Wednesday 21 May 2014

Tips menukar makanan

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Assalamualaikum. Salam sejahtera semua. Bagaimana keadaan pembaca sekelian. Di harapkan semoga pembaca sekelian sentiasa mendapat kebahagian bersama keluarga tersayang. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Pernahkah Kucing anda mengalami muntah-muntah atau cirit birit selepas sahaja anda menukar makanan yang biasa mereka makan? Pernah kah terjadi?

Kita sebagai pemilik mesti merasa susah hati melihat kucing kesayangan tidak menjamah makanan seperti kebiasaan. Kucing juga seperti manusia. Mudah jemu pada kebiasaan dan inginkan kelainan juga pada variasi makanan mereka.


Tidak ada sebab untuk anda menukar jenis makanan yang kebiasaanya diberikan kepada kucing anda melainkan kucing anda sudah tidak berselera lagi dengan makanan sedia ada atau terdapat kesan sampingan yang tidak baik seperti kurap, allergic pada kulit atau  penyakit kronik yang di kesan seperti batu karang atau sakit buah pinggang.

Bagaimanapun anda perlu mengetahui terdapat prosuder tertentu untuk menukar makanan kucing kesayangan anda. Anda tidak boleh terus menukar serta merta makanan kerana di khuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada kucing kesayangan anda.

Tukar sedikit demi sedikit pada kuantiti yang kecil untuk percubaan kepada Kucing anda. Sekiranya tiada simptom yang meragukan anda boleh menambah makanan baru tersebut. Setiap hari kurangkan jumlah makanan lama sebanyak 20% sehinggalah makanan baru menjadi 100% pada hari kelima dan berikutnya.

Tujuan di berikan secara berperingkat adalah untuk mengelakkan sistem pencernaan kucing terganggu dan meragam. Sekiranya terdapat kesan yang berlarutan seperti cirit-birit atau muntah-muntah berterusan tidak berhenti, segera dapatkan rawatan dari pakar veteriner untuk menghentikan masalah yang di hadapi oleh kucing anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment