Sumber Imej : Koleksi peribadi
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar kalangan pembaca sekelian? Semoga kalian semua sentiasa di berkati dan di rahmati Allah sentiasa. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini sentiasa memberi manfaat kepada yang lain.
Hari ini hari lahir Abah yang ke... ( biarlah rahsia ) , menginjak pertambahan umur setahun lagi Abah alhamdulillah masih sihat walafiat dan kuat semangat untuk meneruskan kewajipan dan tanggungjawab yang di pikul nya. Abah masih semangat menjaga kebun sawitnya. Anak-anak yang sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri tidak dapat sentiasa bersama Abah. Tapi percayalah Abah tetap di hati.
Abah, sikap nya yang tegas masa mendidik kami 4 beradik semasa kecil. Sekarang, sesudah anak dewasa Abah tetap tegas dalam melaksanakan tugas nya sebagai seorang ayah. Menjalani kehidupan bersama mak di kampung, Abah tetap melapangkan masa untuk menjenguk anak nya di bandar terutama saya anak perempuan nya.
Harapan saya semoga Abah sentiasa di rahmati illahi, sihat tubuh badan walau ada penyakit sikit-sikit (biasalah umur meningkat tua) , murah rezeki sentiasa aamin. Aman bahgia bersama mak kesayangan kami dunia akhirat.
" Panjang umur nya panjang umur nya panjang umur nya serta mulia serta mulia serta mulia "....
Selamat hari lahir Abah
" Bak kata menantu dia...
" Abah comel...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
Telefon : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan
Sekian. Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment