Sunday 22 June 2014

15 Fakta Menarik Tentang Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google & Koleksi peribadi


Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Sudahkah anda bersedekah hari ini? Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Entry kali ini mengenai 15 fakta yang menarik tentang kucing. Saya dapat fakta ini dari carian rujukan dari Google dan juga campuran pengalaman saya sendiri. Semoga dengan entry ini dapat kita menambah ilmu pengetahuan tentang haiwan kesayangan kita.

❤️15 Fakta Menarik❤️

1) Kucing rumah boleh tidur selama 14 jam sehari. Patut lah boleh menjadi gemuk seperti ini.


2) Ekor kucing digunakan untuk menjaga keseimbangan terutama ketika melompat atau berlari.

3) Kalau kucing menggosokkan badannya pada kaki atau badan kita, mereka sedang tanda kita dengan baunya dan mengishtiharkan kita sebagai pemiliknya. Selain itu juga mereka mahu minta di belai dan di beri perhatian.

4) 1 daripada 4 rumah di Amerika memelihara kucing. Sangat comel dan gebu seperti ini.


5) Kucing memakan rumput untuk membaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan bulu yang tertelan. Lepas makan rumput, kucing akan muntah.


6) Kencing kucing boleh bersinar jika di dedahkan dengan cahaya gelap.

7) Kucing yang bermata biru adalah pekak. Tapi mereka ada keistimewaan lain yang membolehkan mendengar.


8) Kalau kucing tidur di bilik air, kemungkinan kucing tersebut sedang sakit. Juga dengan cuaca yang sedang panas ketika ini kucing yang di lepaskan kerap baring di bilik air untuk mencari sejuk.

9) Kalau kucing sedang mengibas-ngibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan bererti dia sedang marah atau berasa tidak selesa.

10) Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Tapi ada kucing yang lahir ada 6 jari di kaki depan dan belakangnya. Bahasa saintifik di panggil polidaktil.

11) Lidah kucing tidak dapat merasa, jadi nafsu makan kucing di pengaruhi oleh bau makanan, bukan rasa makanan tersebut. Jika anda kerap memperhati mereka mesti terperasan mereka akan mencium bau dahulu sebelum makan.

12) Kucing merespon panggilan wanita lebih baik daripada lelaki.

13) Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

14) Kucing mampu selamat walaupun terjatuh pada ketinggian 30 kaki. Hebat kucing.

15) Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengelus-elus kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita. Kucing juga dapat meredakan tekanan.

Sekian. Semoga bermanfaat. Jalani cuti hujung minggu anda dengan aman dan selesa bersama orang tersayang.

Yang batil dari saya, yang sempurna dari Allah.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

1 comment: