Monday 12 May 2014

Menzahirkan kesyukuran

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan pengikut blog ini yang saya hormati dan sayangi selalu. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Mahu atau tidak kita perlu menzahirkan kesyukuran. Siapapun anda, tinggi manapun anda. Kesyukuran kepada maha pencipta kepada seisi alam ini Allah SWT.

Bagaimanakah caranya untuk menzahirkan kesyukuran? Kerap kita di datangi kalangan sahabat dan sekitar kita yang kerap mengeluh. Susah sana, payah dapat kerja yang sesuai, anak tidak mendengar kata, dan macam-macam keluhah lain.

Semak semula diri anda, beritahu rakan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang kerap mengeluh itu, cuba senaraikan bahagian dari diri anda yang anda syukuri. Nikmat tubuh badan sahaja sudah cukup banyak untuk di senaraikan. Bersyukur. Anda kena belajar untuk bersyukur. Aamin ya Allah.

Menzahirkan kesyukuran dengan banyak melihat ke bawah kehidupan kita. Tiada yang Allah jadikan bersebab buruk. Jika kita yang mendapat musibah memandang negatif kejadian menimpa, akan negatif yang terhasil. Jika kita memandang positif setiap yang berlaku, kemungkinan anda akan mendapat manfaat dari kejadian tersebut.

Menzahirkan kesyukuran dengan banyak bersedekah. Suka atau tidak, kunci rezeki kita semua di pegang oleh Allah, sekiranya mahu rezeki kita lebih murah di beri olehNya, jangan berkira untuk berkongsi rezeki anda dengan yang lain. Sedekah juga dapat menyuburkan jiwa dan menyucikan harta yang kita ada.

Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

1 comment:

  1. Terima kasih atas ingatn,mga kita sume mndpt rahmat dari Allah

    ReplyDelete