Friday 30 May 2014

Tips mengenali penyakit "Ear Mite"

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Saya doakan kalian semua tabah menghadapi dugaan hidup. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain. 

Entri kali ini akan menyentuh mengenai 'Ear Mite'. Apakah itu ear mite. Mari kita belajar mengetahui bersama.

Tanda-tanda kucing terkena ear mite
>> Menggoyang-goyangkan /menggeleng-gelengkan kepala. 
>> Mencakar/menggaru telinga sehingga kelihatan adanya luka atau kemerahan di sekitar telinga.
>> Kotoran telinga berwarna coklat tua kehitaman, kering menyerupai serbuk kopi. Kadang-kadang terlihat kerak-kerak kering di sekitar telinga pada bahagian dalam.


Bagaimana kucing terkena Ear mite

>> Ear mite berpindah dari liang satu ke liang lain melalui cara fizikal ( merayap / terbang ) 

>> Ear mite berasal dari haiwan/kucing lain yang hidup bersama kucing anda. Kerana ear mite mudah sekali berpindah melalui cara fizikal, maka pengubatan ear mite harus dilakukan menyeluruh terhadap semua kucing yang hidup bersama di rumah anda.

>> Ear mite senang menular di antara anjing dan kucing. Ada beberapa spesies ear mite yang lebih suka menyerang anjing tetapi ada juga yang boleh menyerang keduanya. Anak kucing mendapat ear mite dari induknya.

>> Ear mite juga dapat menyerang arnab, hamster, musang, tikus, serta haiwan berbulu yang lain. Meskipun terkadang dapat menyebabkan sedikit rasa gatal pada kulit manusia, ear mite tidak menular & menyebabkan penyakit  kepada manusia.

Bahaya/akibat ear mite

Ear mite dalam telinga sangat mengganggu, terasa gatal dan mengigit telinga. Lebih lama di biarkan boleh menyebabkan radangan pada telinga.  Radangan telinga yang tidak segera ditangani boleh menjadi berbagai penyakit serius, bahkan hilangnya kemampuan pendengaran. Ear mite juga kadang dapat hidup di bahagian tubuh lain selain telinga dan menyebabkan penyakit kulit. Memang bahaya.

Jadi, kita sebagai pemilik mesti peka. Sentiasa bersihkan telinga kucing menggunakan 'cotton bud' dengan cermat dan kerap. Sekiranya terdapat kesan luka pada cuping telinga boleh sapukan gel gamat pada sekitar yang luka supaya cepat kering. Boleh juga gunakan pencuci khas untuk telinga.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment