Wednesday, 23 July 2014

Selamat hari raya 2014

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum w.b.t,

Kurang 4 hari lagi kita akan meraikan hari raya aidilfitri. Sepanjang bulan ramadhan ini jugalah pelbagai kisah suka duka terpatri bersama berakhirnya ramadhan yang mulia. Duka atau gembirakah kita? Ramadhan akan meninggalkan kita.

Semakin hari semakin hilang sensitivity orang ramai tentang menjaga bulan ramadhan. Yang tidak berpuasa terang-terang tanpa silu menjamu selera di khalayak ramai. Sudah di tegur di perli tidak juga berubah. Bukan kah Allah akan tanya kelak di akhirat apakah yang kamu lakukan ketika itu? Adakah kamu sudah menjalankan tanggungjawab menegur saudara-saudara kamu? Jika sudah, selesai lah tanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah kelak. Tetapi saya menyampah nak tegur pun malas. Benarlah kata cerdik pandai " malu dan iman sama berganding, jika tiada malu bagaimana? Tidak berani saya untuk meneruskan. Diri saya pun masih belum sempurna.

Menjelang raya bakal tiba, hati sayu terkenang insan keliling yang telah pergi menghadap illahi. Kawan secara langsung dari maya atau sahabat-sahabat keliling. Saya masih di sini.Sayu pilu bermain di hati. Al fatihah untuk mereka semua.

Penderitaan yang kita hadapi tidak sehebat dan segetir sahabat di Gaza yang mempertahankan maruah mereka dari terus di pijak Zionis. Ada terbaca di laman media sosial paparan gambar anak kecil bersolat di kelilingi tentera Zionis. Masjid ada di mana-mana. Di tengah jalan boleh jadi, asal bersih dan suci tempat bersolat. Penderitaan ramai lagi orang Muslim serata dunia yang menderita akibat kerakusan mahukah kuasa dunia. Ingat, dunia hanya pinjaman.

Berbaki kurang dari seminggu ini, penuhi segala amal ibadah yang mampu kita lakukan untuk penutup buku amal kita. Tika sunyi subuh, penghuni rumah sudah keluar menyambung tugas, mohon pada Allah, keluarkan semua kekusutan luahkan pada Ya Rabb segala masalah yang kita hadapi. Penuh sujud dan rendah diri memohon Allah mudahkan semua urusan, tanpa sedar sebak dada akan datang dan air mata mengalir laju.

Untuk semua pembaca di sini, jutaan terima kasih saya ucapkan untuk anda yang masih setia membaca dan mengikuti setiap entry saya. Ampun maaf  saya pinta andainya tulisan saya di sini ada menyentuh dan menjeruk hati kalian secara langsung dan tidak langsung. Salam lebaran dari saya dan keluarga, ampun maaf zahir batin walau tidak pernah bersua. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk kita berkongsi kebaikan bersama. Sambut lebaran bersama keluarga tercinta. Pada yang telah tiada sedekahkan al fatihah itu yang utama. Yang kurang kemampuan jangan di lupa. Dan yang penting berbelanja biar berpada.

Sekian. Selamat hari raya semua maaf lahir batin.




No comments:

Post a Comment