Wednesday 7 May 2014

Tips memilih masa mandian

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Assalamualaikum. Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca setia saya yang amat di sayangi. Saya mendoakan kalian semua mendapat kebahagian dalam kehidupan. Kebahagian boleh tercapai mengikut pilihan yang kita pilih. Kehidupan yang kita lalui semakin memberi banyak pilihan. Semoga kita semua dapat memilih pilihan yang tepat untuk kehidupan kita.

Cium kucing di rumah hari-hari makin bau macam-macam. Hendak di kurung selalu takut terasa bosan. Jadi saya lepaskan di bawah pengawasan saya dan juga suami. Riang gembira mereka bergomol bersama di hamparan rumput di depan rumah saya yang hanya sekangkang kera. Bergolek di jalan raya juga di bawah pengawasan saya. Seronok agaknya bergolek-golek begitu.

Mandian perlu bagi mengekalkan kesegaran kucing di samping membersihkan bulu kucing yang melekat kotoran akibat hobi kucing yang gemar berguling di atas pasir atau tempat kotor ( kan sama seperti kucing saya ). Bulu akan menjadi sihat dan rapi selepas di mandikan dan di sikat menggunakan sikat khas untuk kucing.

Gunakan syampoo yang khusus untuk kucing. Jangan gunakan syampoo yang sembarangan di khuatiri boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kucing anda.

Boleh juga sediakan jadual mandian jika anda memiliki kucing yang banyak. Mandian boleh diamalkan mengikut jadual dan tempoh tertentu secara berdisplin.

Amalan ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan parasit seperti kutu, Hama dan kurap pada kucing anda. Bagaimanapun elakkan memandikan kucing anda sewaktu hujan, pada waktu malam, atau waktu kucing anda tidak sihat seperti demam atau selsema. Ini di khuatiri akan lebih memburukkan tahap kesihatan kucing kesayangan anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM


No comments:

Post a Comment