Friday 31 January 2014

Kelas Online

Nama pelajar: Ashikin Hashim
Blog: http://ashikin-hashim.blogspot.com/

Bismillah.

Pagi ini (2 Oktober 2013) saya menerima kiriman editor yang disayang Allah, Nik Fauziah Nik Hussin. Kali ini saya menulis sebagai kolumnis tetap ruangan Pendidikan Anak. Alhamdulillah, syukur di atas apa yang sudah dicapai kini.

Ia suatu perjalanan yang sangat panjang. Begini rentetannya:

1. Saya memang suka menulis sejak dari kecil lagi. Pernah menghantar manuskrip novel seawal tingkatan 3 dan ditolak kerana tidak bagus ! :) Ayahanda membelikan saya sebuah mesin taip elektronik Olympia yang saya guna sehingga terbakar kerana menaip tanpa henti huhu...

2. Menulis dan terus menulis. Pernah cuba mengumpul pelbagai penulisan menjadi satu majalah untuk tatapan sendiri.

3. Menulis untuk penerbitan G. Tetapi ditolak juga. Menulis pula untuk penerbitan K, tersangkut tiada khabar kerana bertukar editor.

4. Mendaftar untuk kelas asas blog dan Penulisan. Saya pindahkan semua penulisan saya dari blog lama dan kini hampir mencecah 3000 pembacanya.

5. Diperkenalkan pula oleh Puan Masayu kepada Puan editor Nik Fauziah.

6. Dan alhamdulillah. Inilah saya sekarang. Cuba mebina nama bukan kerana mahu glamor tapi saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. Juga mengasah bakat untuk berbakti kepada sasaran saya golongan ibu bapa.

7. Mendapat tawaran untuk membuat buku dari sebuah penerbitan baru. InsyaAllah kini dalam proses.

Jika anda mempunyai cita-cita yang sama, bolehlah berkongsi atau pun mendaftar dalam kelas Asas Blog & Penulisan. Komited dan bina nama dalam bidang yang anda suka. Semoga ini menjadi asbab kebaikan dan dakwah kita.

Terima kasih semua!
Ya benar. Dengan izin Allah, kelas Asas Blog dan Penulisan ini telah membawa saya melangkah jauh.

Jangan risau. Kelas ini tidak mengganggu kerja anda (jika anda berkerjaya) dan amat sesuai juga untuk yang berkerjaya di rumah.
 
Kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda suka menulis tentang apa?

- undang-undang kekeluargaan?
- pendidikan?
- masakan?
- pengasuhan anak-anak?
- jahitan?
- membuat kek?
- pengalaman sendiri?
- kesihatan?
- perbankan?

****************************************************************************************************
Selamat datang 38 pelajar baru sesi Januari. 388 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Thursday 30 January 2014

Taman Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Bersua kita kembali. Semoga Allah merahmati hidup saya dan kalangan pembaca sekelian. Pernah terdengar atau terbaca tajuk di atas?

Negara Turki, sebuah negara Islam campuran eropah pada zaman silamnya. Di Turki terdapat sebuah kota terpenting dan terbesar bernama Istanbul.

Di Istanbul, terdapat sejumlah masyarakat yang amat menyayangi makhluk bernama kucing ini. Keperihatinan mereka terhadap kucing ini sehinggakan membawa kucing ke pejabat, memberi makan kepada kucing gelandangan yang tidak bertuan, sering membelai mereka, telah menyebabkan pelancong-pelancong yang mengunjungi negara tersebut tertarik dengan sikap masyarakat di sana.


Sehinggakan terdapat satu taman di sana di namakan Taman Kucing. Taman tersebut di huni oleh sejumlah kucing yang besar bilangannya. Kucing-kucing ini bergerak bebas ke sana ke mari di dalam taman dengan selesa. Tidak takut kepada sebarang ancaman kerana masyarakat di sana keseluruhannya menyayangi Kucing. 

Seorang ahli masyarakat di sana sanggup menyediakan permaidani untuk kucing-Kucing ini berehat tidur di atasnya. Hal ini menarik perhatian pelancong yang berkunjung di sana. Sudah tentu lah Kucing-kucing itu comel dan gebu serta mempunyai warna bulu yang bersih dan memikat hati.


Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang 38 pelajar baru sesi Januari. 388 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Wednesday 29 January 2014

Makanan Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google



Assalamualaikum. Alhamdullilah bersua kembali kita. Semoga Allah merahmati saya dan kalangan pembaca semua.

Kali ini entri saya berkenaan makanan kucing. Makanan kucing terdiri daripada 3 bahagian peringkat iaitu:-
• Super Premium atau Holistic 
• Premium
• Komersial

Dari segi harga, semestinya Super Premium lebih mahal daripada 2 jenis lagi. Tetapi di dalam kandungan makanan Holistic itu memang hanyalah mengandungi sumber protein yang baik untuk Kucing kesayangan anda. Contoh makanan jenama Holistic ialah Orijen, Evo Food dan banyak lagi jenama di pasaran.

Semak isi kandungan pada peket bungkusan makanan. Sekiranya Ada tertera 'By-Product' harap anda dapat elakkan untuk membeli makanan tersebut.

'By-Product' terdiri daripada bahagian buangan ayam seperti paruh,kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Jangan terkeliru sekiranya anda menyangkakan 'by-product chicken' adalah isi ayam. Tidak benar.

Blacwood (BW) dan Royal Canin (RC) adalah contoh jenama daripada makanan Premium. Kebanyakan pencinta kucing memilih BW kerana lebih murah dari RC dan terdapat sehingga 24kg pek bungkusan. Menjimatkan kepada pemilik Kucing yang ramai.

Komersial produk adalah terdiri daripada produk yang biasa di siarkan di rangkaian televisyen. Anda pasti menyedarinya bukan?

Elakkan makanan yang mengandungi pewarna berlebihan. Elakkan makanan yang mengandungi perasa tambahan terutama garam. Garam tidak sesuai dan tidak baik untuk kesihatan kucing anda. Di khuatiri boleh menyebabkan penyakit batu karang. Kandungan steroids, hormones, jagung, gandum, soya juga tidak sesuai untuk kucing anda.

Sebaiknya sebelum membeli makanan untuk kucing anda, pastikan anda membaca dengan teliti isi kandungan di belakang bungkusan tersebut. Dapatkan nasihat dari pakar veterinar bertauliah untuk pengesahan lanjutan. Segala langkah awal yang anda lakukan adalah untuk kesejahteraan kucing anda juga.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang 38 pelajar baru sesi Januari. 388 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan









Tuesday 28 January 2014

Hidung Basah

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum semua. Bersua kembali. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan pembaca semua pada hari ini. Aamin. Topik kali ini ialah hidung kucing. Kenapa hidung kucing basah ye?

Pernahkah anda menjilat jari anda, mengangkatnya ke atas untuk merasai arah kehadiran angin. Sekiranya anda pernah melakukannya, maka anda sudah hampir kepada jawapan penyebab hidung kucing yang sentiasa lembab.

Apakah fungsi hidung kucing pula? Kucing menggunakan hidung mereka untuk mengesan kehadiran haba di persekitaran mereka.

Mitos atau cakap-cakap orang mengatakan kalau hendak tahu kucing anda sihat atau tidak rasa hidung mereka, kalau basah bermakna sihat. Itu tidak membawa maksud sama sekali.
Sebenarnya keadaan hidung kucing itu basah atau tidak tiada kaitan dengan taraf kesihatan mereka. 

Hidung Kucing juga mempunyai kelenjar atau pun liang peluh yang membantu menyejukkan suhu badan mereka sendiri dan bertindak mengikut keadaan cuaca persekitarannya pada masa tertentu seperti kita juga yang berpeluh apabila panas untuk menyejukkan badan kita.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang 38 pelajar baru sesi Januari. 388 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan





Monday 27 January 2014

Ikhlas Hati

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum semua. Bersua kembali. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan pembaca semua pada hari ini. Aamin. Ikhlas hati. Ikhlas memang banyak maksud dari sudut dan pandangan masyarakat mahupun tokoh ilmiah.

Ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan. Ikhlas membantu walau tidak mengenali. Punca dari hati. Kena pupuk hati untuk tidak mencurigai sebarang bantuan yang di pinta. Letakkan diri anda di kala kesusahan menimpa ingin meminta bantuan tidak di layan apakah perasaan anda. Tentu hampa kecewa bukan.


Pencinta kucing semuanya mempunyai ikhlas hati yang kuat walaupun tidak mengenali tetapi rela hati membantu sesama sendiri. 

Satu fokus membantu untuk mengembirakan kembali kucing-kucing kami. Pada saya para pencinta kucing seperti kami ini mempunyai jiwa perasaan yang halus. Ikhlas dan tautan hati antara kami sangat kuat seperti contoh kawan-kawan kucing yang saya kenali. Sanggup membantu untuk haiwan comel bernama Kucing ini. Walaupun sebenarnya mereka saling tidak mengenali secara realiti.

Tidak kiralah kita siapa pun, sifat baik perlu ada dalam diri kita. Ianya untuk benteng diri menjadi manusia yang berbudi pekerti. Juga untuk panduan generasi akan datang.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Sunday 26 January 2014

Penjagaan Kucing Sakit

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Salam semua. Bersua kembali.

Kali ini mari kita sama-sama belajar mengetahui perkara-perkara yang perlu kita tahu untuk menjaga kucing yang sakit. Pasti kita merasa hiba dan tidak tenteram apabila mendapat tahu haiwan kesayangan kita tidak sihat, cergas melompat-lompat seperti selalu kebiasaanya.
Apakah yang kita perlu tahu apabila ingin merawat kucing yang sakit :-
  • Sebaiknya sebelum merawat, kita yang hendak merawat lindungi diri kita dahulu dengan memakan vitamin ataupun ubat pencegahan untuk mengelak dari jangkitan dari kucing yang sakit itu.
  • Gunakan ubatan dan alat-alat perawatan yang betul dan di sahkan oleh doctor haiwan bertauliah sahaja.
  • Rawat kucing anda dengan penuh kasih sayang, berbicara dengan mereka seolah mereka memahami. Sentiasa bercakap dengan mereka untuk meniup semangat mereka cepat pulih.
Janganlah kerana kucing kesayangan kita sakit, kita menyisihkan tidak memperdulikan mereka. Janganlah hanya kerana mereka ada kurap di badan kita jijik memegang mereka. Rawat dan pulihkan lah mereka dengan kasih sayang anda yang tidak berbelah bagi itu. Sayangi mereka tidak kira mereka sihat ataupun sakit, gebu ataupun kusam.

Semoga bertemu kembali.

#Jika ada masalah berkaitan simanja, jom kongsikan bersama saya di :-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Friday 24 January 2014

Vaksin

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam semua. Bersua kembali.
Entri kali ini berkenaan Vaksin. Apakah vaksin? Vaksin ialah penyuntikan virus dan bakteria ke dalam badan, tetapi dalam kuantiti yang sangat kecil.

Apakah tujuan vaksin? Seperti manusia, haiwan juga memerlukan suntikan vaksin ke dalam tubuh mereka. Tujuan vaksin ialah merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan virus dan bakteria.


Vaksin perlu di ulangi setiap tahun untuk memastikan imunasi badan dapat menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Pastikan anda mendapat jadual vaksin yang betul dari doktor haiwan anda. Pastikan Kucing peliharaan anda berada dalam keadaan yang sihat, tidak mengandung dan menyusukan sebelum di vaksin. Bagi setiap haiwan yang sudah di suntik, mereka memerlukan sekurangnya 10 hari untuk membina antibodi dalam badan mereka.

Vaksinasi yang biasanya di sarankan untuk kucing peliharaan ialah vaksinasi 4in1 (FVRCPC). Vaksinasi ini menghalang jangkitan virus seperti berikut :-
• Feline Viral Rhinotracheitis (FVR)
• Feline Calicivirus
• Feline Panleukopenia (Distemper)

Virus seperti di atas boleh menyebabkan Kucing anda mengalami kesukaran bernafas, ulser di dalam mulut, hilang selera makan, dehydration yang berlebihan. Di khuatiri jika tidak di pantau boleh membawa maut kepada kucing kesayangan anda.

Sekiranya kucing telah di jangkiti dengan mana-mana virus seperti di atas, rawatan untuk penyembuhan adalah sangat sukar  dan menelan belanja yang besar. Tempoh penyembuhan juga memakan masa yang panjang. Kerana itu anda di galakkan mengvaksinkan kucing anda untuk mengelak terkena jangkitan virus tersebut.

#Jika ada masalah berkaitan simanja, jom kongsikan bersama saya di :-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Wednesday 22 January 2014

Chinese New Year

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Koleksi peribadi

Salam semua. Bersua kembali.
Diam tak diam tidak lama lagi kita akan meraikan Tahun Baru Cina pada 31hb ini.


Kebiasaannya pada minggu-minggu terakhir sebelum CNY, kebanyakkan syarikat-syarikat swasta seperti tempat saya bekerja ini sibuk dengan persiapan tersebut.


Tidak terkecuali juga cabutan 'Lucky Draw' untuk yang bertuah. Di tempat saya bekerja ini adalah acara tradisi selama saya bekerja. 'Dinner' bersama rakan sekerja juga bersama majikan. Acara yang paling di tunggu oleh kami pada malam itu ialah pemberian 'angpow'.

Kepada kaum cina 'Gong Xi Fa Chai'

# Jika ada masalah berkaitan si manja anda, jom kongsikan bersama saya
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Tuesday 21 January 2014

Dalam bas


Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam, bersua kembali.
Tenangnya gambar di atas. Kali ini saya kongsikan sedikit pengalaman saya seharian. Menghabiskan waktu seharian pergi dan balik dari tempat kerja dengan bas awam.

Waktu pergi kerja masuk dalam bas aroma serta bau-bauan segar menusuk hidung. Rasa tenang. Maklum lah semua masih bersih semangat untuk memulakan kerja. Pemandu bas pun muka ceria senyum selalu.

Berlainan apabila balik kerja. Berubah situasi sama sekali. Bas penuh dengan orang ramai yang berpusu-pusu berebut untuk pulang ke rumah. Muka monyok, penuh tekanan. Bauan segar pagi tiada lagi. Lagi-lagi kalau warga asing menaiki bas yang sama. Kekadang saya rela melepaskan bas pergi tidak mahu terjebak dengan kemelut seperti itu.

Dalam bas yang penuh sesak dan sendat itu, masih ada sebilangan penumpang yang tidak menghormati yang lain. Misalnya seperti membuka lagu dengan kuat. Ianya terang menggangu perasaan penumpang lain. Dalam bas mungkin ada anak kecil atau orang tua yang sedang tidur, ini menggangu mereka.

Sebaiknya kita sebagai pengguna pengangkutan awam lebih bersifat
toleransi serta memikirkan hak dan perasaan sesama penumpang yang lain. Kita berkongsi bas yang sama untuk  sampai ke destinasi yang di tuju, janganlah fikir awak dan dunia awak sahaja. Jaga tertib diri. Boleh jadi contoh juga pada orang asing yang melawat negara kita ini.



Sunday 19 January 2014

Penjagaan Gigi & Mulut

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam semua.
Bersua kembali. Penjagaan gigi & mulut saling berkait. Mulut berbau merupakan tanda gigi tidak sihat atau mempunyai masalah.

Gigi merupakan aset yang penting pada si kucing. Jika tidak di jaga akan tumbuh plak pada gigi dan boleh mendapat penyakit gusi.

Untuk mengesan gigi dan mulut kucing anda mempunyai masalah atau tidak pertama dekatkan mulut kucing pada anda sekiranya berbau bermakna petanda penyakit gusi atau yang lain. Kedua, sekiranya anda mendapati kucing anda kurang selera makan berbanding selalu.

Elakkan kucing anda daripada memakan benda keras seperti tulang. Selang selikan makanan mereka sentiasa kepada kering dan makanan basah.

Kucing tidak seperti anjing. Rekabentuk dan susunan gigi dan mulut adalah berbeza. Berikan kucing anda makanan yang boleh membersihkan gigi dan mulut mereka. Pengunaan ubat gigi dan berus yang khas untuk kucing ada di jual di pasaran.

          Contoh 'dry food' gigi&mulut


Friday 17 January 2014

Kucing Parsi

Teks :  Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam semua. Bersua kembali.
Parsi@persian merupakan baka yang paling popular dikalangan Kucing.

Apakah ciri-ciri yang menjadikan Kucing ini digemari oleh pengemar kucing semua.
• mudah menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling.
• sifat manja semulajadi dan suka dibelai
• suka mencari@menarik perhatian
• kecantikan bulu yang dimiliki merangkumi liputan bulu tebal seluruh badannya hingga ke kaki.
• suara perlahan dan bermelodi menyahut panggilan dari tuannya menenangkan jiwa dan perasaan.

Antara sejarah penemuan berkenaan parsi ialah:-
• dibawa keluar oleh pelayar eropah pada kurun ke17 bersama barang saga ngan
• waktu itu dirinya di pandang sebagai simbol kemewahan menjadi status golongan elit bangsawan.

Kucing Parsi merupakan kucing jenis yang suka bermanja-manja@di manja. Tidak hairanlah ramai pengemar Kucing menggemari spesis ini. 


Penjagaan Kaki


Teks:Shehren Shahadan
Sumber Gambar:Google

Salam.
Cat paws atau tapak kaki kucing merupakan salah satu deria sentuhan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian seekor kucing selain dari hidung.

Kucing yang mempunyai kaki yang sihat membolehkannya melakukan aktiviti memanjat, menggaru, melompat serta melakukan reaksi spontan apabila terjatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

Penjagaan kaki yang rutin dapat mengelakkan kaki kucing anda dari dijangkiti sebarang penyakit@kuman.

Antara langkah penjagaan kaki Kucing termasuk lah:-
• gunakan kain lembab yang bersih untuk mencuci tapak kakinya.
• memastikan tiada sebarang bendasing@kotoran melekap di celahan kuku kakinya kerana di khuatiri akan tertelan semasa grooming.
• pastikan anda menggunakan alatan yang betul semasa memulakan rawatan seperti menggunakan 'tweezer' untuk mengeluarkan jika kaki tertusuk sesuatu.

Sekiranya anda membela Kucing yang berbulu tebal dan panjang, bantu kucing anda membersihkan dengan mengunting lebihan bulu yang menyelaputi tapak kaki mereka. 

Kucing juga amat menitikberatkan bahagian kebersihan, maka sekiranya anda mendapati kucing anda asyik selalu membersihkan bahagian tapak kaki mereka, kita perlulah sama melihat samada kaki mereka mengalami kecederaan atau sebaliknya.


# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Wednesday 15 January 2014

Penyakit Sporo

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam.
Sporo atau pun nama saintifiknya ialah 'Sporotrichosis' ialah penyakit kulit yang lambat sembuh akibat dari jangkitan kulat .

Bagaimana ingin mengenali penyakit sporo ini
• luka yang lambat baik
• walau anda sudah memberi pil antibiotik sekalipun atau disapu dengan minyak gamat luka masih basah selepas 4~5 hari.
• ianya terjadi bukan disebabkan virus , maka pemberian ubat antibiotik memang tidak berkesan sama sekali.
• suntikan vaksin juga tidak membantu proses penyembuhan.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, penyakit sporo memang lambat untuk sembuh. Tetapi kalau kita tekun dan sentiasa perihatin kepada Kucing kita, mereka boleh sembuh seperti sedia kala.

Sporo bole menjangkiti manusia.  Semasa merawat pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu dan melindungi diri anda dari dijangkiti. Anda boleh memakai sarung tangan pakai buang semasa proses merawat.

                Contoh luka sporo

InsyaAllah, bertemu lagi.

Sumber imej : Google

Tuesday 14 January 2014

Penyakit Kutu

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam.
Antara kegelisahan Kucing adalah apabila sang kutu merayap masuk ke helaian bulu yang lembut dan gebu.
Langkah-langkah pencegahan antaranya:-
• kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan kucing dan memantau pergerakan Kucing tersebut.
Elakkan kucing anda daripada menghampiri tempat yang mudah mendapat jangkitan tersebut. 
• Kucing yang tidak terdedah dengan persekitaran luar juga boleh terdedah kepada ancaman kutu ini. Kutu bergerak dan merebak melalui aliran udara.
• Semasa memandikan@membersihkan kucing anda perlu pastikan anda menggunakan shampoo khas anti kutu untuk mempercepatkan proses pembasmian kutu.
     Contoh syampoo pembasmi kutu

• Kucing yang sudah dijangkiti kutu ini perlu di asingkan dari Kucing-kucing lain dan juga manusia. Kucing juga perlu di bawa ke vet berhampiran untuk di berikan rawatan kutu.
•  Sebagai pencinta Kucing, anda jangan memandang ringan penyakit ini kerana jika di biarkan berlarutan boleh menyebabkan kematian.

InsyaAllah, berjumpa lagi






Monday 13 January 2014

Penjagaan Bulu

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Satu lagi bahagian sensitif pada Kucing ialah bulu mereka. Bagaimanakah ingin mendapat kan bulu Kucing yang sihat dan bersinar seperti ini?


• Sebaiknya memandikan kucing anda seawal usia 2 bulan . Ini untuk menjadikan mereka biasa dengan air dan tidak terperanjat. Pendedahan awal penting untuk mereka.
• Semasa memandikan kucing anda, pastikan melakukan dengan hati-hati dan air tidak memasuki mata, telinga dan lubang hidung.
• Selesai keringkan dengan tuala yang bersih atau pengering rambut yang kurang panas bagi kucing yang berbulu panjang dan tebal.
• Gunakan sikat yang sesuai untuk menyisir bulu terutama jenis persian. Pastikan anda menyisir seminggu sekali untuk mengelakkan bulu bergumpal dan rosak.
• Sebaiknya untuk penjagaan bulu ini, faktor pemakanan perlu di jaga. Sila dapatkan nasihat pakar kucing anda yang berhampiran mengenai jenis makanan untuk penjagaan bulu Kucing anda.

    Contoh makanan yang mengandungi penjagaan bulu dan kulit.

InsyaAllah, bertemu lagi



Penjagaan Telinga

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salah satu organ penting untuk Kucing anda juga, yang perlu di ambil perhatian dan penjagaan khusus oleh anda.

• Telinga yang baik dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan kepada kucing anda. 
• Sebaiknya anda perlu membersihkan telinga kucing anda selepas mandi atau pada bila-bila masa yang anda rasakan sesuai untuk membersihkannya. 
• Gunakan tuala bersih atau cotton bud yang lembut.

Penjagaan telinga yang kerap dapat mengelakkan jangkitan kuman dan telinga berbau busuk. Di pasaran begitu banyak ubat untuk membersihkan telinga kucing di samping rawatan dari doktor veterinar. 


Antara ubat pembersihan telinga yang ada di pasaran.

InsyaAllah, bertemu lagi.


Sunday 12 January 2014

Penjagaan Kuku

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej  : Google

Salah satu organ penjagaan Kucing yang kita perlu ketahui ialah bahagian kuku.   

• Kucing mempunyai kuku yang tajam. Untuk mengelakkan Kucing memcederakan dirinya atau luka bergaduh, kita perlu memotong kukunya selalu. 
• Sebaiknya potong sedikit kuku yang tajam itu di atas aliran darah. Kalau betul kita boleh melihat pada kuku Kucing ada garisan nipis merah. Kita potong atas nipis merah itu menggunakan pemotong kuku khas untuk kucing.

     Contoh bahagian pemotongan kuku

• Anda boleh menyediakan 'scratcher pad' untuk kucing kesayangan anda mengasah kuku. Jika tidak mahu perabut atau sofa anda di penuhi garitan kuku mereka.

      Contoh scratchpad Kucing yang di        lekatkan pada dinding.

InsyaAllah, berjumpa lagi.





Thursday 9 January 2014

Penjagaan Asas Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disini saya ingin kongsikan serba sedikit asas-asas penjagaan Kucing. Bagi yang ingin memelihara si comel ini di harapkan mendapat sedikit manfaat dari apa yang ingin saya kongsikan.

Penjagaan asas seluruh badan Kucing itu termasuk :-
• Kuku
• Telinga
• Bulu
• Gigi & Mulut
• Kaki
• Vaksin
• Makanan Tambahan & Vitamin

InsyaAllah, semua topik di atas akan saya terangkan pada entri-entri selepas ini. Semoga kita semua beroleh manfaatnya.

Pengenalan Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada para pembaca semua. Kita sedia maklum Kucing adalah haiwan yang sangat comel, berbulu halus dan lembut. Untuk itu mari kita belajar mengenali mereka terlebih dahulu. Saya tahu ramai diluar sana yang amat mengemari haiwan ini. Jadi disini saya akan berkongsi serba sedikit fakta tentang Kucing.

• Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari spesis 'felissilvestri'.
• Secara keseluruhan populasi Kucing di dunia, hanya terdapat kurang dari satu peratus sahaja merupakan baka tulen
• Pemangsa yang hebat yang berkeupayaan melumpuhkan mangsa hampir sama seperti singa atau harimau.
• Selesa kepada suasana panas dan sering tidur dibawah cahaya matahari.
• Tempoh kehamilan untuk seekor kucing betina adalah 63 hari.
• Anak kucing yang lahir hanya mempunyai deria pendengaran dan penglihatan seawal usia mereka 8-10 hari.
• Di anggarkan kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun.
• Akan menunjukkan reaksi bulu mengembang dan kadang kala akan bertindak lebih agresif sekiranya merasa tidak selamat.
•  Teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian.

Kita hendaklah mempunyai sifat belas kasihan dan juga kasih sayang kepada mereka. Bukankah mereka juga makhluk yang diciptakan Allah untuk kita sama-sama berkongsi nikmat yang Allah telah berikan kepada kita semua.

Wassalam.


Wednesday 8 January 2014

Salam Pengenalan Semua

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt jua lah saya dapat mewujudkan blog Tips panduan penjagaan & kesihatan Kucing ini. Semoga dengan adanya blog ini dapat saya berkongsi dan bertukar pandangan serta pendapat apa yang saya tahu mengenai kucing yang merupakan haiwan kesayangan  rasul junjungan kita semua kepada para pembaca sekelian.

Saya perkenalkan diri saya, Shehren Shahadan, berumur 35 tahun, mempunyai seorang anak perempuan yang comel bernama Nur Aleya Natasya hasil perkongsian hidup selama 9 tahun bersama suami tercinta. Alhamdullilah syukur pada Allah.

Minat saya lebih kepada Kucing. Selain rutin kewajipan sebagai ibu dan isteri juga sebagai pekerja. Pada saya kucing mempunyai aura menenangkan yang tersendiri. Sekarang saya masih bekerja dan mempunyai cita-cita untuk berhenti dengan matlamat dapat menjana pendapatan dari rumah di samping dapat menguruskan masa serta menjaga keperluan keluarga yang selama ini kadang kala terabai dek tuntutan masa.

Dengan pengalaman kerja di syarikat swasta sebagai Pelukis Pelan selama hampir 10 tahun, sekarang dan semakin lama hati saya meronta-ronta untuk melakukan sesuatu yang baru. Alhamdullilah saya dipertemukan dengan mentor saya yang memberi ruang dan harapan untuk saya memulakan sesuatu yang baru dalam hidup saya.

Harapan saya semoga kewujudan blog ini dapat membantu saya dan pencinta Kucing di luar sana berkongsi pendapat, pengetahuan mengenai cara penjagaan dan kesihatan Kucing yang kita sayangi. Semakin banyak ilmu kita dapat semakin kita rasa kita kurang ilmu kan. Semoga usaha saya yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

Berkongsi ilmu Menambahkan ilmu
Wassalam.