Tuesday 24 June 2014

Liku kehidupan

Teks: Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum wbt.


Hari ini saya berjalan laju dari biasa. Gara-gara bas yang lambat sampai. Berkejar saya untuk mengelakkan punchcard merah dan melepasi angka 35. Masih mengharap dapat elaun bulan ini. Bulan lepas out semua. Sakit kaki demam semua cukup. Saya mesti dapatkan elaun bulan ini. Mesti mesti. Sudah mahu sampai hujung bulan semoga Allah permudahkan usaha dan niat baik saya. Ya Allah permudahkan lah semua urusan ku aamin.

Hujung minggu ini mulalah bulan Ramadhan Al Mubarak. Bulan yang rahmat, bulan mencuci dosa dan noda. Seronok sebab terawih sekali lagi bersama ibu mertua ku. Mesti seronok malam-malam terawih kan.Tambah seronok kalau keluarga di Felda berterawih sama kami tapi berangan jelah sebab Abah dan Mak punya tanggungjawab di Felda nun sana. Mungkin hujung minggu ke. Kan..

Ibu mertua sudah tua. Jadi tidak rela tinggalkan dia sendiri di kampung berbuka dan bersahur sendirian. Walaupun di kampung rumah ibu di keliling Adik beradik nya tapi saya tak rela jugak. Sian jugak pada suami. Nanti dia penat berkejar ke sana sini selesaikan tanggungjawab nya. Ayah mertua sudah pergi hampir 10 tahun lepas. Suami menggalas tugas menjaga ibu mengganti abangnya yang sudah meninggal dari kecil. Tugas dan amanah suami memang besar dan berat. Saya je ni yang degil banyak lawan cakap dia. Tapi dia tetap sayang saya.

Semoga saya terus kuat meneruskan liku-liku kehidupan ini. Doakan saya ye para sahabat. Ada masalah mengadu terus pada yang maha pemurah Allah.

Sekian. Maaf mengomel panjang hari ini.

No comments:

Post a Comment