Sunday 19 January 2014

Penjagaan Gigi & Mulut

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam semua.
Bersua kembali. Penjagaan gigi & mulut saling berkait. Mulut berbau merupakan tanda gigi tidak sihat atau mempunyai masalah.

Gigi merupakan aset yang penting pada si kucing. Jika tidak di jaga akan tumbuh plak pada gigi dan boleh mendapat penyakit gusi.

Untuk mengesan gigi dan mulut kucing anda mempunyai masalah atau tidak pertama dekatkan mulut kucing pada anda sekiranya berbau bermakna petanda penyakit gusi atau yang lain. Kedua, sekiranya anda mendapati kucing anda kurang selera makan berbanding selalu.

Elakkan kucing anda daripada memakan benda keras seperti tulang. Selang selikan makanan mereka sentiasa kepada kering dan makanan basah.

Kucing tidak seperti anjing. Rekabentuk dan susunan gigi dan mulut adalah berbeza. Berikan kucing anda makanan yang boleh membersihkan gigi dan mulut mereka. Pengunaan ubat gigi dan berus yang khas untuk kucing ada di jual di pasaran.

          Contoh 'dry food' gigi&mulut


No comments:

Post a Comment