Friday 24 January 2014

Vaksin

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google

Salam semua. Bersua kembali.
Entri kali ini berkenaan Vaksin. Apakah vaksin? Vaksin ialah penyuntikan virus dan bakteria ke dalam badan, tetapi dalam kuantiti yang sangat kecil.

Apakah tujuan vaksin? Seperti manusia, haiwan juga memerlukan suntikan vaksin ke dalam tubuh mereka. Tujuan vaksin ialah merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan virus dan bakteria.


Vaksin perlu di ulangi setiap tahun untuk memastikan imunasi badan dapat menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Pastikan anda mendapat jadual vaksin yang betul dari doktor haiwan anda. Pastikan Kucing peliharaan anda berada dalam keadaan yang sihat, tidak mengandung dan menyusukan sebelum di vaksin. Bagi setiap haiwan yang sudah di suntik, mereka memerlukan sekurangnya 10 hari untuk membina antibodi dalam badan mereka.

Vaksinasi yang biasanya di sarankan untuk kucing peliharaan ialah vaksinasi 4in1 (FVRCPC). Vaksinasi ini menghalang jangkitan virus seperti berikut :-
• Feline Viral Rhinotracheitis (FVR)
• Feline Calicivirus
• Feline Panleukopenia (Distemper)

Virus seperti di atas boleh menyebabkan Kucing anda mengalami kesukaran bernafas, ulser di dalam mulut, hilang selera makan, dehydration yang berlebihan. Di khuatiri jika tidak di pantau boleh membawa maut kepada kucing kesayangan anda.

Sekiranya kucing telah di jangkiti dengan mana-mana virus seperti di atas, rawatan untuk penyembuhan adalah sangat sukar  dan menelan belanja yang besar. Tempoh penyembuhan juga memakan masa yang panjang. Kerana itu anda di galakkan mengvaksinkan kucing anda untuk mengelak terkena jangkitan virus tersebut.

#Jika ada masalah berkaitan simanja, jom kongsikan bersama saya di :-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment