Wednesday 28 January 2015

Rezeki yang halal

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar sahabat dan pembaca sekelian? Saya doakan anda dan saya sentiasa di dalam rahmat illahi sentiasa. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Kisah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua pada hari ini adalah kisah yang saya ambil dari kalangan sahabat saya sendiri ( jika dia membaca pasti dia sedar ini kisah dia ). 

Kisah berkisar tentang rezeki yang halal. Banyak faktor yang boleh kita ambil untuk panduan dan pegangan kita dalam mendapatkan rezeki yang halal. Contoh kisah sahabat saya ini, mengisahkan dirinya dan suami telah menjadi orang kepercayaan kepada majikan tempat mereka bekerja. Kepercayaan yang boleh menyebabkan nilai integrity dan ketelusan hilang sekelip mata, lagilah berkisar tentang wang. 

Banyak pengajaran yang saya dapat dari perbualan kami. Saya tekun mendengar dan menghadam apa sahaja yang di utarakan oleh sahabat ini. Walau usianya lebih muda dari saya tetapi banyak pengalaman yang dia ceritakan tidak terjadi pada diri saya setakat ini. 

Kisah rezeki yang halal dalam perbualan kami menyentuh kepada anak-anak. Teringat kisah dia yang di beri kepercayaan memegang wang akaun syarikat nya dan telus melaksanakan tugas dan amanah yang di beri. Katanya " tidak mahu berlebihan kerana rezeki (gaji) yang saya bawa pulang untuk di beri makan kepada anak, takut anak gelap hati susah nak terima belajar" katanya dalam kecek kelantan. 

Kadang kita alpa dan lupa dan lagi lalai menapis apa yang kita terima dalam upah gaji kita. Benar-benarkah betul bersih segala pendapatan itu? ( bersih dalam fikiran dan penerimaan masing-masing ).

Terpana dengan sikap sahabat saya ini, betapa mereka suami isteri begitu menjaga hasil pendapatan mereka walaupun gaji suami tidak tetap tapi sahabat saya beritahu kalau ikhlas jalankan tugas kita Allah akan bantu kita. 

Jelas sekali jika kita yakin Allah akan bantu kita, banyak jalan pertolongan akan datang pada kita tidak kira cepat atau lambat. Benar juga Islam menyarankan "wasatiyah" ( bersederhana ) dalam banyak hal. Jika sentiasa bersederhana InsyaAllah sifat tamak dan haloba tidak merajai hati kita. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman.

=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Friday 23 January 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fan-page

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar para pembaca sekelian? Semoga hari ini memberi lagi kebaikan demi kebaikan untuk kita semua. Banyakkan memberi dari menerima, semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Mari kita ikuti ulasan dari seorang ahli ABDR yang bersemangat untuk merubah nasib dirinya. Semoga teks ulasan ini dapat memberi sedikit ruang dan peluang untuk anda mencuba sesuatu yang baru. Benar kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Semoga ulasan ini juga dapat memberi suntikan semangat baru untuk para suri di luar sana. 
=============================
Teks : Nor Atiqah Hamidi

" Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat tunjuk ajar rakan-rakan ABDR. 

Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini. 
Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. 
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. 
Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut. 
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas. 
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Allahuakbar. Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM).
=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Tuesday 20 January 2015

Selamat hari lahir Abah

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar kalangan pembaca sekelian? Semoga kalian semua sentiasa di berkati dan di rahmati Allah sentiasa. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini sentiasa memberi manfaat kepada yang lain.

Hari ini hari lahir Abah yang ke... ( biarlah rahsia ) , menginjak pertambahan umur setahun lagi Abah alhamdulillah masih sihat walafiat dan kuat semangat untuk meneruskan kewajipan dan tanggungjawab yang di pikul nya. Abah masih semangat menjaga kebun sawitnya. Anak-anak yang sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri tidak dapat sentiasa bersama Abah. Tapi percayalah Abah tetap di hati.

Abah, sikap nya yang tegas masa mendidik kami 4 beradik semasa kecil. Sekarang, sesudah anak dewasa Abah tetap tegas dalam melaksanakan tugas nya sebagai seorang ayah. Menjalani kehidupan bersama mak di kampung, Abah tetap melapangkan masa untuk menjenguk anak nya di bandar terutama saya anak perempuan nya.

Harapan saya semoga Abah sentiasa di rahmati illahi, sihat tubuh badan walau ada penyakit sikit-sikit (biasalah umur meningkat tua) , murah rezeki sentiasa aamin. Aman bahgia bersama mak kesayangan kami dunia akhirat.

" Panjang umur nya panjang umur nya panjang umur nya serta mulia serta mulia serta mulia "....

Selamat hari lahir Abah 

" Bak kata menantu dia...
" Abah comel...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Monday 19 January 2015

Welcome to our family

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera kepada semua. Semoga kalian semua sentiasa di bawah rahmat illahi. Entry kali ini mengenai entry tertunda. Memandangkan entry ini sangat-sangat lewat di masukkan, jadi beberapa slot peristiwa di rangkum menjadi 1. 

1) Pernikahan & Persandingan Adik lelaki & pasangan

Penghujung tahun 2014 menyaksikan keluarga kami mendapat ahli keluarga baru. Bertambah lagi perempuan dalam keluarga saya. Saya anak tunggal perempuan dan sulong dalam keluarga. Adik bawah semua lelaki. Kegembiraan di rai dengan mengadakan kenduri menyambut menantu di rumah orang tua kami.

Minggu awalnya dari majlis kami pula telah di adakan majlis pernikahan dan persandingan di rumah pengantin lelaki. Mujur jodoh nya orang berdekatan jadi mudah urusan di selesaikan 

Gambar sekitar majlis

Majlis pernikahan (21 Nov 2014)



Majlis persandingan (22 Nov 2014)



Majlis bertandang (29 Nov 2014)


Saya dan suami memang tiada dalam gambar sebab sibuk uruskan majlis. Lebih lagi majlis bertandang. Gambar dengan pengantin pun tiada. Sedih kan... Tapi tidak mengapalah yang penting semua sudah selesai dengan aman.

Harapan saya sebagai kakak sulong semoga mereka berdua (pasangan pengantin) berjaya melayari rumahtangga yang baru di bina dengan cekal dan tabah. Setiap kekurangan dan kelainan pasangan hidup kita adalah merupakan pelengkap dalam kehidupan kita bersama. Bak kata bait lagu seniman agung Tan Sri P Ramlee...
"Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi"..,

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Tuesday 13 January 2015

Berita kepada kawan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar pembaca sekelian. Semoga kehidupan anda semua sentiasa di rahmati Allah. Lihat gambar di atas, betapa bebas burung itu terbang meneroka dunia langit yang lepas luas terbentang. Tapi jika tidak di jaga memang takkan kita akan nampak pemandangan indah begini lagi? Saya tinggalkan anda dengan sajikan bait lagu di bawah.

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawapnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu,
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawapnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita yang selalu
Salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

By Ebiet G. Ade

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
:::sedar kah anda bait-bait lagu di atas seperti menceritakan apa yang terjadi di dunia yang kita tinggal sekarang...

:::kerakusan manusia yang tamakkan harta serta kegemilangan dunia telah menyebabkan bumi ini menderita....
@@@@@@@@@@@@"@@@@@@@@@

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Monday 12 January 2015

Anak oh anak

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Salam sejahtera buat anda semua yang di rahmati Allah sentiasa. Banyakkan memberi dari menerima. Korban banjir dan kecelakaan yang lain menunggu huluran sumbangan ikhlas dari anda. Semoga amalan kita semua di berkati.

Kerisauan bagi seorang ibu ialah meninggalkan anak di rumah tanpa pengawasan orang dewasa walaupun anak sudah besar panjang. 

Cukup risau walau anak tersebut sudah pandai mengurus diri sendiri betul kan?

Masih terasa hati yang anak masih kecil. Masih perlu pantauan dan jagaan rapi.

Hati jangan bergalau begini 
Kejap telefon
Kejap sms
Lagi waktu permulaan sekolah begini 
Waktu padat dengan jadual baru yang kena di biasakan.
Risau dalam hati
Selagi tak di angkat telefon tu rasa mahu 10 kali ulang mendail no anak.

Anak oh anak....
Curahan kasih sayang tak berbelah bagi
Kalau boleh sedikit kesedihan pun jangan di rasai,
Kalau boleh mahu 24 jam bersama anak di sisi,
Tapi apakan daya tuntutan hidup yang lain mendahului,
Untuk kebahagian anak juga di belakang hari,

Harap anak akur dan mengerti,
Apa yang ibu lakukan ketika ini,
Doa ibu sentiasa mengiringi,
Semoga anak sentiasa di berkati illahi,

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Friday 9 January 2015

Benarkah Kucing jalanan lebih manja?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Semoga hari ini dan mendatang memberi lebih kelebihan kepada kita untuk terus berbakti kepada yang lain.

Benarkah?
Kucing jalanan ternyata lebih sangat manja dan pandai mengambil hati dari Kucing yang berada di dalam rumah.

Kenapa mereka (Kucing jalanan) bersikap sedemikian? (Terlebih manja)

Kehidupan kucing jalanan mungkin tidak seindah kehidupan Kucing rumah. Jadi Kucing jalanan mungkin melakukan aksi manja untuk mendapat peluang yang lebih tinggi di ambil sebagai kucing rumah oleh manusia.

Dalam kawanan kucing, mungkin mereka juga melakukan mesyuarat, cakap-cakap kepoh dari kawanan kucing rumah yang sering membawa cerita yang seronok untuk di perdengarkan kepada kawanan kucing jalanan. Cerita makanan yang sentiasa tersaji berbanding kucing jalanan yang mencari makan sendiri. Mungkin di sebabkan keterujaan mendengar cerita dari si kucing rumah yang manja itu mendorong si kucing jalanan ini untuk merubahkan nasib nya menjadi lebih baik seperti kucing rumah.

Pengalaman saya bertemu dengan seekor kucing kampung yang terbiar. Setelah di beri makan berkali-kali, si Kucing itu tidak lagi takut dan garang kepada kami sekeluarga. Geselan dan lontaran suara yang sengaja di lembutkan untuk meraih perhatian saya kadang menimbulkan rasa kasihan. Hampir setiap malam sekarang ini si Kucing yang kami panggil dengan nama "warnawarni" mengeong minta untuk masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah pula sudah ada barisan askar yang bersikap cengeng terhadap "warnawarni". 

Kalau saya mampu memang mahu sangat semua bersama saya. Tapi apakan daya masa begitu mencemburui saya dan saya tidak dapat memberi komitmen yang lebih untuk kucing yang lain. Cukup sekadar mereka di belakang rumah singgah dan ada makanan di mangkuk mereka. Saya sedaya upaya usaha supaya mereka tidak hampa. 

Kalau di fikirkan semula, apalah yang mereka tahu? Mereka bukan tahu berfikir? Jadi saya mohon pada Allah semoga murahkan rezeki saya selalu semoga terus dapat berkongsi dengan mereka.

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Thursday 1 January 2015

Hari pertama 2015

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam tahun baru 2015 untuk semua!


Semoga tahun ini memberi lebih makna yang membahagiakan untuk kita semua!

Sajian awal tahun saya di penuhi dengan pembayaran yuran anak sekolah. Bagaimana dengan anda? Walau hanya sekolah agama tetapi pun sama sibuk dengan sekolah harian yang lain juga.

Ada juga di buka kaunter jualan untuk wakaf dan pembelian buku agama. Saya sempat juga mewakafkan sebahagian cash yang saya bawa. Pada pendapat saya itulah peluang yang Allah sudah sediakan untuk saya menyucikan pendapatan jadi kenapa saya tak rebut peluang yang Allah sudah beri?

Peningkatan demi peningkatan yang lebih baik selama anak bersekolah di sekolah agama ini. Semoga ilmu yang anak saya perolehi di sekolah tersebut memberi kesan positif dalam kehidupan nya kelak. Semoga ustaz serta ustazah di sekolah tersebut ikhlas mengajar dan menurunkan ilmu kepada anak murid sekelian.

Apa pun tanggungjawab sebagai ibu bapa jangan di pandang ringan. Jangan menyerahkan semua tugas mendidik kepada guru semata. Kadang anak terkesan lebih dari tindakan ibubapa nya sendiri. Kadang menyuruh anak itu ini tapi ibu bapa sendiri liat melakukan. Jadi jangan salah kan anak anda ye.

Semoga tahun 2015 ini memberi sinar dan makna dalam kehidupan buat saya dan keluarga. Segala perancangan untuk tahun 2014 yang baru berlalu ada yang tertunai dan sebaliknya. Apapun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat