Wednesday 29 January 2014

Makanan Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google



Assalamualaikum. Alhamdullilah bersua kembali kita. Semoga Allah merahmati saya dan kalangan pembaca semua.

Kali ini entri saya berkenaan makanan kucing. Makanan kucing terdiri daripada 3 bahagian peringkat iaitu:-
• Super Premium atau Holistic 
• Premium
• Komersial

Dari segi harga, semestinya Super Premium lebih mahal daripada 2 jenis lagi. Tetapi di dalam kandungan makanan Holistic itu memang hanyalah mengandungi sumber protein yang baik untuk Kucing kesayangan anda. Contoh makanan jenama Holistic ialah Orijen, Evo Food dan banyak lagi jenama di pasaran.

Semak isi kandungan pada peket bungkusan makanan. Sekiranya Ada tertera 'By-Product' harap anda dapat elakkan untuk membeli makanan tersebut.

'By-Product' terdiri daripada bahagian buangan ayam seperti paruh,kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Jangan terkeliru sekiranya anda menyangkakan 'by-product chicken' adalah isi ayam. Tidak benar.

Blacwood (BW) dan Royal Canin (RC) adalah contoh jenama daripada makanan Premium. Kebanyakan pencinta kucing memilih BW kerana lebih murah dari RC dan terdapat sehingga 24kg pek bungkusan. Menjimatkan kepada pemilik Kucing yang ramai.

Komersial produk adalah terdiri daripada produk yang biasa di siarkan di rangkaian televisyen. Anda pasti menyedarinya bukan?

Elakkan makanan yang mengandungi pewarna berlebihan. Elakkan makanan yang mengandungi perasa tambahan terutama garam. Garam tidak sesuai dan tidak baik untuk kesihatan kucing anda. Di khuatiri boleh menyebabkan penyakit batu karang. Kandungan steroids, hormones, jagung, gandum, soya juga tidak sesuai untuk kucing anda.

Sebaiknya sebelum membeli makanan untuk kucing anda, pastikan anda membaca dengan teliti isi kandungan di belakang bungkusan tersebut. Dapatkan nasihat dari pakar veterinar bertauliah untuk pengesahan lanjutan. Segala langkah awal yang anda lakukan adalah untuk kesejahteraan kucing anda juga.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang 38 pelajar baru sesi Januari. 388 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan









No comments:

Post a Comment