Saturday 11 October 2014

Seiring masa

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum w.b.t,

"Aku bukanlah sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis untuk meluah rasa jiwa..."

Jadikan kewujudan blog ini sebagai ladang akhirat juga untuk menambah pahala. Bagaimana caranya?
1) berkongsi ilmu kebaikan 

Seiring masa kita semua akan berubah. Yang muda jadi matang menghadap kerenah dunia. Yang tua semakin insaf menampal saki baki dosa untuk di bawa menghadap pencipta. Yang belum mahu berubah kita doakan sahaja. Percayalah, seiring masa semua akan berubah. Hati yang keras yang tertutup selama ini akan lembut dan terbuka menerima pandangan serta teguran.

Apa yang ada di dunia ini hanya sementara. Kisah kebaikan dan keburukan kita akan terpapar di wayang akhirat nanti. Jaga keturunan supaya menjadi khalifah yang sempurna di bumi sementara ini. Buat apa nampak cantik di mata orang, sedangkan hidup masih sibuk menampal lubang sana sini. Wang pencen belum sampai sudah di fikir mahu bayar itu ini. Mana erti kebebasan?

Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Iklan sat...
Anda peniaga online?
Ingin mengukuhkan ilmu pengurusan akaun kewangan syarikat anda? Atau mahu menambah ilmu? Hubungi saya untuk keterangan lanjut ye.
Email:- shehrenshahadan@yahoo.com
FB:- Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment