Monday 13 January 2014

Penjagaan Bulu

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Satu lagi bahagian sensitif pada Kucing ialah bulu mereka. Bagaimanakah ingin mendapat kan bulu Kucing yang sihat dan bersinar seperti ini?


• Sebaiknya memandikan kucing anda seawal usia 2 bulan . Ini untuk menjadikan mereka biasa dengan air dan tidak terperanjat. Pendedahan awal penting untuk mereka.
• Semasa memandikan kucing anda, pastikan melakukan dengan hati-hati dan air tidak memasuki mata, telinga dan lubang hidung.
• Selesai keringkan dengan tuala yang bersih atau pengering rambut yang kurang panas bagi kucing yang berbulu panjang dan tebal.
• Gunakan sikat yang sesuai untuk menyisir bulu terutama jenis persian. Pastikan anda menyisir seminggu sekali untuk mengelakkan bulu bergumpal dan rosak.
• Sebaiknya untuk penjagaan bulu ini, faktor pemakanan perlu di jaga. Sila dapatkan nasihat pakar kucing anda yang berhampiran mengenai jenis makanan untuk penjagaan bulu Kucing anda.

    Contoh makanan yang mengandungi penjagaan bulu dan kulit.

InsyaAllah, bertemu lagi



No comments:

Post a Comment