Wednesday 25 June 2014

Tips mengenali pokok galak kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua kepada pembaca sekelian. Terima kasih kerana masih setia mengikuti saya dan blog ini. Jutaan penghargaan saya tujukan untuk anda semua. Semoga kita semua di rahmati Allah sentiasa. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain ye.


Bagi yang belum dan kurang mengenali, inilah Pokok Galak Kucing.

Nama Saintifik: Acalypha Indica
Nama Lain: Indian copperleaf,India acalypha
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Keterangan :-
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan :-
Digunakan dengan meluas dalam perubatan homopati.Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.

Satu lagi penambahan kegunaan ialah pokok ini serupa tanaman Herba untuk kucing. Cuba beri pada kucing lihat reaksi mereka. Mesti mereka akan bergolek-golek bermain bersama pokok galak Kucing itu.

Cara tradisional untuk pulihkan tenaga Kucing ialah dengan merendam akar pokok ini di dalam air dan air rendaman akar tadi di berikan minum kepada kucing yang uzur. Tapi bersihkan dulu tanah yang menyelimuti akar tadi jangan rendam terus sekali. Sayangnya kelemahan pokok galak Kucing ini apabila di cabut terus layu dan tidak dapat di simpan lama. Yang di sukai oleh kucing pada akarnya. Daun nya di makan juga untuk proses pembersihan perut mereka.


Gambar di ambil dari Google menunjukkan Kucing begitu tertarik dengan pokok ini.

Musim-musim tidak menentu ini sebaiknya awasi anak-anak anda semua. Jika berada di rumah sedapatnya beri mereka minum air yang cukup. Makanan tidak boleh di dedah terlalu lama. Takut bakteria kuman sempat menghinggap pada makanan. Beri sesekali makanan lembut untuk memudahkan pencernaan.

Jangan lupa dapatkan nasihat doktor jika keadaan Kucing anda yang lemah berlarutan. Pokok itu hanyalah sebagai bahan tambahan untuk Kucing anda. Dapatkan nasihat pakar itu lebih baik.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment