Wednesday 4 June 2014

Tips penjagaan asas III

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada pembaca sekalian yang saya sayangi. Juga pengikut blog ini. Semoga kehidupan anda akan sentiasa baik dari sehari ke sehari. Sudahkah anda memberi pada hari ini? Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain ye.

Entri kali ini akan menyentuh mengenai sangkar bergerak. Apakah yang di maksudkan dengan sangkar bergerak? Ini adalah keperluan asas untuk Kucing anda. Untuk apa? Untuk memudahkan anda membawa mereka bersama ke mana sahaja. Kasihan juga tinggalkan mereka sendirian kan. Jika di bawa tentu anda tidak risau mengenai penjagaan mereka. Mereka di depan mata anda.

Jangan fikir yang berat-berat ye. "Banyak nye nak sediakan barang-barang untuk kucing pada permulaan" mesti akan timbul persoalan itu. Jangan risau, apa yang anda laburkan memang berguna.

Sangkar bergerak@cat carrier





Cat carrier adalah untuk memudahkan anda membawa Kucing pelihara anda kemana sahaja terutama untuk bertemu dengan veterinar untuk rawatan dan sebagainya. Sudah di rawat simpan di dalam nya. 

Juga memudahkan anda membawa mereka bersiar-siar di taman. Juga untuk menyertai pertandingan kucing.

Kesukaran yang bakal berlaku sekiranya anda tidak menyediakan cat carrier untuk si comel anda ialah:-
>> barangkali mereka akan bertukar panik dan melompat laju
>> emosi terganggu bertukar ganas
>> kusyen kenderaan anda kemungkinan akan tercalar gara-gara kerasukan mereka
>> tiada tempat membuang najis 

Jadi untuk mengelak perkara seperti di atas terjadi, anda perlulah meletakkan si comel anda di dalam cat carrier. Dudukkn ia di dalam, biar ia tenang. Juga boleh sediakan alat mainan kesukaan sebagai teman. Supaya si comel anda tenang sepanjang perjalanan.

Jika mereka tidak biasa untuk di bawa berjalan jauh, untuk memudahkan anda beri mereka makan dan minum secukupnya dan sebelum bergerak ke destinasi yang di tuju lepaskan mereka untuk bergurau aktif sehingga penat. Sebab kalau penat, sepanjang perjalanan  mereka akan tidur dan memudahkan anda mengawal mereka. Ini bukan mendera ye. Ini juga langkah untuk mengelakkan mereka panik di dalam kenderaan bagi yang baru pertama kali anda bawa berjalan jauh.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment