Monday 26 May 2014

Jalan yang kau pilih

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Assalamualaikum. Salam sejahtera semua pembaca sekelian yang saya sayangi. Apa khabar anda dan keluarga anda hari ini? Yang sudah memulakan tugas, teruskan langkah anda. Yang menguruskan keluarga tahniah kerana anda sanggup berkorban demi yang tersayang.

Mentari pagi panas menyinar memanaskan bumi. Tanah kembali subur.  Benih yang di tanam di tanah di harapkan membuahkan hasil.

Semalam itu semalam..
Hari ini bagaimana?
Teruskan melangkah sahaja..

Kehidupan begitulah. Sentiasa berpusing. Sekarang kehidupan kita sangat baik cukup sempurna di bahagian atas roda kehidupan.

Esok lusa nasib belum tentu menyebelahi kita untuk meranjau onak duri kehidupan. Bekalan yang kita simpan untuk hari senang lenang kita itulah yang akan kita gunakan untuk kegunaan susah payah kita akan datang. Peringatan untuk diri saya juga.

"kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri"

Tersilap langkah kita memilih jalan kehidupan bakal menyukarkan kita sampai ke penghujung. Semua yang berlaku atas kehendak Allah yang berkuasa. Semua yang kita lalui atas izin rahmat Allah jua. Semoga kita akan pilih jalan yang betul untuk kehidupan kita.

Jalan bersimpang siur. Pilih jalan yang benar. Tanya hati manakah pilihan. Moga ketemu jawapan. Jangan terpesona dengan jalan kehidupan orang lain kerana sebelum terang dan jelas matlamat mereka, mereka dulu nya pun susah payah meratakan bongol kehidupan mereka.

Jangan terpedaya silauan emas permata. Jangan tamak mengejar harta. Bulatkan hati membuat pilihan. Serta berpandukan jalan dan hukum yang diredhai Allah sentiasa.

Sekian. Semoga bermanfaat. Yang baik dari Allah, yang batil dari saya.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment