuk anda, sekarang ada pakej promosi Ebook SJBB bersama Ebook YMSR dari pengasas ABDR Puan Masayu Ahmad. Boleh dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi. Cepat sebelum terlambat.


PM saya Pengurus Online ABDR anda
Shehren Shahadan
011-18578330
www.shehren-shahadan.blogspot.com

DAPATKANNYA SEKARANG!

Sekian. Semoga bermanfaat.

Thursday 12 March 2015

Pengurusan Masa

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,


Pengurusan masa sangat penting. Bijak menguruskan masa dapat menyelamatkan keadaan jadi kucar kacir. Bagaimanakah menguruskan masa dengan bijak?

Bagi surirumah yang berkerjaya, masa yang ada di tangan sangatlah berharga. Banyak perkara perlu di selesaikan dalam satu hari tersebut sebelum berjumpa hari lain pada keesokan harinya pula. Tambahan lagi jika sudah mempunyai anak dan perlu menguruskan anak seharian. Dapat bayangkan keadaan dan suasana yang tidak tersusun jika masa tidak dapat di selia dengan baik.

Saya tanya anda sebagai suri yang bekerjaya, berapakah banyak masa yang anda peruntukkan untuk diri anda sendiri selama ini? Adakah anda hanya kalut dan sibuk menyelesaikan urusan dan tanggungjawab lain seharian. Jangan begitu. Peruntukkan sedikit masa emasmu untuk menjaga dirimu. Saya pun memang lalai pada diri, Itu yang badan berontak sakit sana sini.

Setiap manusia di anugerahkan masa yang sama 24 jam sehari. Terpulang pada diri anda sendiri mahu uruskan dan susun masa anda bagaimana. Jika mahu lebih berjaya, praktik dan buat senarai tugasan seharian apa yang perlu anda buat setiap hari. Jika perlu keluar bekerja seawal pagi, pastikan bangun lebih awal untuk menyelesaikan tugasan di rumah. Sebagai ibu, tugas memasak perlu di laksanakan untuk anak dan suami yang berada di rumah sepanjang anda keluar bekerja sehari suntuk. Juga mahu rumah bersih, rumah perlu di kemas untuk keselesaan penghuni yang tinggal bersama.

Sedikit panduan untuk menyusun masa agar dapat di gunakan sebaik-baik yang boleh:-
1) senaraikan tugas yang perlu di selesaikan
2) Selesaikan tugas yang wajib dahulu seperti memasak serta menghantar anak ke sekolah
3) jimatkan penggunaan masa memasak dengan menyediakan ramuan untuk memasak terlebih awal. Jika mahu segera masak setelah sampai di rumah, keluarkan makanan beku dari tempat beku untuk memudahkan memasak. Dan tidak perlu tunggu lama. Jimat masa kan.
4) boleh juga masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu hari dan di bahagi kepada dua hidangan tengahari dan malam.
5) ambil kesempatan memeriksa kerja harian sekolah anak sambil melipat baju.

Pada akhirnya, anda yang menjawat jawatan ibu, isteri dan pekerja ini akan mula rasa penat. Penat mengejar masa. Masa jangan di kejar memang takkan dapat. Tapi uruskan masa dengan bijak InsyaAllah akan mendapat manfaat. 

Berasa sangat penuh tanggungjawab dibahu  kita yang perlu di selesaikan. Mulalah mahu banding sana sini tapi hakikat yang di banding itu mungkin mahu kehidupan seperti anda yang mencemburui nya. Konsep syukur perlu ada. Bersyukur allah anugerahkan kita semua kekuatan untuk terus menjalankan kewajipan sebagai hambanya di muka bumi ini.

Selesaikan tanggungjawab yang wajib kepada:-
1) perintah allah dan  rasul 
2) tanggungjawab kepada keluarga
3) tanggungjawab kepada kumpulan masyarakat 

Kejayaan pengurusan masa yang berhemah bukan terletak pada anda semata. Penglibatan suami serta ahli keluarga yang lain juga membantu. Ajak mereka sama bantu menyelesaikan urusan rumahtangga. Bahagikan kepada setiap seorang tugasan dengan adil. Jika mempunyai anak yang ramai, sudah masa yang sesuai untuk anda ajar mereka erti tanggungjawab.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************

Tuesday 10 March 2015

Musim panas

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Sekarang musim panas. Kena jaga kesihatan, banyak minum air. Hujan sekali sekala. Kadang mendung sahaja. Hujan tak sempat turun. Tanah merekah menahan terik mentari. Banyak pokok layu. Rumput pun turut mengalami nasib yang sama. 

Cuaca panas begini kerap terjadi demam, batuk serta selsema kepada yang tidak cukup antibodi dalam badan. Begitu juga dengan anak Kucing anda. Untuk mengelak terjadi perkara sedemikian, Anda perlulah memberi mereka minuman air bersih yang cukup. Bagaimana kah untuk memastikan mereka mendapat air yang cukup?

Anda perlu menarik perhatian mereka untuk kerap minum air. Bagaimana kah caranya?
1) sediakan air minum yang bersih
2) kerap tukar air minum supaya sentiasa segar 
3) BOLEH juga sediakan air minum mereka di dalam bekas air minum yang berwarna terang. Warna terang mendorong mereka untuk pergi ke arah bekas air
4) jika mereka di dalam Sangkar yang bertingkat, sediakan bekas air minum di tempat laluan mereka. Jika mereka nampak bekas air pasti akan singgah dan jilat sedikit untuk minum.

Jadi untuk mengelakkan penyakit-penyakit musim panas melanda kepada Kucing kesayangan anda, boleh lah mencuba langkah-langkah seperti di atas. Dengan meminum air yang banyak pencernaan juga bersih serta dapat menghindar dari tersumbat pundi dan penyakit lain nya.

Sekian, semoga bermanfaat.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Tuesday 3 March 2015

Hidupkan kehidupan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Salam jumaat yang mulia
Molek nya pada hari jumaat yang mulia ini di amalkan zikir-zikir pilihan. Fungsi nya untuk menenangkan hati, menghilangkan stress serta menghidupkan kehidupan. Bagaimana kah cara kita untuk menghidupkan kehidupan kita?

Apa yang anda cari untuk kehidupan anda? Untuk meneruskan kehidupan anda? Untuk siapa kehidupan anda? Untuk anda? Untuk keluarga anda? Anda ada jawapan nya.

Menghidupkan kehidupan :-
1) banyakkan memberi dari menerima
- mana yang seronok? Memberi atau menerima? Tentu yang memberi. Mari kita lihat contoh ini :-
* Si suami yang pulang dari kerja telah membeli siap-siap makanan kegemaran Si isteri nya dan tahu Si isteri pasti suka dengan pemberian nya sebab yang di beli itu memang kegemaran isteri nya.
Jadi suami yang seronok kan. Sudah tahu kegembiraan isteri menerima pemberian nya.

2) seronok hidup ini kalau kita saling mendoakan. Contoh seperti :-
* pengguna lebuhraya yang menggunakan laluan laju (kereta kecil), apabila nampak pengguna yang lain ( kenderaan besar) ingin memintas kereta nya di beri laluan tersebut dengan rela hati. Pulak di balas dengan lambaian tangan dari pengguna kenderaan besar tadi, kan sejuk rasa hati pengguna kereta kecil tadi sambil berdoa di dalam hati " Ya allah murahkan lah rezeki ku seperti dia ini dan selamat kan lah dia dalam perjalanan nya sebab mungkin dia sudah terlambat dalam urusan nya"
Dan si pengguna kenderaan besar tadi juga berdoa di dalam hati " Ya allah selamatkan perjalanan hambamu tadi sekeluarga nampak macam mahu berpiknik penuh bakul dalam bonet.
* ini hanyalah perumpaan semata. Tapi tidak mustahil kan jika memang benar terjadi. Sebab kita berbuat baik Dan memang akan di balas dengan kebaikan.

3) lagi satu jiwa kita kena bersih. Benar-benar bersih. Tiada dengki khianat segala. Bahagia melihat kehidupan orang lain bahagia. Seronok melihat orang lain berjaya. Tidak dengki melihat orang lain berjaya. Kedamaian jiwa di situlah. Kehidupan rohani yang sempurna di situlah. Berbuat baik dengan manusia terutama kalangan keluarga sendiri. 

Bukan kah stress kalau kita hanya mengharap sahaja. Semacam suami yang mengharap di saji kopi panas kegemaran sesampai di rumah nya tetapi sebaliknya yang berlaku. Tidak seperti yang di harapkan. Bukan kah kecewa pula yang datang bertandang. 

Sekian, semoga bermanfaat.
=============================


PROMOSI EBOOK MAC 2015 : 3 EBOOK PADA HARGA RM50 (HARGA SEBENAR RM100)

- Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes
- Ebook Super WAHM Supermom
- 101 Idea Home Based Bisnes

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI EBOOK INI?

>>> Mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan dengan berniaga
>>>Surirumah yang nak tahu cara berniaga online hanya dari rumah
>>>Surirumah yang ada 1, 2, 3 atau lebih anak dan mahu belajar urus diri & keluarga supaya lebih terurus
>>>Mahu baca kisah motivasi mereka yang telah berjaya berniaga dan menguruskan rumahtangga
>>>Mahu tahu cara mudah berniaga melalui platform online

PM saya Pengurus Online ABDR anda
Shehren Shahadan
011-18578330
www.shehren-shahadan.blogspot.com

DAPATKANNYA SEKARANG!

Monday 2 March 2015

Kisah "Butang"

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Ikhsan tuan Butang 

Assalamualaikum w.b.t,

Kisah "Butang" ini saya temukan apabila tuan butang menghubungi saya melalui talian Whatsapp. Menanyakan berkenaan butang. Kenapa dengan butang? Mari kita ikuti kisah ini...



Rentetan dari pertanyaan ini, saya telah menerangkan sebaik mungkin untuk menolong tuan butang. Alhamdulillah butang dapat di selamatkan.



Inilah "butang" kesayangan tuan tersebut. Satu yang saya perasan, nama yang di beri cukup unik kan. Menurut tuannya, butang berusia 2 tahun dan berat badannya hampir 5 kg. Sihat kan. Patut tuannya risau sangat.

"Feline UTI" , penyakit kerap terjadi terutama bagi kucing jantan. Kesukaran membuang air kencing di sebab kan pengumpulan sisa garam pada saluran kencing @ tersumbat. 

Rawatan yang boleh di lakukan untuk permulaan di rumah ialah campuran cuka epal pada bekas minuman. Tetapi jangan terlalu banyak memadai satu atau dua titik. Cuka bersifat tajam dan menghakis. Di khuatiri akan memudaratkan kepada kucing tersebut sekira di beri berlebihan.

Periksa pada bahagian abdomen bawah perut. Rasa dengan teliti, ada tak benjolan keras . Jika ada jangan berlengah terus bawa ke Klinik haiwan untuk rawatan dari pakar.

Untuk mengelak dari berlaku "Feline UTI" kepada Kucing anda, harap anda dapat menjaga pemakanan mereka dan elakkan dari makanan yang mempunyai kandungan garam yang tunggi. Sebaiknya berikan mereka "premium food" dan baca terlebih dahulu label serta kandungan pemakanan sebelum membeli.




Ini butang selepas menerima rawatan di klinik. Nampak segar berbanding masa mula sakit. Tengok tuan nya menyediakan tempat beradu untuk butang cukup selesa . Saya yang tengok pun cemburu hihi. Nampak butang selesa sangat di dalam sangkar itu. 



Tiub yang di masukkan ke dalam kemaluan butang. Cerita dari tuannya, walaupun butang di bius tetapi masih menjerit kesakitan semasa di masukkan tiub tersebut dan di jahit untuk mengelak dari tercabut.

Menurut tuan butang, selepas di masukkan tiub ke kemaluan barulah air kencing butang keluar.



Ini makanan khas butang yang di sarankan oleh doktor yang merawat. Makanan ini khas untuk kucing yang mengalami masalah pundi kencing.

Di harapkan entry ini boleh menjadi panduan bagi tuan kucing yang mempunyai masalah seperti ini. Untuk mengelakkan dari berlaku lagi, sila pastikan anak anda kerap minum air dan elakkan memberi makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Juga jangan putus asa menyelamatkan anak anda. Saya salute tuan butang. Walau dalam keraguan tetapi keputusan menghantar butang menerima rawatan memberi butang peluang lagi untuk memberi senyuman buat keluarga nya itu.

Sekian, semoga bermanfaat.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan