Thursday 29 May 2014

Tips penjagaan asas II

Teks : Shehren Shahadan
Imej : Google 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada pembaca yang saya sayangi. Semoga hari ini memberi kebaikan untuk kita. Selesaikan apa yang sudah kita mulakan. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Apakah lagi perkara asas yang perlu kalian ketahui untuk memelihara kucing? Bagi anda yang baru berjinak ingin membela si comel ini pastikan anda sudah sedia dengan segala peralatan dan perkakasan untuk memelihara mereka.

1) Kotak Najis

Pelbagai rekaan anda boleh temui di pasaran. Salah satu seperti di atas. Warna yang menarik perhatian kucing. Di sediakan sekali skop pasir untuk membuang gumpalan najis di dalam pasir.


Rekaan lebih bersifat peribadi. Tempat pembuangan najis yang tertutup. Serta bau kurang memenuhi ruang. Hanya muat untuk seekor sahaja di dalam kotak najis ini. Rekaan yang elegan tetapi harga berganda mahal dari rekaan biasa. Boleh cuba sekiranya mampu.

 
Menarik rekaan ini. Sesuai untuk kucing anda melepaskan hajat tanpa gangguan. Kadang-kadang kucing pun malu jika anda asyik memperhati mereka membuang najis. Tetapi perlulah tempatkan kotak najis ini di luar rumah. Untuk menghindar bau pencemaran.


Rupa molek. Siap ada tanam pokok lagi di atas pasu sekiranya kita sekali imbas memandang. Rupanya begitu. Mudah di buang dan di cuci juga.

Sediakan tempat pembuangan yang selesa untuk kucing anda. Jika anda tempatkan di dalam sangkar pastikan anda sentiasa menukar pasir. Ini untuk mengelak kekotoran. Kucing tidak suka kotor dan haiwan pembersih. Kucing juga suka bergelut sesama sendiri di atas pasir. Jadi pastikan pasir sentiasa bersih. Sebaiknya asingkan di luar sangkar kotak najis tersebut.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment