Thursday 9 January 2014

Pengenalan Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada para pembaca semua. Kita sedia maklum Kucing adalah haiwan yang sangat comel, berbulu halus dan lembut. Untuk itu mari kita belajar mengenali mereka terlebih dahulu. Saya tahu ramai diluar sana yang amat mengemari haiwan ini. Jadi disini saya akan berkongsi serba sedikit fakta tentang Kucing.

• Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari spesis 'felissilvestri'.
• Secara keseluruhan populasi Kucing di dunia, hanya terdapat kurang dari satu peratus sahaja merupakan baka tulen
• Pemangsa yang hebat yang berkeupayaan melumpuhkan mangsa hampir sama seperti singa atau harimau.
• Selesa kepada suasana panas dan sering tidur dibawah cahaya matahari.
• Tempoh kehamilan untuk seekor kucing betina adalah 63 hari.
• Anak kucing yang lahir hanya mempunyai deria pendengaran dan penglihatan seawal usia mereka 8-10 hari.
• Di anggarkan kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun.
• Akan menunjukkan reaksi bulu mengembang dan kadang kala akan bertindak lebih agresif sekiranya merasa tidak selamat.
•  Teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian.

Kita hendaklah mempunyai sifat belas kasihan dan juga kasih sayang kepada mereka. Bukankah mereka juga makhluk yang diciptakan Allah untuk kita sama-sama berkongsi nikmat yang Allah telah berikan kepada kita semua.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment