Sunday, 6 July 2014

Tips merawat maggot

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar pembaca sekelian. Hari ini masuk hari ke 8 kita berpuasa. Semoga kita terus tabah menghadapi ujian bulan ramadhan ini dengan jayanya. Dugaan pada bulan puasa lebih hebat dari bulan-bulan yang lain. Betul kan.

Entri kali ini berkaitan dengan Maggot. Maggot berupa ulat yang boleh menyebabkan kematian kepada kucing kesayangan anda. Ia memakan lapisan daging dan kulit sedikit demi sedikit. Bagaimanakah ianya boleh berlaku? Mari kita ketahui serba ringkas mengenai ulat ini.

1) terhasil dari telur lalat
2) cenderung kepada luka yang terbuka dan berair
3) susah mati
4) hidup di bawah lapisan kulit


Ulat maggot cepat membiak. Memang amat mengelikan untuk proses pembersihan tapi tegakah anda membiarkan kucing anda terus begitu? Tidak bukan. Jadi mari kita belajar sedikit cara pembersihan ulat maggot ini.

LUKA BESAR
1) luka di tempat yang besar memudahkan kita membersihkan ulat tersebut.
Caranya:-
>> cuci sekitar kawasan luka dengan bersih. Gunakan cotton bud yang bersih. Sarung tangan anda.
>> sudah nampak kemunculan ulat maggot, guna penyepit besi untuk menarik ulat keluar dari kawasan luka. Boleh sapu atau tuang minyak apapun jenis minyak ( jangan minyak panas) terlebih dahulu untuk memudahkan menarik ulat maggot dari kulit haiwan. Bagi ulat pening dulu. Jangan terpedaya jika nampak sedikit sahaja kemunculan ulat, sebenarnya beribu juta hidup lagi di bawah lapisan kulit haiwan anda. Jika tidak mampu dan mahu cepat mati ulat tersebut sembur BAYGON (gambar contoh seperti di bawah). Gunakan yang bermuncung untuk mudah semburan tepat kena pada sasaran.


LUKA KECIL
>> Mula-mula letak minyak. Ulat akan pening dan berlumba keluar ulat cari udara jadi boleh tarik keluar ulat dengan seberapa banyak yang dapat. Lepas itu sapukan MINYAK GAMAT supaya hilang pedih tadi.
>> Selepas sembur dengan baygon, jangan lupa letak minyak gamat atau apa jua minyak berubat yang boleh kurangkan pedih pada kucing.  Minyak urut yang panas sama sekali di larang keras. 
>> boleh juga gunakan gel gamat untuk tujuan penyejukan pada luka kucing anda. 
>> lakukan rutin kerap dan berulang. Boleh dapatkan juga suntikan antibiotik dari doktor veterinar untuk membunuh kuman ulat maggot.

Anda juga perlu pantau kucing anda untuk tempoh penyembuhan yang segera. Sebaiknya pakaikan collar di leher untuk mengelak kucing menggangu tempat luka. Perlu juga masukkan mereka di dalam sangkar untuk proses penyembuhan. Anda juga perlu mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari doktor untuk menangani masalah mengubati kucing anda jika anda kurang mahir.


Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

2 comments:

  1. Salam.mujarab ke kalau kita guna ubat gamat untuk bagi ulat pening dan keluar??

    ReplyDelete
  2. Salam.mujarab ke kalau kita guna ubat gamat untuk bagi ulat pening dan keluar??

    ReplyDelete