Saturday 3 May 2014

Ketika musibah

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada pembaca sekelian yang saya sayangi. Terima kasih kepada anda semua yang masih menyokong saya dan coretan-coretan saya yang tidak seberapa ini. Saya mengharapkan kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Ketika musibah menimpa. Sesiapa pun tidak menginginkan musibah menimpa ke atas kehidupannya. Tetapi kita ambil sudut positif bahawa dengan kedatangan musibah kita lebih belajar banyak perkara tentang kehidupan yang kompleks ini.

Ketika di timpa musibah kita :-
1) hendaklah membaca inna lilaahi wainna ilaihi raaji'uun
( sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNyalah kita akan di kembalikan)
2) hendaklah yakin dengan takdir Allah baik dan buruknya. Ini penting kerana keyakinan dengan rukun iman yang keenam ini akan meringankan beban kita. Iman dengan takdir memberi semacam 'kekebalan diri' dengan kesedaran sedalam-dalamnya bahawa segala sesuatu yang telah, sementara dan akan terjadi itu telah tertulis di lauh al-mahfuz.
3) hendaklah bersyukur kerana musibah yang menimpa kita tidak lebih besar dari yang menimpa orang lain. Begitu banyak orang yang mendapat musibah jauh lebih teruk dari kita. Seberat apapun musibah dunia, kita yakinlah masih ada yang lebih berat dari kita.
4) hendaklah sedapat mungkin tidak berkeluh kesah, mengerutu atas musibah yang melanda kita. Sebab itu semua tidak akan mengembalikan apa yang telah hilang. Berkeluh kesah juga menunjukkan seseorang tidak redha dengan kuasa dan takdir Allah. Bagi mereka yang menjaga solatnya, menjaga kehormatannya, menunaikan zakat, beriman kepada hari Allah dan kemudian tidak akan berkeluh kesah.

Sekian. Semoga bermanfaat.
****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment