Thursday 30 October 2014

Pengalaman bisnes dropship

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar kesayangan semua? Semoga hari ini memberi lagi kebaikan demi kebaikan untuk kita semua. Banyakkan memberi dari menerima, semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Entry kali ini saya kongsikan pengalaman saya berniaga tanpa modal. Konsep ini di perkenalkan oleh guru online saya puan Zaila Mohamad. Bukanlah saya tidak pernah memulakan perniagaan sebelum ini, tetapi semuanya memerlukan pengeluaran modal terlebih dahulu. Berbeza dengan konsep dropship ini. Apakah yang berbeza? 

Konsep yang di namakan sebagai dropship tidak memerlukan modal. Boleh rujuk gambar di atas untuk lebih faham. Anda hanya perlu mencari pelanggan kepada produk tersebut dan menyerahkan urusan selanjutnya kepada pemilik produk. Anda akan di beri upah pada target tertentu atau pada jualan yang berjaya anda perolehi dari pihak pembekal.

Pengalaman saya dropship produk makanan memang mengujakan. Ternyata produk makanan tetap di perlukan sampai bila-bila pun selagi ada nafsu makan. Banyak atau sedikit merupakan penentu jumlah upah yang anda dapat. Yang penting anda kena rajin. Sentiasa promosi dan perkenalkan produk dropship anda. Jualan dropship saya mencanak naik lebih lagi jualan pada waktu perayaan. Bertepatan pula dengan produk jualan dropship saya ketika itu iaitu kurma, jualan kuih raya, nasi arab, sambal kentang dan banyak lagi. Ternyata jualan dropship tersebut masih memberi rezeki sampingan kepada saya sampai saat ini. Syukur alhamdulillah.

Jadi bagi anda yang tidak mempunyai produk jualan serta modal yang banyak untuk memulakan sesuatu boleh cuba konsep dropship ini. Upah yang anda dapat pula sebahagian boleh di simpan untuk memulakan perniagaan sendiri pada masa depan. Semoga kita semua berjaya dunia akhirat aamin. 

Sekian semoga bermanfaat.
Terima kasih sudi membaca.

Wednesday 29 October 2014

Selamat pagi

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat pagi semua.

Semoga kalian berbahagia sepanjang hari ini. Terima kasih kerana terus menyokong saya. 

Nah hadiah untuk kalian semua.


Sekian. Semoga bermanfaat
Terima kasih kerana sudi membaca.

Iklan sat...
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut serta pendaftaran kelas. Boleh hubungi saya di:-
Email:- shehrenshahadan@yahoo.com
FB:- Shehren Shahadan

Friday 24 October 2014

Suratan@kebetulan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


"Sesuatu yang di sangka
 Seringkali mendatangi kita
 Itukah suratan dalam kehidupan
 Atau sekadar satu kebetulan?"

Sering bermain di fikiran. Suratan atau kebetulan. 

Ujian datang untuk menguji,
Tabah kah hati menerima suratan takdir yang telah di tentukan oleh Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala yang terjadi. 

Laila haila anta subhanaka ini kuntum minazolimin. Aamin.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday 17 October 2014

Fungus

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera. Bersua kembali di laman ini membincangkan mengenai fungus. Jika anda pemelihara Kucing, pasti ada ketika nya terlihat Kucing anda menggaru-garu badan mereka dengan kerap. Mungkin sudah di hinggapi fungus.

             Gambar contoh 

Apa itu Fungus?

Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.
Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Jika tidak mampu juga boleh menggunakan rawatan tradisional seperti berikut :-

APA YANG DIPERLUKAN ?

1- Kucing yang di jangkiti fungus

2- Minyak selepas menggoreng ikan. Kalau anda jarang goreng ikan, cara paling senang pergi ke kedai atau restoran makanan minta jasa baik mereka memberi sebotol minyak bekas goreng ikan.

3- Sarung tangan / Glove.

CARA-CARA RAWATAN

1- Ambik kucing yang di syaki di jangkiti fungus.

2- Pakai glove/sarung tangan.

3- Ambik minyak tadi, tuang atas tapak tangan anda.

4- Lumur kan minyak tadi di keseluruhan badan kucing yang bermasalah fungus tersebut.

5- Ulang proses sehingga pulih dan hilang masalah fungus. 

Usahakan untuk Kucing anda. Semoga Kucing anda terhindar dari masalah fungus. Rawatan ini juga boleh di lakukan pada Kucing yang bermasalah kurap di badan. Kekerapan anda melakukan proses rawatan ini mempercepatkan proses penyembuhan Kucing anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday 11 October 2014

Seiring masa

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum w.b.t,

"Aku bukanlah sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis untuk meluah rasa jiwa..."

Jadikan kewujudan blog ini sebagai ladang akhirat juga untuk menambah pahala. Bagaimana caranya?
1) berkongsi ilmu kebaikan 

Seiring masa kita semua akan berubah. Yang muda jadi matang menghadap kerenah dunia. Yang tua semakin insaf menampal saki baki dosa untuk di bawa menghadap pencipta. Yang belum mahu berubah kita doakan sahaja. Percayalah, seiring masa semua akan berubah. Hati yang keras yang tertutup selama ini akan lembut dan terbuka menerima pandangan serta teguran.

Apa yang ada di dunia ini hanya sementara. Kisah kebaikan dan keburukan kita akan terpapar di wayang akhirat nanti. Jaga keturunan supaya menjadi khalifah yang sempurna di bumi sementara ini. Buat apa nampak cantik di mata orang, sedangkan hidup masih sibuk menampal lubang sana sini. Wang pencen belum sampai sudah di fikir mahu bayar itu ini. Mana erti kebebasan?

Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Iklan sat...
Anda peniaga online?
Ingin mengukuhkan ilmu pengurusan akaun kewangan syarikat anda? Atau mahu menambah ilmu? Hubungi saya untuk keterangan lanjut ye.
Email:- shehrenshahadan@yahoo.com
FB:- Shehren Shahadan

Monday 6 October 2014

Salam Aidiladha

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google


Salam Aidiladha kepada semua pembaca sekelian yang meraikan. Walaupun sudah melewati satu hari tetapi masih valid untuk di ucapkan kan. Yang penting ingatan Kekal sentiasa di hati. Mengambil kesempatan di ruang putih ini, saya dan ahli keluarga memohon kemaafan seandai sepanjang terbabit bersama ada menguris rasa tanpa di sedari. Mana yang dapat bercuti bersama keluarga mohon jaga keselematan diri keluarga anda. Doakan pemergian ahli keluarga yang dapat menunaikan ibadah haji pada kali ini dapat pulang dengan selamat serta menyempurnakan ibadah haji mereka dengan sempurna.


Sekian. Semoga bermanfaat
Terima kasih kerana sudi membaca.

Iklan sat...
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut serta pendaftaran kelas. Boleh hubungi saya di:-
Email:- shehrenshahadan@yahoo.com
FB:- Shehren Shahadan